SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, June 26, 2012

Hadis Kesebelas AGAMA ITU NASIHAT


memberi nasihat agama kepada orang awam.
memberi nasihat untuk orang awam


عَنْ أَبِيْ رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ " أَنَّ النَّبِيَّ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اَلدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلِأََئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتَهٌمْ( رواه مسلم)
Terjemahan Hadis
Dari Abi Rukiah Tamim bin Aus Ad Dari r.a , bahawasanya Nabi SAW bersabda :”Agama itu nasihat .Kami berkata : Bagi siapa ? Ia bersabda : Bagi Allah dan bagi kitabNya dan bagi rasulNya dan bagi imam – imam kaum muslimin dan bagi orang mereka . (H.R.Muslim ) .
Keterangan mengenai Perawi Hadis
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Rukian Tamim bin Aus Ad Dari , ia adalah pada mulanya seorang beragama Nasrani , kemudian memeluk Islam sewaktu di Madinah .
Nilai Hadis
Hadis ini adalah sebuah hadis yang lengkap lagi sempurna sekalipun ringkas , kerana maksudnya untuk menerangkan nasihat agama yang berhubungan dengan kepercayaan dan hubungan antara sesama pemeluknya dalam perkara bertalian dengan kebaikan bersama dalam agama Islam .
Keterangan Hadis secara terperinci
(a) Agama itu nasihat .
Pada hadis tersebutt Rasulullah SAW ada menerangkan perkara yang berkenaan dengan nasihat dalam agama .Agama itu adalah nasihat – Perkataan
ini membuatkan sahabat bertanya “Untuk siapakah nasihat itu ?” Rasulullah di dalam menjawab pertanyaan itu mengatakan “ Untuk Allah , kitabNya , RasulNya , Pemimpin umat Islam dan Orang ramai seluruhnya ,”.
Pengertian nasihat :
Kata –kata yang diberi oleh seseorang kepada orang lain , untuk faedah orang yang diberi nasihat itu .
(b)Nasihat bagi Allah , kitabNya dan rasulNya .
Maksud nasihat bagi Allah ialah beriman kepadaNya menurut pengertian yang sebenarnya serta menghapus samasekali sebarang sifat dan bentuk penyekutuan bagiNya dalam iktikad dan ibadat dan beramal menurut yang diperintahkanNya , meninggalkan apa yang dilarangNya ,mengingati kebesaranNya , serta mensyukuri nikmatnya yang tak terhitung banyaknya , dengan menggunakannya di jalan yang baik dan sejahtera.

Maksud bagi kitabNya ialah beriman kepada kebenarannya dengan beramal mengikut pertunjuk dan pengajarannya .
Maksud nasihat bagi rasulNya ialah membenarkan kerasulannya , mempercayai apa yang dibawanya , mematuhi suruhan dan larangannya , membela agamanya , memusuhi siapa yang menentangnya ,menghidup perjalanan dan sunnahnya pada diri dan dalam masyarakat .
(b) Nasihat bagi pemimpin – pemimpin kaum muslimin dan orang ramai .
Pemimpin – pemimpin muslimin ialah ketua – ketua,raja , ulama – ulama pemerintahan Islam maksud nasihat kepada mereka ialah menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan , patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan , tegur mereka dengan cara yang sopan dan peringati mereka di kala mereka lalai dari kewajipan , dan jangan dihasut orang ramai supaya keluar dari barisan ketaatannya yang membawa kepada kekacauan .
Pendapat ulamak mengenai nasihat kepada pemimpin – pemimpin :
(i) Said Hawwa meletakan urusan nasihat ini sebagai agenda yang sangat penting.Beliau menyebut :Nasihat itu menjadi hak rakyat kepada pemimpin , mereka mesti sabar dengan segala keburukan pemimpin dan sentiasa memberi peringatan ketika mereka lupa .Jangan memuji dan memuja mereka dalam perkara yang tidak sepatutnya dan berdoa kepada mereka supaya sentiasa berada di dalam kebaikan .
(ii) Ibn Taymiyyah turut mengulas tentang nasihat kepada pemimpin ini .Beliau menganggap nasihat sebagai jambatan yang menghubung hati antara rakyat dan pemimpin .dari sini akan terbit pandangan – pandangan yang bernas untuk menyelesaikan masalah .
(iii) Al Ghazali menegaskan tentang kewajipan rakyat untuk memberi nasihat kepada pemimpin mereka .Beliau menganggap pemimpin seperti bapa , adakalanya mungkin melakukan kesalahan dan betul dalam tindakkannya .Beliau membahagikan nasihat itu kepada empat bahagian iaitu memberi penerangan ,nasihat , mengeji dan melarang secara kasar .Sesungguhpun begitu katanya “Rakyat hanya diminta memberi penerangan dan nasihat sahaja dan tidak bertinak mengeji dan mengecam , kerana ia akan mencetus fitnah yang lebih besar , jika ia tidak membawa fitnah dan mudarat kepada umum .Maka adalah diharuskan mengeji dan mengecam pemimpin itu .
(iv) Ibn Rejab al-Hanbali berkata “Adapun nasihat untuk pemimpin kaum muslimin maka ia adalah kasihkan kebaikan kepada mereka , bimbingan mereka dan keadilan mereka , menyukai sokongan rakyat untuk mereka, membenci perpecahan dalam kalangan umat kerana mereka ,mematuhi ajaran agama , suka memuliakan mereka kerana mentaati Allah , membantu mereka di dalam kebenaran , taat kepada mereka dalam perkara yang hak,memperingatkan mereka dengan kebenaran , menyedarkan mereka dengan lemah lembut dan mengelakkan daripada menentang mereka dan mendoakan kejayaan untuk mereka “.
(v) Syaikh al-‘Allamah Abdul Rahman bin Said r.a “Adapun nasihat untuk pemimpin kaum muslimin ialah dengan memberi nasihat kepada mereka mengikut taraf dan jawatan yang mereka pegang ,”
Dari pendapat dan pandangan yang dikemukakan oleh ulama- ulama mengenai nasihat kepada pemimpin kaum muslimin, maka boleh kita mengatakan bahawa seseoang pemimpin itu adalah wajib mempercayai kepimpinannya ,mengakui kekuasaannya , dan mentaatinya dalam perkara makruf dan tidak menentangnya ,menyuruh rakyat mentaatinya,beriltizam melaksanakan sesuatu yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya , berusaha sedaya upaya memberi nasihat , menerangkan sesuatu yang tidak jelas kepadanya
mengenai sesuatu yang perlu diketahuinya demi kesejahteraannya dan rakyat . Sentiasa berdoa dengan kebaikan untuknya dan rakyat .Menjauhi memakinya , mengaibkanya dan meghebahkan kejahatannya kerana itu adalah kejahatan dan kefasikan .Dan hendaklah menegurnya apabila melihat kemungkarannya,untuk mengingatkannya sama ada saecara terang atau sembunyi denag lemah lembut dan ungkapan yang sesuai dengan keadaan dan bertujuan baik .
Nasihat untuk orang ramai .
Yang dimaksudkan nasihat untuk orang ramai ialah memimpin mereka ke jalan benar , mengawasi mereka dari jalan yang salah , mengajar mereka ,berlajar dari mereka yang alim , bertolong bantu dengan mereka di dalam perkara kebaikan dan takwa , saling hormat menghormati .cinta mencintai , bersama – sama memelihara kemuslihatan hidup dengan menjauhi sifat –sifat yang boleh membangkitkan fitnah dan permusuhan dan memahami bahawa tiap-tiap seoarang itu adalah anggota masyarakat.Nasihat hendaklah cara dan aslub yang baik sebagaimana yang disarankan oleh Allah SWT di dalam frimanNya yang bermaksud :Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik.(Al-Nahl :125) ..
Pengajaran Hadis .
1.Agama itu nasihat ialah di dalamnya mengandugi banyak nasihat yang boleh menjadikan orang baik dan sejahtera.
2.Seseorang itu boleh memberi nasihat sekadar yang mampu, dengan syarat ia mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima , suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam .
3.Kesedaran itu lahir dari kata –kata nasihat, kerana orang beragama itu sentiasa berharap kepada nasihat sebagai peringatan kepadanya , sebab agama itu adalah nasihat .
4.Di dalam masyarakat itu ada beberapa golongan yang masing –masing ada tanggungjawab masing –masing , mereka perlu kepada peringatan , teguran , kata-kata perangsang unuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat seluruhnya .
5.Nasihat boleh dilakukan dengan cara bersemuka denganya atau ketika mereka yang dinasihati itu tidak ada bersama .
6.Kalaulah seseorang meminta suapaya ia dinasihati maka perlulah ia memberi nasihat dengan cara yang baik dan sopan , seboleh-bolehnya tidak menyetuh perasaannya .

No comments:

Post a Comment