SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, June 14, 2012

Disiplin


DATO. TUAN IBRAHIM TUAN MAN PERNAH MENJADI PENGERUSI DISIPLIN PAS.

YB.KHALID SAMAD PERNAH DIGANTUNG KEAHLIAN PAS

DATO' DR.HASSAN ALI DIPECAT DARI PARTI PAS.




يَا اَيُّهَاالَّذِيْنَ اَمَنُوْا اصْبِرُوْا وَرَابِطُوْا وَاتَّقُوْا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ .( ال عمران : 200)
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِي سَبِيْلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوْصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh.
(as-Saf ayat 4 .)
PERKARA – PERKARA YANG DITAKRIFKAN DENGAN DISIPLIN.
1.TATATERTIB DAN KELAKUAN DIRI
2.PERATURAN YANG DITETAPKAN UNTUK MELATIH SESEORANG SUPAYA BERKELAKUAN BAIK.
3.KEPATUHAN KEPADA PERATURAN – PERATURAN TELAH DITETAPKAN.
4.HUKUM ATAU DENDA KEARNA MELANGGAR PERATURAN – PERATURANNYA
PAS telah menetapkan perkara – perkara ini di dalam perlembagaannya secara tegas .Di antaranya ialah ialah menetapkan perkara – perkara yang dinamakan tatatertib:
1.Taat kepada hukum – hukum dan ajaran Islam yang menjadi dasar PAS.
2.Patuh kepada perlembagaan parti serta aturan dan peraturannya.
3.Taat kepada arahan – arahan dan perintah –perintah jamaah.
4.Laksanakan kewajipan – kewajipan yang ditugaskan oleh jamaah sedaya upaya yang boleh.
5.Menjaga dengan cermat segala rahsia jamaah
6.Beramal dengan akhlak Islam
7.Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakkan yang menyalahi atau merugikan jamaah.
PAS juga menetapkan segala tindakan dan hukuman yang boleh diambil kepada mereka yang tidak mengikut disiplin jamaah demi memelihara kewibawaan jamaah dan keselamatannya melalui kaedah berikut :
1.Memberi amaran
2.Melucutkan hak – hak dalam jamaah
3.Menggantung keahlian
4.Memecat
Disiplin merupakan perkara amat penting kepada setiap ahli jamaah demi kebaikan diri dan jamaah.Setiap ahli parti mestilah mendisiplinkan diri masing –masing dan menerima segala tindakkan mendisiplinkan dirinya.
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

No comments:

Post a Comment