SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, June 6, 2012

PAS BUKAN DIPERALAT DAP


RAUB – Senio politik hari ini menunjukkan suasana diwujudkan UMNO bagi melabelkan parti lawan iaitu PAS sebagai diperalatkan DAP.

MOHD HARRIS ABDULLAH AJK PAS KAWASAN RAUB

AJK PAS kawasan Raub,Mohd Harris Abdullah berkata,situasi itu tidak benar sama sekali kerana terbukti semasa Pilihan raya Umum ke -12 (PRU12)sebelum ini DAP memperolehi kerusi terbanyak di Perak tetapi pemilihan MENTERI BESAR diserahkan kepada PAS yang diwakili Datuk Seri Ir Nohammad Nizar Jamaluddin.
Menurutnya ,berdasarkan politik tanah air ,UMNO pernah memenangi kerusi terbanyak di Pulau Pinang tetapi Jawatan Ketua Menteri masih diberikan kepada wakil parti Gerakan.
“Bagi situasi itu dapat dilihat bahawa UMNO sebenarnya rela diperalat parti Gerakan tetapi kemudiannya mereka pula melabelkan PAS diperkuda DAP ketika ini.
Banyak lagi perkara wajar diperhalusi sebelum meletakkan kesalahan atau keburukan terhadap Pakatan Rakyat (PR) terutama jika disingkap perjalanan politik UMNO sendiri yang terakam kemas di dada akhbar atau media lain sebelum ini.
Mohd Harris berkata,pemimpin Umno sebenarnya tidak mengikuti pekembangan PAS atau sengaja mahu putar belit fakta.
Katanya agihan kerusi Parlimen bagi PRU13 sudah selesai dan PAS akan bertanding lebih banyak kerusi berbanding DAP serta PKR.
“Sekiranya PAS menang semua kerusi yang diwakili membuktikan bahawa PAS mempunyai kuasa dominan dalam PR tambahan pula hari ini Dewan Himpunan Penyokong PAS terdiri daripada masyarakat bukan Islam yang setia bersama perjuangan PAS.
“Isu jawatan Perdana Menteri yang diserahkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak perlu dipertikaikan kerana ia adalah hasil persefahaman antara pemimpin ketiga –tiga komponen PR” katanya.
Beliau berkata,kepada kepercayaan terhadap pengalaman Anwar yang menjadi Timbalan Perdana Menteri sebelum ini mengukuhkan lagi persefahaman,tambahan pula beliau pernah memangku jawatan Perdana Menteri ketika ketiadaan Tun Mahathir Mohammad dalam Negara.
SINAR HARIAN EDISI PAHANG 6 JUN 2012.

No comments:

Post a Comment