SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, February 5, 2014

PENGAJIAN HADIS SIRI 34





Pengajian Hadis Siri 34
HADIS KELAPAN  BELAS
TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA TANGAN YANG MENERIMA .
عَنْ حَكَمَ بن حُزَامٍ عَنِ النَّبِيِّ صلي الله هليه وسلم قال : اَلْيَدُ الْعُلْيَا خَيثْرٌ مِنَ الْيَدِ السُّفْلَيَ وابْدَأْ بِمَا تَعُوْلُ , وَخَيْرُ الصَّدَقَةِ مَا كَانَ عَنْ ظَهْرِ غِنًي وَمَنْ يَسْتَعْفِفْ يُعِفُّهُ اللهُ وَمَنْ يَسْتَغْنِ يُغْنِهِ اللهُ . (رواه البخاري )
Daripada Hakam bin Hizam junjungan telah bersabda  : Tangan yang di atas  (pemberi) lrbih baik daripada tangan yang di bawah (penerima).Mulakanlah dengan orang yang engkau tanggung .Sebai-baik sedekah ialah benda yang lebih hajat , siapa yang memelihara kesucian dirinya Allah perliharakannya dan siapa yang mencari kekayaan nescaya Allah mengkayakannya .Hadis Riwayat al-Bukhari ).
Kupasan Hadis .
1.Tangan yang di atas bermaksud orang yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah yakni orang meminta ( menerima) atau orang yang berkuasa lebih baik daripada orang yang lemah .untuk memcapai tujuan boleh memberi maka perlulah seseorang itu bekerja dengan seungguhnya tiadak membuang masa dan peluang , tidakKupasan Hadis .
1.Tangan yang di atas bermaksud orang yang memberi adalah lebih baik daripada tangan yang dibawah yakni orang meminta ( menerima) atau orang yang berkuasa lebih baik daripada orang yang lemah .untuk memcapai tujuan boleh memberi maka perlulah seseorang itu bekerja dengan seungguhnya tiadak membuang masa dan peluang , tidakputus asa dalam masa melaksanakan cita –cita dan pekerjaan , menakala tercapai cita –citanya ia tidak menjadi bakhil dan tidak mahu  memberi dan menolong mereka yang perlu pertolongan, kerana dengan tolong menolong itulah satu-satunya asas bagi membina sebuah masyarakat yang kukuh dan mulia, demikian pula orang yang kuat masing-masing berkerja  mengikut kemampuan akan terhindar kemiskinan kerana masing –masing sentiasa bertangungjawab dan akan menunaikan kewajipan memberi dan menolong.Apabila masyarakat lemah ( sentiasa meminta – minta dan harap subsudi ) akan menimpa manggota msyarakat itu kehinaan di kala itu merek tidak segan llagi untuk meminta sedekah, menjual air muka , hilang maruah , terjerumuslah mereka kepada keruntuhan akhlak dan pergaulan,tinggalah hidup dalam keadaan menderita . Keadaan seperti ini buruk dan membahaya tidak dikehendaki oleh Islam bagi pemeluk-pemeluknya.Tepat seperti maksud sebuah hadis :”Oran mukmin yang kuat lebih baik daripada orang mukmin yang lemah , kuat dalam erti kata yang luas, kuat dalam semua bidang hidup ,kesihatan, ilmu pengtahuanm harta kekayaan, ekonomi dan politik, orang mukmin yang kuat inilah sanggup dan  mudah berbuat kebajikan memberi rerhadap saudara-saudaranya yang lemah dan tak berada .
2.Mulakanlah dengan orang yang engkau tanggung bermaksud menakala emgkau memberi sedekah hendaklah lebih dahulu diberi kepada kaum kerabat daripada dua belah pihak ibu dan bapa sebelum orang lain , bersedekah kepada kaum kerabat ini sebagai dari untuk memperkuatkan tali kasih mesra selain dari yang lain seperti berziarah , menolong di dala, kecemasan, kesempitan bersempati dalam sebarang suasana dan keadaan.Sebuah masyarakat tak sunyi daripada kuat dan lemah ,kaya dan miskin dengan itu perlulah dua golongan manusia ini tolong menolong yang irat.Maka untuk melaksanakan tujuan ini diarahkan supaya  berbuat kebajikan kepada kaum kerabat lebih dahulu sebelum orang lain, kerana menjadi tabiat manusia amat mementingkan diri sendiri sayang kepada harta  dan tak suka  menolong kepada kaum kerabat yang hampir , kerana masing –masing yang kaya dan kuat tak sunyi mempunyai kaum kerabat yang lemah dan tak berada  bukan semuanya gagah berharta, menakala perasaan menolong dan memberi ini telah terbiasa maka  dengan mudahnya ia akan melimpah keluar kawasan kepada orang lain anggota masyarakat sesiapa sahaja yang berhajat dan perlu kepada pertolongan, tetapi apabila kaum kerabat pun tak mahu diberi dan ditolong maka tak usahlah di harap – harap akan memberi dan menolong orang lain yang  tak ada sebarang pertalian darah , perasaan dan jiwa.
3.Sebaik –baik sedekah ialah  benda yang telah berlebih daripada hajat, tujuan bersedekah ialah membuat kebajikan, maka diarahkan seupaya membuat kebajikan itu setelah diri sendiri dan keluarga  tidak  berhajat dan telah berlebih bagi menghindarkan bencana yang akan menimpa diri dan tanggungan  keluarga, kerana memelihara diri dan keluarga adalah satu kewajipan yang utama bagi keselamatan sebuah masyarakat, menakala masing –masing keluarga telah diselamatkan maka dengan sendirinya masyarakat itu akan terselamat aman dan bahagia , inilah panduan yang sebenar dalam masa berbuat kebajikan, bukan tujuan mencari nama dan kemegahan serta publasiti yang jauh dari nilai keridaan Allah.

DOA RABBANA SIRI 1