SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, October 24, 2012

TAKBIR


PADA HARIRAYA ADHA INI KITA DISUNATKAN BERTAKBIR
1.SELEPAS SOLAT SUBUH , ZOHOR DAN ASAR HARI ARAFAH.
2.SEPANJANG MALAM HARI RAYA ADHA HINGGA MASUK IMAM SOLAT HARI RAYA ADHA.
3.SELEPAS SOLAT SUNAT HARI RAYA ADHA, SOLAT ZOHOR, SOLAT ASAR, SOLAT MAGHRIB DAN SOLAT ISYAK PADA HARI RAYA.
4.SELEPAS SOLAT FARDHU HARI TASYRIK = 11,12, DAN 13 HINGGA MASUK MATAHARI .
LAFAZ RAKBIR :
الله أكبر الله أكبر الله أكبر
لا اله إلا الله والله أكبر
الله أكبر ولله الحمد
الله أكبر كبيرا -
والحمد لله كثيرا
وسبحان الله بكرة وأصيلا
لا اله إلا الله
ولا نعبد إلا إياه ,
مخلصين له الدين ولو كره الكافرون
لا اله إلا الله وحده
صدق وعده ونصر عبده وأعز جنده
وهزم الاحزاب وحده
لا اله إلا الله والله أكبر
الله أكبر ولله الحمد

Tuesday, October 23, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEPUTERAAN YANG KE 82 KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SULTAN HAJI AHMAD SHAH AL-MUSTA'IN BILLAH IBNI AL-MARHUM SULTAN ABU BAKAR RI'AYATUDDIN AL-MU'ADZAM SHAH . DKP.,DK.,SSAP.,SIMP.,DMN.,DK(Perak).,DK(Johor).,DK(Kelantan)
.,DK(Terengganu).,DK(Perlis).,DK(Kedah).,DKMB.,DK(Brunei).,DK(Negeri Sembilan)., DK(Selangor)., Qiladah Badr Al-Kubra (Saudi Arabia) .Qiladah Al-Sheikh Mubarak Al-Kabir (Kuwait) Grand Order of The Mugunghwa (South Korea)., Hon.D.Litt (Malaya)., LLD.hc. (Northrop USA)
URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

KORBAN

KORBAN ,bermakna pendekatan atau suatu pengabdian untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dengan melakukan ibadat kurban seperti menyembelih kerbau,lembu,kambing,dan sebagainya.Mengikut pendapat Jamhur ulamak ,kurban termasuk dalam hukum sunat muakkad kepada orang yang mampu dan ada setengah ulamak mengatakan hukumnya wajib sebagaiman Firman Allah SWT dalam surah al-kauthar ayat 2 :
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَر 
oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Kurban yang paling besar berlaku dalam sejarah Umat manusia ialah perintah Allah SWT kepada Nabi Ibrahim supaya berkurban dengan menyembelih anak yang tercinta ( Nabi Ismail) semata –mata untuk mematuhi perintah Allah SWT , kemudian penyembelihan itu ditukar gantikan oleh SWT dengan seekor kibasy sebagai mengingati peristiwa itu , maka Islam telah mengariskan satu syariat yang sepatutnya menjadi satu amalan kepada ummahnya iaitu melakukan kurban,sepagai perlaksanaan terhadap sunnah yang telah dilakukan sejak dari Nabi Ibrahim yang sangat besar pahala dan fadhilatnya .
Rasulullah saw setelah ditanya oleh sahabatnya mengenai ganjaran yang diperolehi daripada amalan kurban ,baginda mnyatakan “ pada setiap kurban itu ada kebaikan bagi kamu” sahabat bertanya lagi :”Bagaimana dengan bulu –bulu halusnya ?” Rasulullah saw menjawab “
فِي الْاُضْحِيَّةِ لِصَاحِبِهَا بِكُلِّ شَعْرَةٍ حَسَنَةٌ .
Setiap helai dari bulu –bulu halus binatang kurban itu juga adalah merupakan kebaikan untuk kamu (H.Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah ).
Dalam hadis yang lain pula.Rasulullah Saw menegaskan bahawa ibadat kurban itu menjadi pendinding daripada api neraka,spertimana sabdaNya yang bermaksud :
“Sesiapa yang berkurban dengan sepenuh hatinya , ikhlas kepada Allah SWT .Yang demikian itu menjadi pendinding baginya daripada api neraka . (AtTabrani).
Bagi kita umat Islam kurban yang paling besar ialah menghadapi ujian daripada Allah SWT yang sentiasa menggoda ketakwaan dan keimanan dalam kehidupan kita .Sebaliknya kurbab adalah sesuatu yang tidak pernah berakhir, jika boleh dinilai, mungkin kurban yang pernah kita lakukan setakat ini masih terlalu kecil samada kepada agama, masyarakat dan seterusnya Negara.
Untuk mengamalkan konse[ kurban ini , kita tidak hanya disuruh berkurban dengan menyembelih binatang ternakan setahun sekali sahaja , namun konsep kurban itu sangat luas yang meliputi segala bidang kehidupan kita.Umpamanya orang – orang yang berilmu sepatutnya sentiasa berkurban menyumbangkan pengetahuan , kebolehan dan kemahiran untuk kebajikan bersama.
Maksud pengerbanan ialah berkurban kerana agama .Dengan itu Umat Islam hendaklah berkurban demi agama dengan ikhlas kepada Allah SWT .Oleh itu,Umat Islam tidak boleh lari dari maksuda pengerbanan yang telah digariskan oleh agama kita .Sebagai contoh : Ibu bapa hendaklah berkurban bagi memastikan anak – anak mereka mencapai kejayaan demi untuk kebahgiaan dunia dan di akhirat ..Dan begitu juga anak- anak hendaklah berkurban terhadap ibubapa mereka bukan pengerbanan yang terpisung iaitu mengutamakan pengerbanan kepada teman hidupnya lebih daripada ibubapa sendiri.Begitu juga perana seorang guru hendaklah berkurban demi kecemerlangan dalam dunia pendidikan yang menjadi teras kepada kemakmuran negeri dan Negara.Begitu juga perana pegawai atau kakitangan kerajaan, hendaklah berkurban kerana pengerbanan mereka menjadi punca kecemerlangan kepada jabatan yang mereka mencari rezeki di dalamnya.
Demikian juga, kemerdekaan Negara kita ini , merupakan hasil perjuangan dan pengerbanan oleh pemimpinan dan pengerak kemerdekaan yang terdahulu.Begitu juga pengerbanan dalam pelbagai bentuk seperti berkurban harta benda , tenaga , ilmu , kepakaran, waktu dan sebagainya malah berkurban nyawa sekali pun adalah dituntut ke atas kita semua.Inilah hasil pengerbanan yang telah Berjaya dibentuk oleh Rasulullah SAW kepada sahabat –sahabatNya.
Dalam sirah perjuangan Rasulullah SAW kita dapat menyaksikan bahawa lahirnya ruh perjuangan para sahabat yang dibentuk oleh Baginda SAW dengan semangat setia rela untuk berkurban apa sahaja, seperti Saidina Abu Bakar as sidiq R,A dan Abdul Rahman bin Auf R.A, dengan mengerbanan semua milik mereka , di samping itu lahir pula sahabat yang sedia menempuh musuh seperti Saidina Ali bin Abi Talib R.A terdapat juga sahabat – sahabat yang sanggup berkuran demi persaudaraan,sebagaimana yang dilakukan oleh golongan Ansar di Madinah terhadap golongan Muhajirin dari Mekah dengn meperiratkan persaudaraan yang unggul dalam sejarah perkembangan manusia di dunia ini.
Demikianlah besarnya erti pengerbanan dalam Islam , sehingga semangat pengerbanan itu menjadi satu budaya untuk kita sedia berkurban.Biar apa pun perjuangan pengerbanan tetap dituntut bagi memastikan kesempurnaan metalamt yang dicitakan , seperti berlaku kepada keluarga nabi Ibrahim , kesediaan Siti Hajar (isteri nabi Ibrahim) sebagai penghuni tanag gersang Mekah bersama puteranya Nabi Ismail adalah merupakan satu perjuangan dan pengerbanan .
Kisah pengerbanan Nabi Ibrahim dan keluarga baginda ini, hendaklah menjadi cermin dalam menjalani kehidupan kita, betapa besarnya pengerbanan ibubapa dalam memastikan kebahgiaan hudup berkeluarga.Seterusnya ia menuntut kepada kesediaan anak – anak untuk mengimbangi pengerbanan orang tua mereka yang medidik dan mengasuh sehingga dewasa .
Dalam hubungan ibadat kurban ini, kita bersyukur kepada Allah SWT , kerana sejak akhir –akhir ini, sudah ramai di kalangan kita mempunyai kesedaran untuk melaksanakan ibadar yang cukup bermakna ini (kurban) .Banyak pihak telah megadakan majlis kurban secara beramai –ramai atau berkongsi , di samping dilaksanakan oleh orang perseorangan .Di antara pihak yang sering mengajurkan majlis kurban itu termasuklah AJK Masjid dan sebagainya .
Ibadat Kurban yang diadakan secara beramai –ramai atau berkongsi, secara tidak langsung member ruang dan peluang kepada lebih ramai orang menyertai majlis kurban itu.Pada masa yang sama ibadat kurban secara beramai –ramai bukan sahaja memudahkan serta mengurangkan bebanan umat Islam menyempurnakan ibadat berkenaan , bahkan dapat membantu menyemarakkan lagi syiar Islam dan mengiratkan lagi persaudaraan serta persafahaman yang merupakan nilai penting dalam menjana kesejahteraan ummah .
Dari segi ekonomi pula, ibadat kurban dapat membantu meningkatkan hasil pendapatan penternak , secara tidak langsung mengalakkan industry peternakan di negeri dan negaea kita .Dari sudut sosial dan kebajikan pula , ibadat kurban dapat di lihat sebagai satu bentuk tanggungjawab sosial golongan yang berada terhadap golongan yang kurang bernasib baik.Dengan pelaksanaan ibadat ini sedikit sebanyak mengikis prasangka kurang sihat di kalangan masyarakat sehingga dapat membentuk hubungan dan persafahaman yang lebih aqrab, di samping mengiratkan lagi silaraturrahim dalam masyarakat Islam.
Pada akhir saya menyeru kepada semua , ibadat kurban yang dilakukan nanti dapat memberikan kesan yang baik kepada kita untuk memupuk budaya atau tabiat suka dan sedia untuk mengerbankan tenaga , harta , ilmu , pemikiran , masa dan sebagainya demi agama , bangsa dan Negara .Firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 92 :
لَنْ تَنَالُوْا الْبِرَّ حَتَّي تُنْفِقُوْا مِمَّا تُحِبُّوْنَ وَمَا تُنْفِقُوْا مِنْ شَيْئٍ فَإِنَّ اللهَ بِهِ عَلِيْمٌ 
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya.
(Foto dan rencaba oleh Ustaz Zakaria Omar Penolong setiausaha Dewan Ulamak PAS Pahang .)






Friday, October 19, 2012

Tazkirah 17.Pagi Jumaat 19.10.2012.Kelebihan menyambungkan silaraturrahim .


Sabda Rasulullah SAW “Bermula silaraturrahim itu menambahkan umur dan meluaskan rezeki.
Diceritakan bahawa silaraturrahim itu tergantung pada arasy maka berkata ia ya Tuhanku akulah Rahim dan engkaulah Rahman maka firman Allah Taala “Barang siapa menyampaikan hajat saudaranya yan Islam nescaya aku sampaikan sekalian hajatnya dan dihikayatkan orang dari orang –orang Soleh ada seorang lelaki dari negeri ajam tinggal di Mekah yang mulia kuat beribadat dengan mengerjakan solat dan tawaf siang dan malam satu hari datang seorang sahabatnya menyimpan emas padanya dan orang yang menyimpan emas itu pergi mengembara ke negeri Yaman – apablia balik ia hendak semula akan emasnya – tetapi lelaki itu sudah meninggal tiada siapa tahu ia menyimpan emas itu – maka lelaki itu pergi ke Malik bin Dinar mengadukah hal emasnya maka jawab Malik bin Dinar “ Pergilah engkau duduk di antara rukum yamani dengan Makam Ibrahim – dan serulah nama orang – orang yang soleh – kerana roh – roh orang soleh berhimpun di sana – “ Maka lelaki itu berbuat apa yang disuruh oleh Malik bin Dinar , tetapi apabila diseur namanya tidak ada “ ini bermakna ia bukan orang soleh – Pada hari yang lain Malik bin Dinar menyuruh lelaki pergi ke satu tempat bernama Berhot di sana berhimpun roh – roh orang jahat – maka lelaki itu menyeru nama lelaki itu maka datang dalam mimpinya lelaki itu disiksa kerana ia memutuskan silaraturrahim dengan saudara – perempuannya maka lelaki itu pun pergi berjumpa dengan saudara – saudara perempuan dan meminta supaya ia memaafkan saudaranya itu – maka saudara –saudara perempuan itu memaafkanya – maka datang dalam mimpinya bahawa lelaki itu sudah tingggal ditempat yang baik dan tidak diseksa lagi – begitulah besarnya nilai menghubungkan silaraturrahim .

Thursday, October 18, 2012

LIQO FIKRI - TARBIYAH PAS PAHANG

SUNGAI GAU 13.10.2012 SATU PROGRAM ANJURAN TARBIAH PAS PAHANG TELAH DIADAKAN
DUA KERTAS KERJA DIBENTANGKAN 1. TARBIYAH PAS PAHANG - OLEH USTAZ MOKHTAR SENIK
KETUA DEWAN ULAMAK PAS PAHANG - KETUA LAJNAH TARBIAH PAS PAHANG 2.USTAZ IDRIS AHMAD KETAU TARBIYAH PAS PUSAT - DIHADIRI OLEH KETUA / SETIA USAHA TARBIYAH DEWAN - DEWAN DAN KAWASAN -KAWASAN SERTA 5 ORANG NAQIB DAN 5 ORANG NAQIBAH KIRA - KIRA 200 ORANG PESERTA .
KERTA KERJA OLEH USTAZ IDRIS AHMAD
GAMABR DISEKITAR PROGRAM YANG DAPAT DIRAKAMKAN OLEH US.ZAKARIA OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH



























Monday, October 15, 2012

Sertai Perjuangan pas

Kerabat Diraja Terengganu Tengku Sri Padukan Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah menyerahkan boring keahlian PAS kepada Mursyidul Am Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sambil disaksikan Presiden PAS ,Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang pada Himpunan Kebangkitan Rakyat “PAS GANTI UMNO”(PGU5.0) di Dataran Pekan Jabi Setiu , 6 Oktober lalu .Tengku Ibrahim ialah anak kepada Sultan Nasiruddin Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin pernah menjawat Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 Terengganu dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeru (Adun) Tanggol (1990 – 1995) (Harakah keluaran 12 -14 Oktober 2012 ) .

JANGAN SOKONG UMNO YANG TOLAK ISLAM

SETIU : RAKYAT di Negara ini khususnya umat Islam diingatkan agar tidak lagi menyokong UMNO yang menjadi tulang belakang BN yang jelas enggan melaksanakan Islam dalam pemerintahannya.
Mursyidul Am PAS Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata “Jika di Eropah,umat Islam marahkan orang bukan Islam kerana menghina Nabi SAW tetapi di sini segelintir orang Islam menolak Islam dilaksanakan dalam Negara ini.
Katanya antara perbuatan membikin filem hina Nabi SAW di Eropah dengan tindakan menolak hukum – hukum dan syariat Islam oleh UMNO , sama sahaja seperti menghina Nabi Muhammad SAW .
“Di Eropah orang bukan Islam hina Nabi SAW kita marah.Dekat kita (Malaysia) orang Islam sendiri yang tolak (syariat ) Islam makna hina Nabi SAW juga , sama sahaja di sana (barat) buat filem, di sini (Malaysia) buat parti.Cukuplah dengan UMNO” tegasnya .
Beliau menegaskan perkara ini , ketika berucap merasmikan Himpunan Kebangkitan Rakyat “PAS Ganti Umno “(PGU5.0) di Dataran Pekan Jabi, Setiu 6 Oktober lalu.
Menurut Tuan Guru Nik Aziz , dalam al-Quran tidak ada satu ayat pun yang menyebut istilah “orang Islam” tetapi semua peringatan dituju kepada “orang mukmin yang beriman “.
“Dalam al-Quran tidak ada satu ayat pun yang di sebut wahai orang Islam.tetapi yang ada wahai orang mukmin yang beriman . Melayu Islam ke ,Arab Islam ke ,tak sembahyang pun Islam,minum arak pun Islam, rasuah pun Islam.
“Tapi yang Tuhan (Allah SWT) nak buat cara (layan) dengan kita (manusia) semuanya ialah yang mukmin .Jika orang Melayu tapi tidak mukmin Cuma Islam sahaja , tidak layak nak berjumpa dengan Tuhan.
“Begitu juga dengan orang Inggeris ,orang Cina Islam sahaja tetapi tidak mukmin,juga tidak layak untuk berjumpa dengan Tuhan kelak .
“Kita mesti muslim (Islam) dan mukmin .Jika Islam sahaja kita rasa megah tapi masuk kubur (mati) segala duit;harta ,pangkat semua ditinggalkan di atas dunia .Semua orang kena tahu perkara ini,”tegasnya di hadapan lebih 10,000 hadirin yang menyertai PGU5.0.
Tuan Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan memberitahu , sepanjang tempuh lebih 22 tahun PAS memerintah negeri itu,tidak berlaku sebarang kes babitkan rasuah dalam kerajaan.
Ini kerana,katanya pemimpin PAS tahu hubungan antara manusia dengan Tuhan serta mengikut perintah Allah dalam al-Quran.
“Alhamdulillah, lebih 22 tahun kita (PAS) pegang (perintah) Kelantan hendak cari satu kes melibatkan rasuah kita (PAS) tidak ada dan pelbagai cara dibuat termasuk guna blogger,macam –macam tulisan dibuat orang untuk memburukkan kerajaan PAS Kelantan tetapi tidak Berjaya .
“Tahun ini,Laporan Audit Negara (2012)bagi Kelantan kita dapat 10 agensi kerajaan yang terbaik .Rasuah tidak ada,pengurusan kewangan baik,Insya-Allah “Ujarnya.
Antara yang hadir pada majlis ini Presiden PAS,Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang,SetiaUsaha Agung PAS Dato’ Mustafa Ali ,AJK PAS Pusat Dato’ Abu Bakar Chik ,Presiden Parti Ikatan,Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir ; Persuruh Jaya PAS Terengganu Mohd Abdul Wahid Endut , Pengerusi DAP Terengganu Ng Chai Hing serta pengerusi DHPP Terengganu Dr Bala Chandran GK .( KHAIRUL AZLAM MOHAMAD,Harakah keluaran 12 -14 Oktober 2012 ) .

Friday, October 12, 2012

Tazkirah 16.Pagi Jumaat 12.10.2012.Tanggungjawab isteri terhadap suami .


Sabda Rasulullah SAW “ Wajib di atas lelaki mengajar akan ahlinya akan tertib mengambil wuduk , niat tayammum , mandi janabah , mandi haid nifas dan istihadah – iktikad ahli sunah waljamaah – meninggalkan mengumpat dan menghasut – melarang dari bercakap bohong dan menjauhkan segala dosa – jika ia tidak tahu hendaklah berlajar dan kemudian diajar kepada isterinya – dan tidak boleh suami menegah isterinya untuk belajar perkara – perkara yang mengenai fardhu ain .
قال النبي صلي الله عليه وسلم " طلب العلم فريضة علي كل مسلم و مسلمة
Telah sabda Rasulullah saw “Menuntut ilmu itu fardu atas tiap lelaki dan perempuan Islam – wajib bagi suami memberi nafkah atas isterinya dan memberi makanan – pakaian semuanya dari yang halal.
Sabda Rasulallah saw “ Tiada mengenai dosa besar kepada seorang lelaki meliankan kerana ia memberi makan dan pakai dengan benda yang haram - sedangkan anak isterinya tidak mengetahuinya .- maka dibalas oleh Allah dengan azab api neraka .”

Sunday, October 7, 2012

MEMBELA RAKYAT

ISU PEMBANGUNAN LOJI BERSEPADU PENAPIS MINYAK DAN PETROKIMIA (RAPID) AKAN DIBELA DAN DIBENTANGKAN DALAM PARLIMEN .ITULAH JANJI NAIB PRESIDEN PAS YANG JUGA AHLI PARLIMEN KUBANG KERIAN KEPADA PENDUDUK PENGERANG JOHPR SEWAKTU MENGADAKAN SIDANG MEDIA BERSAMA DI LOBI PARLIMEN 25 SEPT LALU DENGAN WAKIL-WAKIL NGO YANG MEMPERJUANGKAN ISU PENGERANG.ANTARA NYA PENGERUSI INSTITIUT PEDULI RAKYAT- DATO’ SERI ABDUL RAHMAN MAIDIN – TIMBALAN PENGERUSI MANTAP - MAZLAN ALIMAN – PENGERUSI GABUNGAN PENGERANG ANIS AFIZA AZLI PERSIDEN PENDIDIK NORMALA SUDIRMAN DAN KETUA PEMUDA PAS JOHOR SUHAIZAN KALAT. MEREKA MENYERAHKAN MEMORANDUM BANTAHAN RAKYAT PENGERANG TERHADAP PROJEK RAPID KEPADA SALAHUDDIN AYUB .FOTO WAN ZAHARI WAN SALLEH (HARAKAH 1-4 OKTOBER 2012).

GANDINGAN MANTAP

PRESIDEN PAS TUAN GURU DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG BERSAMA – SAMA SAF KEPIMPINAN PAKATAN RAKYAT DALAM ACARA MAKAN MALAM PERDANA.DI STADIUM TERTUTUP MALAWATI SHAH ALAM PADA 28 SEPTEMBER 2012 LALU MENGULANGI TEKAD DAN ITIZAM KEBERSAMAAN UNTUK MENERAJUI MALAYSIA BARU . (HARAKAH 1-4 OKTOBER 2012).

Monday, October 1, 2012

JELAJAH DEWAN ULAMAK PAS PAHANG KE KAWASAN-KAWASAN :

3 OKT CHEGAR MEDANG BENTONG . 4 OKT DARUL IKHWAN BERA - 5 OKT DARUL AMIN TEMERLOH . 8 OKT KIAS JERANTUT .9OKT DARUL HUSNA PEKAN . 10 OKT MARAN . 11 OKT PUTRA INDERA MAHKOTA. 12 OKT KUANTAN . 13 OKT MARKAZ GALI RAUB 15 OKT DARUL SALAM PAYA BESAR.17 DARUL HIKMAHN KUALA KRAU.18 OKT KOYAN CAMERON HIGHLANDS .20 OKT MARKAZ KERATONG 5 ROMPIN.

ADAB MENUNTUT ILMU DALAM ISLAM


Para ulama muktabar telah mengariskan bahawa ilmu pengetahuan itu perlu dipelihara adab-adabnya bagi menjamin keberkesanannya kepada yang mencarinya, antara adab yang dimaksudkan itu ialah :
1.Kesabaran yang tinggi.
Ia merupakan sifat pertama yang perlu ada pada setiap mereka yang bergelar pelajar – penuntut – murid siswa dan sebagainya, kerana menuntut ilmu memerlukan masa yang panjang, ia tidak dapat digarap dalam tempuh satu atau dua tahun, sesiapa yang mampu menempuhnya,maka sesungguhnya dia berjaya mengharungi kesulitan dan ujian Allah SWT.
2.Ikhlas untuk beramal dengan ilmu yang diperolehi.
Apabila seseorang itu berjaya mengharungi pahit getir ketika menuntut ilmu, dia perlu megikhlaskan niat untuk jadi seorang yang berguna dengan ilmunya itu bagi memimpin masyarakat ke jalan kebenaran.
3.Beramal dengan ilmu yang digarap.
Ilmu yang telah digarap tanpa diamalkan, adalah disifatkan macam pokok yang tidak berbuah atau langit yang tidak menurunkan hujan ketika bumi memerlukannya.
ilmu yang dituntut hendaklah diamalkan semacam pokok dari benih akan menjadi pokok dan seterusnya akan mengeluarkan buah.
4.Sentiasa melakukan pemantauan diri terhadap ilmu yang dipelajari.
Orang yang sedang menuntut ilmu, adalah digalakkan agar sentiasa mengawasi diri dari tidak terjebak pada perkara – perkara yang menyekat kebenaran agama, seperti terlibat dalam pembikinan program yang mendedahkan aurat dan sebagainya.
5.memanfaatkan waktu yang ada untuk belajar.
Masa adalah sangat berharga bagi yang sedang menuntut ilmu, kerana tanggungjawab dan amanah yang ada melebihi waktu 24 jam sehari semalam.
6.Berwaspada.
Bagi yang berjaya mengarap ilmu –ilmu pengetahuan, khususnya ilmu fardu ain- semestinya mereka sentiasa berwaspada dalam kehidupan ini dari melakukan perkara yang boleh merosakkan akhiratnya seperti memberi nasihat kepada orang ramai tentang dosa besar menyokong kepimpinan Yahudi dan Nasrani dan sebagainya, tetapi diri sendiri bersama dengan golongan tersebut dengan menyokong para pemimpin yang gemar kepada hiburan keterlaluan.
7.Ketetapan pembelajaran dan ketekunan.
Ketetapan pembelajaran ada satu lagi ciri adab yang bererti – seseorang itu mengambil bahan –bahan ilmiah yang tepat berdasarkan wahyu al-Quran serta inpirasi hadis baginda Rasulullah saw di samping sifat tekun yang tinggi mutu dan nilainya – tanpa yang bermutu sudah pasti ilmu tidak akan mampu digarap dengan sebaik –baiknya.
8.Sering mentelaah kitab –kitab
Mentelaah kitab – kitab juga adalah ciri adab yang mulia, kerana ia disifatkan sebagai rujukan asas bagi menjamin keaslian ilmu dan ketepatan maklumat yang diperolehi.
9.Memilih kawan yang sesuai ketika belajar.
Nabi Muhammad saw ada menerusi sebuah hadis yang bermaksud “Jangalah anda berkawan melainkan yang beriman dan jangan ada yang makan makanan anda melainkan mereka yang bertakwa kepada Allah SWT.Kawan adalah satu faktor besar bagi menjamin keberkesanan pembelajaran – kerana jika memilih kawan yang baik – pasti mereka mengingatkan kita jalan akhirat – tetapi jika sebaliknya mereka akan musnahkan akhirat kita dengan kehidupan dunia.
10.Beradab terhadap guru.
Guru yang soleh beriman bertakwa beramal dengan ilmu mereka serta takut kepada Allah adalah layak disebut sebagai pewaris nabi –nabi seperti disabdakan oleh baginda Rasulullah – jasteru mereka layak untuk dihormati dan disayangi tanpa mereka siapakah kita sebagai manusia yang hina dan yang tidak terarah ke jalan yang betul di sisi Allah SWT.
(Harakah keluran 21 – 23 sept 2012 Ruangan Imu ) .