SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, June 6, 2012

AMANAH

AMANAH
FIRMAN ALLAH DALAM SURAH ANNISAK AYAT 58 YANG BERMAKSUD: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum Dengan adil. Sesungguhnya Allah Dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran Yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
I.SEORANG MAJIKAN telah membeli beberapa ekor kambing dan unta dengan wang upah pekerjanya yang telah menghilangkan diri.Setelah kambing –kambing dan unta-unta itu membiak dengan banyaknya,pekerja itu dating meminta upahnya dahulu.Lalu majikan itu memberikan semua binatang ternakan itu kepadanya.
II.SIFAT AMANAH seorang gadis menyebabkan dia dilamar oleh Saidina Umar alKhatab untuk dijadikan menantu.Gadis itu melihat ibunya mahu menuang air ke dalam susu yang hendak dijual lalu dia segera menolak bekas air itu hingga tumpah.”Apa salahnya tiada siapa yang melihatnya dan kita akan mendapat lebih untung.”kata ibunya.”Tapi Allah melihat kita ibu,Allah itu maha melihat lagi maha mengetahui”kata gadis itu.
III.KHALIFAH ABD AZIZ terkenal dengan amanah terhadap rakyat.Sedikit pun tidak digunakan untuk diri dan keluarganya.Pernah dia memukul anaknya kerana mengambil sebiji epal kepunyaan baitulmal .
IV.LANTARAN sifat amanah dengan tanggungjawb sebagai khalifah yang dipikul oleh Allah kepadanya.Saidina Umar AlKhattab r.a pernah berkata “Kalaulah seekor kambing mati ditepi Sungai Furat ,aku takut akan ditanya oleh Allah kerananya.”

MAJIKAN ITU MEMBELI KAMBING DAN UNTA UPAH PEKERJA YANG HILANG.

No comments:

Post a Comment