SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, June 12, 2012

DURIAN RUNTUH”TIDAK HALANG PENEROKA TUNTUT HAK .


KUANTAN : Pemberian “Durian runtuh”tidak mematahkan semangat peneroka untuk memperjuangkan hak mereka apabila 957 peneroka Gugusan Keratung memfailkan saman terhadap Felda baru –baru ini.
Tuntutan saman ini adalah antara usaha peneroka menuntut keadilan daripada Felda yang didakwa telah menipu peneroka dengan memberi kadar Perahan Gred (KPG) yang rendah sejak 17 tahun yang lalu.
Dalam tuntutan itu,peneroka menamakan Felda sebagai defenden pertama manakala anak syarikatnya Felda Pam Industrian Sdn Bhd sebagai defenden kedua,Peneroka menuntut Felda membayar gantirugi berjumlah RM525 juta.
Peneroka diwakili barisan peguam R.Sivarasah,Latheefa Koya dan T.K .
Sebelum ini peneroka dari Gugusan cini Pekan turut memfailkan saman serupa ,manakala peneroka Gugusan Jengka, Bera dan Maran juga memfailkan saman yang sama terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh dan kes tersebut sedang menanti untuk dibicarakan.
Peguam Sivarasah berkata , peneroka menuntut Felda memberikan KPG yang wajar kepada mereka .Felda juga didakwa menghalang peneroka untuk membuat ujian KPG di makmal bebas .
Turut sama hadir memberi sokongan ialah 100 orang peneroka dari Keratong serta pemimpin PAS dan KeADILAN termasuk Ketua Biro Peneroka dan orang Asal, Suhaimi Said dan Timbalan persuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusuf Embong.
Semantara itu seorang peneroka dari Bera,Che Zuhar Che Harun 50 tahun , ketika dihubungi Harakah menyatakan sokongannya terhadap usaha rakan peneroka dari Keratong itu.
Katanya,Peneroka bera turut memfailkan saman serupa dan menunggu masa untuk dibicarakan.
Menurutnya “Durian runtuh” dan saham Felda Global Venture adalah dua perkara berbeza untuk menuntut hak ini sewajarnya diteruskan sehingga peneroka mendapat keadilan .(Basiron Abdul Wahab .Harakah 21 -24 Rejab 1433 / 11 -14 Jun 2012 ).

CHE ZUHAR CHE HARUN

USTAZ YUSOF EMBONG TPJ PAS PAHANG BERSAMA HJ.SUHAIMI SAID KETUA BIRO PENEROKA DAN ORANG ASAL HADIR DI MAHKAMAH TINGGI KUANTAN .


No comments:

Post a Comment