SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, June 6, 2012

ASAS KECEMERLANGAN KERJA.


KERJAKAN SESUATU ITU DENGAN ISTIQAMAH SUPAYA MENCAPAI KECEMLANGAN.

ASAS KECEMERLANGAN KERJA.
1.ILMU PENGETAHUAN
ILMU MERUPAKAN ALAT PENTING UNTUK MEMBANTU SESUATU KERJA.SETIAP PETUGAS PARTI MESTI MEMPUNYAI/MENGAUSAI ILMU BIDANG TUGAS YANG DIAMANAHKAN KEPADANYA.
2.PENGALAMAN
ILMU YANG DIKUASA MESTI DIGANDINGKAN SECARA BERSEPADU DENGAN PENGALAMAN – PENGALAMAN SAMA ADA PENGALAMAN SENDIRI ATAU PENGALAMAN ORANG LAIN.
3.PERANCANGAN (SKIMA KERJA).
PERACANGAN MERUPAKAN PRASYARAT SEBELUM AKTIVITI DAN PROGRAM YANG DILAKSANAKAN .
4.KETEKUNAN DAN KESUNGGUHAN
SETELAH DIRANCANG DENGAN SEMPURNA BERSUMBERKAN KESEPADUAN ILMU DAN PENGALAMAN IA MESTI DIIKUTI DENGAN KETEKUNAN DAN KESUNGGUHAN DALAM BERAMAL.JANGAN KERJA SAMBIL LEWA.
5.ISTIQAMAH.
KERJA – KERJA JAMAAH MEMANG MEMPUNYAI HALANGAN DAN RINTANGAN YANG BOLEH MENGECEWAKAN PARA PETUGAS.OLEH ITU TUNAIKAN KERJA DENGAN PENUH ISTIQAMAH.
6.WASPADA DAN BERHATI –HATI
Kemampuan jamaah dalam segala segi adalah cukup terhad.Oleh itu sebarang aktiviti hendaklah dijalankan dengan penuh kewaspadaan dan berhati –hati .
7.BIDANG KEMAMPUAN YANG DIKUASAI.
Pemimpn mesti mengetahui kemahiran yang dikuasai oleh ahli.Ahli pula sepatutnya memastikan bidang kemahiran yang boleh dikuasai secara baik dan cekap
8.MUHASABAH.
Peringkat perkembangan aktiviti hendaklah diberi perhatian.Masalah yang timbul tidak boleh dibiarkan ia mesti diselesaikan.Lakukan muhasabah dari semasa ke semasa.Akui kesilapan yang dibuat dan terimalah kritikan walaupun daripada ahli biasa.
9.CEKAL HATI,BERSEMANGAT DAN TIDAK PUTUS ASA.
Setiap aktivis atau pertugas parti mestilah mempunyai semangat untuk bekerja.Kerja tanpa semangat yang cekal mudah jemu serta putus asa
10.KESESUAIAN MASA DAN TEMPAT
Aktiviti yang baik dilaksanakan mesti bersesuaian dengan masa dan tempat aktiviti itu hendak dilaksanakan.
11.KERJASAMA.
Setiap ahli mestilah memberikan kerjasama kepada sebarang aktiviti dan program.Berikan kerjasama yang ikhlas dan janganlah menjadi pemerhati yang bijak mengkritik sahaja.
12.PENJADUALAN KERJA.
Kerja akan menjadi lebih mudah dan senang dikendalikan jika ada jadual kerja
13.PENGAWASAN DAN PENYEDIAAN
Pengawasan dan penyediaan pimpinan terhadap aktiviti mestilah wujud .Untuk mengetahui segala perkembangan yang berlaku dan sebarang masalah yang timbul boleh diatasi dan diselesaikan.
14.PERHUBUNGAN
Jalinan perhubungan dengan pelbagai pihak dan pelbagai kerja mesti wujud sama ada dalam jamaah atau di luar jamaah.Mudah untuk dapat kerjasama.
15.KEPATUHAN
Kecemerlangan kerja memerlukan sifat patuh daripada semua pertugas parti.Kepatuhan itu mencakupi kepatuhan kepada arahan pimpinan dan kepada sistem yang boleh menghasilkan kecemerlangan itu sendiri.
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

No comments:

Post a Comment