SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Sunday, June 10, 2012

SOKONG AMANAT PRESIDEN PAS.


SOKONG AMANAT PRESIDEN PAS.
Kuantan – Pas sebagai sebuah Parti Islam sememangnya mengamalkan pendekatan berlandaskan atur cara Islam dalam melaksanakan apa sahaja perkara sesuai dengan amanat Presiden Pas,Datuk Sri Abdul Hadi Awang.
Ahli Dewan Undangan Negeri Beserah, Syed Mohamad Tuan Lonik berkata, perkara baik perlu diikuti dan beliau sangat menyokong pendapat Abdul Hadi.
Menurutnya, Pas wajar mempamerkan imej Islam yang tidak ada dalam parti lain.
“Bagaimanapun, pendekatan ini mungkin sukar untuk diikuti pihak tidak menghayati Islam .
“Jika mahu menawan hati pengundi, kita perlu bersabar dang menggunakan pendekatan sopan serta berhemah “.katanya.
Syed Mohamad berkta , walaupun PAS berkawan dengan parti bukan Islam, namun parti itu mempunyai prinsip dan cara tersendiri.
Katanya, Pas menggunakan cara berhemah untuk memikat pengundi,tetapi BN disebaliknya.
“kita tidak kisah jika ahli UMNO tidak mahu percaya perjuangan Pas.Tetapi bagi yang faham dan menghayati Islam, mereka tetap menyokong kita,”katanya .
Sinar Harian semalam menyiarkan Abdul Hadi mengingatkan penyokong pembangkang (PR) supaya menurunkan kerajaan dengan cara bersopan –santu dan bukannya melalui tindakan memalukan . (Sinar Harian Edisi Pahang 6.6.2012)

TUAN GURU HAJI ABDUL HADI PRESIDEN PAS.

No comments:

Post a Comment