SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, June 6, 2012

HIKMAH DI SEBALIK PERISTIWA .

HIKMAH DI SEBALIK PERISTIWA .
ابو الليث السمرقندي, di dalam Tanbihul Ghafilin menceritakan ada nabi – nabi yang bukan rasul,menerima wahyu dalam bentuk mimpi.Serang nabi telah bermimpi menerima perintah berbunyi “ESOK ENGKAU KELUAR DARI RUMAH WAKTU PAGI MENGHALA KE BARAT .ENGKAU HENDAKLAH MEMBUAT LIMA PERKARA .YANG PERTAMA ENGKAU JUMPA, MAKANLAH AKAN DIA ,YANG KEDUA ENGKAU SEMBUNYIKAN, YANG KETIGA,ENGKAU TERIMALAH, YANG KEEMPAT,JANGAN PUTUSKAN HARAPAN,YANG KELIMA ,LARILAH DARIPADANYA ,
“MAKANLAH AKAN DIA”
Esok harinya nabi itu pun keluar menuju ke barat .Yang pertama ditemuinya ialah sebuah bukit berwarna hitam .Dia kebingungan,” sesungguh aneh,aku diperintah memakan apa yang pertama aku temui “ . Dengan bertawakkal kepada Allah, dia menuju ke bukit tersebut untuk memakannya.Tiba –tiba bukit tersebut menadi kecil sebesar roti .Maka nabi itu pun memakannya..Rasanya sungguh manis seperti madu .Dia pun mengucap syukur kepada Allah .
“SEMBUNYIKAN IA “
Selepas itu ia bertemu pula sebuah mangkuk emas .Lantas ia menggali lubang untuk menyembunyikannya .Apabila mahu berangkat, mangguk itu keluar semula .Lalu ditanamnya kembali.Tetapi ia terkeluar juga,sehingga tiga kali berturut – turut .Nabi itu berkata,”Aku telah melaksanakan perintah- Mu “ lalu ia beridar , dan meneruskan perjalanannya.
“TERIMALAH IA”
Sejurus kemudian dia terserempak dengan seekor burung kecil di kejar seekor helang .Burung kecil itu merayu “Wahai nabi Allah,tolonglah aku”.Dia berasa kesihan .diambilnya burung itu lau di sembunyikannya di dalam jubahnya ,
“JANGAN PUTUSKAN HARAPAN”
Helang itu datang menghampirinya dan berkata,”Wahai nabi Allah.Aku sangat lapar .Aku telah mengejar burung itu sejak pagi lagi .Janganlah engkau putuskan haapanku.”Teringat akan mimpinya, lalu ia memotong sedikit daging pehanya sebagi ganti burung kecil yang disembunyikannya itu .
“LARILAH DARIPADANYA “
Dengan pehanya yang luka,Nabi itu meneruskan perjalanan demi menunaikan perintah dalam mimpi sebagai perintah yang terakhir, tiab –tiab ia melintasi satu bangkai yang sangat busuk .Ia pun lari dari bangkai itu kerana tidak tertahan dengan baunya yang sangat busuk itu .
MAKSUD DI SEBALIK PERISTIWA .
Setelah kembali kerumahnya , pada malam harinya nabi itu berdoa ,agar Allah memberi penjelasan apakah ertinya itu semua .
Ketika tidur dia bermimpi lagi, di dalam mimpinya itu dia diberitahu “ yang pertama engkau makan ialah marah.Mulanya besar,tetapi jika bersabar dan dapat mengawalnya ia akan menjadi lebih manis daripada madu.
Kedua , amal kebaikan, walaupun disembunyikan,ia tetap akan nampak jua, ketiga,jika sudah menerima amanah jangan khianat kepadanya .Keemapt , jika orang meminta padamu,usahakan hajatnya mesipun engkau sendiri berhajat.
Kelima yang busuk itu mengumpat atau mendedahkan keaiban orang lain .Larilah dari mereka yang melakukan mengumpat atau mendedahkan keaiban orang lain.

dia berjumpa bukit lalu menjadi roti,

mangkuk emas 3 kali nabi Allah cuba menanamnya,

burung kecil dikejar oleh burung besar

bangkai yang sangat busuk dan nabi Allah terus lari darinya.




No comments:

Post a Comment