SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, June 29, 2012

umno takut akan himpunan Hijau


Aris Faizul Ismail

Yusladay
ustaz Ramli Awang Abdul Rahman

TEMERLOH – Pemimpin muda PAS Pahang menyifatkan Umno ketakutan melihat Himpunan Hijau anuran PAS sehingga memberi kenyataan kononnya PAS tidak boleh menggantikan Umno sebagai mengubat hati yang risau.
Setiausaha Penerangan PAS Pahang ,Youliddy Deas berkata,PAS memang mampu menggantikan Umno, kenyataan PAS tidak mampu menggantikan Umno bermaksud tidak akan meneruskan legasi Umno yang berjiwa nasionalis rasis, kronisme dan sebagainya.
PAS katanya mampu mengambil alih tempat Umno memerintah Negara ini bersama pakatan rakyat .
Menurutnya,PAS dan Pakatan Rakyat telah membuktikan kebolehan mentadbir urusan rakyat di beberapa buah negeri yang dikuasainya walaupun dengan kuasa yang manima dan sumber kewangan yang terhad.
“Rakyat umum telah mengetahui kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat yang bebas daripada unsur rasuah dan penyelewengan,” katanya ketika dihubungi Harakah .
Bagi pengarah keselamatan Pas Pahang,Ramli Awang Abdul Rahman,kekuatan PAS lebih mantap bersama Pakatan Rakyat,Umno berusaha habis –habisan untuk menghancurkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
Justeru,kenyataan pemimpin Umno lebih menjurus kea rah menghasut ahl –ahli PAS supaya perpecahan berlaku.Ini bertujuan untuk memudahkan Umno terus berkuasa.
Pemimpin Umno tahu, PAS yang berjuang bersendirian akan memudahkan mereka mengalahkan PAS sebagaimana dalam pilihan raya umum sebelum ini .
“Apabila PAS bersama dengan pakatan rakyat ,Umno menjadi resah dan mereka sedang berusaha untuk memecahkan perpaduan ahli Pas supaya mendesak pemimpin Pas keluar dari Pakatan Rakyat.
“Mereka memainkan isu kononnya PAS sudah lari daripada dasar perjuangan dan sebagainya,” kata Ramli.
Semantara itu Naib Perisedin Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fizul Ismail berkata,rakyat sepatutnya melihat sendiri kemampuan PAS lebih 20 tahun memerintah Kelantan.Ketika mula menang 1990,Ghafar Baba (Allahyarham)kata PAS hanya mampu bertahan 100 hari sahaja kerana tak mampu bayar gaji,tetapi sampai hari ini PAS kekal memerintah Kelantan .(Harakah )

No comments:

Post a Comment