SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, July 5, 2011

Al- Wala’

Di dalam sesebuah organisasi untuk mendapat kejayaan maka al-wala’ amat penting , ia akan dapat memerlihara ketaatan dan perjalanan organisasi secara istiqamah .Firman Allah swt yang bermaksud :

Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).

(Al-Maaidah :55 )

Wala’ dan hubungannya dengan PAS

Bahagian wala’

1.Wala terhadap akidah perjuangan,

Sesungguhnya wala’ bagi ahli –ahli PAS ialah Allah dan RasulNya.Wala’ ini dituntut taat secara mutlak kepada Allah dan RasulNya, wajiblah beriman bahawa tiada Tuhan yang sebenar melainkan Allah dengan segala sifat ketuhanan yang Maha Suci dan beriman kepada rasul yang wajib bersifat dengan segala sifat – sifat kerasulannya terkandung di dalam mafhum ketaatan dan wala’ kepada Allah dan Rasul secara mutlak kepada Al-Quran dan Al-Hadis yang rukun dan hukum tertinggi dalam perlamabagaan PAS.

2.Wala’ kepada jemaah .

Menurut rukun dan hukum berjemaah haram ahli yang telah memberi bai’ah kepada jemaah tiba-tiba memberi wala’ kepada kumpulan lain sama ada yang jelas menentang Islam atau kumpulan yang bernama Islam , ini bercanggah dengan akhlak berjemaah dan merosakkan perpaduan jemaah stratigi dan jenteranya .Adapun wala’ kepada jemaah itu bergantung kepada jemaah terhadap akidah perjuangan yang sebenar dan menjadi kewajipan kepada ahli PAS mempertahankannya daripadan menyeleweng .

3.Wala’ kepada pimpinan .

Kepimpinan di semua peringkat merupakan salah satu daripada tunggak yang penting kepada jentera dan perjalanan parti PAS .Oleh hal yang demikian wala’ kepada pimpinan dalam pengertian kasih dan taat mestikah diberi dengan penuh tanggungjawab .Wala’ ini mesti diberi di semua peringkat pimpinan .Ia juga bergantung kepada prinsip perjuangan parti PAS.

Ulasan :

Segala arahan dari pimpinan di dalam menjayakan perjuangan parti maka hendaklah diikut, jangan sekali – kali di ingkari , lebih- lebih lagi di dalam sesuatu program dan pilihanraya yang mana PAS turut serta di dalam pertandingan ataupuan rakannya di dalam Pakatan Rakyat .

Sunday, July 3, 2011

KELEBIHAN BULAN SYAABAN

RASULULLAH SAW MENGGALAKKAN KITA AGAR BERAMAL PADA MALAM NISFU SYAABAN DENGAN SABDANYA YANG BERMAKSUD :"Apabila tiba malam nisfu syaaban,maka hendaklah kalian bangun pada malamnya(melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya,ini kerana Allah SWT turun(menghormati hamba-hambaNya)pada malam tersebut mulai dari terbenam matahari kelangit dunia .Allah SWT berfirman:"Adakah dari kalangan hamba-hambaKu yang memohon keampunan,maka Aku akan ampunkannya.Adakah dari kalangan mereka memohon rezeki,maka Aku akan turunkan rezeki untuknya.Adakah dari kalangan mereka orang yang ditimpa bala',maka Aku akan sejahterakannya.Adakah kalangan mereka bagini dan begini,maka akan penohkan permintaan mereka,sehinggalah terbit fajar.
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad r,a di dalam masnadnya daripada kasir bin Marrah berkata:"Sesungguhnya Allah SWT menilik kepada hambaNya pada malam nisfu syaaban,maka Allah SWT mengamunkan penduduk bumi melainkan dua golongan:Musyrik (orang yang menyekutukan Allah SWT) dan musyahin(orang yang bermusuhan).
Dikeluarkan oleh Darul Qatni dan Imam Ahmad dengan sanadnya daripada Saidatina Aisyah r.a berkata :Pada suatu malam,Aku kehilangan Rasulullah SAW,maka aku pun keluar mencarinya dan aku menemui Baginda SAW di Baqi' sedang mendonggakkan kepalanya ke langit,lalu baginda berkata:"Adakah kamu takut Allah dan RasulNya menzalimimu ?Aisyah r.a berkata:"Bukan begitu wahai Rasulullah, aku cuma menyangka kamu mendatangi sebahagian isteriMu yang lain,baginda saw berkata:"Sesungguhnya Allah SWT turun ke langit dunia pada malam nisfu syaaban, maka Dia mengampunka dosa -doasa hambaNya lebih banyak daripada bilangan bulu kambing Bani Kilab."
Khalifah Umar bin Abdul Aziz r.a, khalifah yang paling 'adil lagi bijaksana telah menuli surat kepada menterinya di Basrah,isinya berbunyi :"Jagailah empat malam dalam setahun, ini kerana sesungguhnya Allah SWT akan menaungkan rahmatNya secara khusus pada malam - malam tersebut iaitu pada awal Rejab,malam nisfu Syaaban, Malam hari raya puasa dan malam hari raya korban."