SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, June 15, 2012

Tazkirah 2.Pagi Jumaat 15.6.2012


Beberapa faedah dan ganjaran orang yang mengerjakan sembahyang .
1.Sabda Rasulullah saw :
مَنْ صَلَّي الصُبْحَ فِيْ جَمَاعَةٍ اَرْبَعِيْنَ يَوْمًا لَمْ يَفْتَهُ رَكْعَةً وَاحِدَةً كُتِبَ بَرَأَةٌ مِنَ الَّنَارِ وَالّنِفَاقِ ,
Sesiapa yang mengerjakan sembahyang Subuh secara berjemaah selama 40 hari , tidak tinggal walaupun satu rakaat,maka disuratkan baginya terlepas dari neraka dan nifak.
2.Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :”Barang siapa sembahyang Subuh,kemudian selepas sembahyang ia berzikir sehingga terbit matahari maka diberi pahala kepadanya pahala orang yang mengerjakan haji dan umrah “. ( Riwayat lain : Dikurniakan baginya syurga Firdaus yang di dalamnua 70 mahligai daripada emas dan perak ).
3.Sabda Rasulullah saw :
مَثَلُ الصَّلاَةِ الخَمْسِ كَمَثَلِ نَهْرِ جَارٌ عَلِي بَابِ أَحَدِكُمْ يَغْسِلُ مِنْهُ كَلَّ يَوْمٍ خَمْسَ مَرَّاتٍ هَلْ يَبْقِي عَلَيْهِ وَسَخٌ قَالُوْا لاَ يًا رِسُوْلُ اللهِ قَالَ كَذَالِكَ الصَّلاةُ مُغْسِلُ الْذُنُوْبِ .
Sembahyang lima waktu seperti sebuah sungai yang mengalir dihadapan pitu sebuah rumah seseorang kamu,maka orang itu mandi lima kali tiap –tiap hari,maka Tanya Rasulullah kepada sahabat “ adakah masih tinggal badannya berdaki ? Jawab sahabat “Tidak ya ! Rasulullah .”Rasulullah bersabda .”bergitulah sembahyang apabila dikerjakan sebanyak lima waktu ia akan menghapuskan dosa –dosa kamu ,” .
4.Sabda Rasulullah saw ,” Barang siapa yang memelihara sembahyang dengan sempurna waktunya,rukuknya dan yang lain lagi, dan dia mengetahui bahawa ibadat sembahyang yang difardhu ke atasnya, maka diharam ke atas api neraka .”

No comments:

Post a Comment