SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, June 14, 2012

solat dhuha

Solat Dhuha
1.Pengenalan dan kelebihanya .
Solat sunat dhuha boleh dikerjakan sekurang –kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat dengan tiap – tiap dua rakaat satu salam .Waktunya ialah mulai tinggi matahari kira- kira segalah ( Jam 9.00 – 10.0 pagi) hingga tegak matahari iaitu berakhirnya waktu solat dhuha ini apabila masuk waktu Zuhur .
Di antara kelebihan solat sunat dhuha ialah :
(a)Allah mengampunkan dosa :
Dari Abi Hurairah ra.Beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Barang siapa yang mengerjakan solat dhuha dengan berkekalan Allah akan mengampunkan dosanya sekali pun sebanyak buih lautan .”
(b)Mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :”Solat dhuha mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan) dan tidak ada yang akan memelihara solat dhuha kecuali orang –orang yang bertaubat .”
(c)Memasuki syurga melalui pintu Dhuha : Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
“Bahawasanya di syurga terdapat pintu yang disebut “Dhuha” .Jika hari Kiamat telah tiba ,Malaikat menyeru , “Manakah orang – orang yang mengekalkan solat dhuha ? Inilah pintumu , sila masuk ke dalamnya dengan rahmat Allah .”
2.Lafaz niat Solat Sunat Dhuha :
أَصَلِّى سُنَّةَ الضُّحَى رَكْعَتَيْنِ للَّهِ تَعَالَى .
“Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala.”
3.Bacaan Surah :
Selepas membaca al-Fatihah pada rakaat pertama bacalah surah asy –syams .Pada rakaat kedau selepas al- Fatihah baca Surah al-Dhuha

No comments:

Post a Comment