SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, June 20, 2012

Hadis Kesembilan KETAATAN KEPADA PERKARA – PERKARA BAIK

عَن علي بن أبي طالب رضي الله عنه قال : بَعَثَ النبي صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَرْيَةَ وَأَمْرَ عَلَيْهِمْ رَجُلاً مِنَ الْاَنْصَارِ وَأَمَرَهُمْ أَنْ يُطِيْعُوْهُ فَغَضِبَ عَلَيْهِمْ وَقَالَ : " أَلَيْسَ قَدْ أَمَرَ النبي صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تُطِيْعُوْنِي ؟ قَالُوْا : بَلَي . قَالَ : عَزَمْتُ عَلَيْكُمْ لَمَا جَمَعْتُمْ خَطَبًا وَاَوْقَدْتُمْ نَارًا ثُمَّ دَخَلْتُمْ فِيْهَا . فَجَمَعُوْا حَطَبًا فَأَوْقَدُوْا . فَلَمَّا هَمُوْا بِالْدُخُوْلِ , فَقَامَ يَنْظُرُ بَعْضُهُمْ إِلَي بَعْضٍ قَالَ بَعْضُهُمْ : إِنَّمَا تَبِعْنَا النَّبِيَّ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِرَارًا مِنَ النَّارِ أَفَنَدْخًلُهَا ؟ فَبَيْنَمَا كَذَلِكَ إِذْ خَمَدَتِ النَّارُ وَسَكَنَ غَضَبُهُ . فَذَكَرَ لِلْنَبِيِّ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : لَوْ دَخَلُوْهَا مَا خَرَجُوْا مِنْهَا أَبَدًا , إِنَّمَا الْطَاعَةُ فِي الْمَعْرُوْفِ . (رواه البخاري ومسلم ) .
Terjemahan Hadis.
Daripada Ali bin Abu Talib r.a katanya :”Rasulullah SAW telah mengirim sepasukan tentera dan menyerahkan pimpinannya kepada seorang lelaki Ansar dan meyuruh supaya mereka taat kepadanya .Tiba –tiba lelaki Ansar itu marah kepada mereka seraya berkata : Bukankah Rasulullah SAW telah memerintahkan supaya kamu taat kepadaku ? Mereka menjawab : Bahkan ! Lelaki itu berkata : Kini aku perintahkan kamu supaya mengumpulkan kayu dan menyalakan api dan kemudian hendaklah semua kamu masuk ke dalam api .Lalu mereka mengumpulkan kayu api dan menyalakan api .Dan ketika mereka hendak masuk ke dalam api masing- masing berpandangan antara satu sama lain dan berkata :Kami mengikut Nabi SAW hanyalah kerana lari dari api neraka , apakah kami memasukinya sekarang .Tatkala mereka berada di dalam keadaan demikian tiba –tiba api menjadi padam dan redalah kemarahan pemimpin tentera itu .Kemudain kejadian itu diceritakan kepada Nabi SAW lalu beliau bersabda :”Jika mereka memasuki api itu tentulah mereka tidak akan keluar darinya untuk selama-lamanya .Ketaatan itu hanyalah dalam perkara kebaikan .
Keterangan mengenai perawai Hadis
Hadis diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Ali bin Abu Talib , Khalifah ar-Rasyidin yang keempat – menantu /sepupu kepada Rasulullah SAW , terlibat di dalam peperangan Badar,Uhud ,Khaibar,Khandak dan Hunainin .Semasa menjadi khalifah terlibat dengan peperangan Jamal dan peperangan Siffin dan berlakunya Majlis Tahkim , wafat pada tahun 40 Hijrah .
Nilai Hadis
Hadis ini menceritakan tentang seorang ketua yang memberi arahan kepada orang bawahnya yang tidak patut diikuti arahan itu , arahan yang tidak berbentuk kebaikan , syariat Islam mengatakan “ Ketaatan itu perlu diikuti kepada arahan berbuat kebaikan sahaja “. Orang yang mnerima perintah supaya taat itu hendaklah menimbangkan adakah perintah itu mesti ditaati atau sebaliknya
Keterangan Hadis secara terperinci .
1.Wajib taat kepada perintah ketua .
Metaati ketua adalah wajib, banyak hadis –hadis yang memerintahkan untuk taat kepada ketua , di antaranya
Dari Abu Hurairah radhiallahu 'anhu, dia berkata : Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Wajib atasmu untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah ) dalam kesulitan dan kemudahanmu, dalam perkara yang menyenangkan dan yang kamu benci, dan tidak kamu sukai." (HR. Muslim 3/1467)
Syaikhul Islam Ibnu Taimiyyah berkata : Wajib taat kepada ketua sekalipun para pemerintah ini memonopoli perkaramu, sehingga mereka tidak berlaku adil terhadapmu dan mereka tidak menunaikan hakmu," seperti yang tersebut dalam Al-Bukhari dan Muslim dari Usaid bin Hudhair bahwa Rasulullah shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda” :
"Sesungguhnya kalian akan menemui perkara yang tidak disenangi setelahku, maka hendaklah kalian bersabar sampai kalian berjumpa denganku di telaga haudh nanti." (HR. Bukhari 3/41 dan Muslim3/1474)
Dan firman Allah SWT yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu .(An –Nisa’ : 59)
2.Tujuan mengikut ajaran Nabi .
Kami mengikut Nabi SAW hanyalah kerana lari dari api neraka , apakah kami memasukinya sekarang ? .
Mengkuti Nabi SAW adalah bertujuan untuk mendapat rahmat Allah SWT ,firmanNya yang bermaksud :
Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, Iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat).(An-Nis’ :69 )
Dan juga untuk menjadi mukmin sejati , friman Allah SWT yang bermaksud:
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.(At-Taubah ;71)
Mengikut ajaran Nabi SAW unuk membezakan dari golongan munafiq , dengan berpandu kepada ajaran nabi maka terhidar dari sifat nifaq , Allah menjelaskan sifat munafiq itu di dalam firmanNya yang bermaksud:Orang-orang munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang dari perbuatan yang baik, dan mereka pula menggenggam tangannya (bakhil kedekut). mereka telah melupakan (tidak menghiraukan perintah) Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik(At-Taubah ;67)
Mengikut ajaran nabi adalah untuk mengikuti jalannya ,firman Allah SWT yang bermaksud :
Wahai Nabi, Sesungguhnya Kami mengutusmu sebagai saksi (terhadap umatmu), dan pembawa berita gembira (kepada orang-orang yang beriman) serta pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar).dan juga sebagai Penyeru (umat manusia seluruhnya) kepada ugama Allah dengan taufiq yang diberiNya; dan sebagai lampu yang menerangi.(Al-Ahzab : 45 -46 )
Dan nyatalah bahawa mengikut jalan rasul (nabi) adalah jalan yang lurus yang boleh menyelamatkan dari azab api neraka , firman Alllah SWT yang bermaksud :
Katakanlah (Wahai Muhammad): "Inilah jalanku, Aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas nyata. dan Aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan bukanlah Aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain."(Yusof : 108)
3.Ketaatan hanya kepada perkara kebaikan .
“Ketaatan itu hanyalah dalam perkara kebaikan”
Banyak hadis –hadis lain yang menerangkan tentang perkara yang perlu di taati apablia diperintah oleh pemerintah , di antara lain :
1.Dari Abdullah bin Umar dari Nabi shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda :
"Wajib bagi setiap muslim untuk mendengar dan taat (kepada pemerintah), baik dalam perkara yang dia senangi maupun yang dia benci, kecuali kalau dia diperintah dalam perkara maksiat, maka dia tidak boleh mendengar atau taat." (HR. Bukhari 4/329 Musnad 3/1469)
2.Sabda Rasulullah SAW :
لآَ طَاعَةَ لِمَخْلُوْقٍ فِيْ مَعْصِيّّةِ الْخَالِقِ .
“Tidak harus taat kepada mahluk dalam perkara maksiat terhadap tuhan”.
3.Sabda Rasulullah SAW :
أَيُّمَا أَمِيْرٍ أَمَرْتُهُ عَلَيْكُمْ فَأَمَرَكُمْ بِغَيْرِ طَاعَةَ اللهِ فَلاَ تُطِْعُوْهُ فَإِنَّهُ لاَ طَاعَةَ فِيْ مَعْصِيَّةِ اللهِ
“Mana- mana pemimpin yang aku perintahkan supaya memerintah kamu , lalu ia menyuruh kepada yang lain daripada taatkan Allah maka jangan kamu taat kepadanya , kerana tidak harus taat dalam perkara derhaka kepada Allah .”
4.Saidina Abu Bakar As –Siddiq berkata di masa baru dilantik menjadi khalifah :
أَطِيْعُوْنِي مَا اَطَعْتُ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَإِذَا عَصَيْتُ اللهَ وَرَسُوْلَهُ فَلاَ طَاعَةَ لِيْ عَلَيْكُمْ .
“Taatlah kepada aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya , apabila aku menderhakakan Allah dan RasulNya maka jangan engkau taat kepada aku .
Oleh hal yang demikian wajib taat kepada perintah ketua dalam perkara –perkara yang membawa kebaikan dan tidak bercanggah dengan syariat Islam .
Pengajaran Hadis .
1.Semua perintah ketua hendaklah dipatuhi ,selagi ia tidak menyuruh berbuat maksiat kepada Allah dan RasulNya.
2.Orang yang menerima perintah hendaklah menimbangkan perintah yang diberi kepadanya terlebih dahulu , sama ada ia ke arah berbuat taat kepada Allah atau sebaliknya.
3. Perintah ketua mestilah ditaati , walaupun ketua itu orang yang zalim , selagi perintah itu tidak melanggar syariat Islam .
4.Mengikut perintah yang bukan suruhan syariat mengakibatkan rugi dan menyesal .

No comments:

Post a Comment