SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, February 28, 2012

Hak – hak pemimpin atas pengikutnya.

1.Menerima janji setia dan ketaatan daripada semua ahli parti.Ia bukan bertujuan untuk kepentingan perjuangan.
2.Ahli – ahli parti juga mestilah mentaati semua arahan dan peraturan yang telah ditetapkan dan tidak cuba menimbulkan kerosakan dan kepincangan dalam sistem atau aturan dan peraturan tersebut.
3.Ahli parti mesti memberi bantuan,sokongan dan pertolongan dalam semua usaha menegakkan kebaikan dan mencegah kemungkaran.
4.Ahli – ahli parti mesti bersedia dan bersiap siaga untuk berkorban apa – apa sahaja bagi mempertahan dan membela pemimpin/jamaah.
Kesalahan- kesalahan yang selalu dilakukan oleh ahli dan pemimpin.
1.Menganggap bahawa peranan untuk memajukan jamaah terletak sepenuhnya ke atas bahu pimpinan sahaja.
2.Menganggap bahawa mesyuarat /muktamar tahunan adalah medan untuk mengkritik habis – habisan terhadap kepimpinan jamaah.
3.Lambat bertindak terhadap arahan kerana mungkin menganggap tidak penting atau kerana sikap suka menangguh kerja.
4.Menghadiri mesyuarat/perjumpaan dengan “kepala kosong”.Tidak membawa sebarang idea/pendapat .
5.Menggunakan masa yang panjang untuk mesyuarat/perjumpaan Ahli Jawatan kerja dan seumpamanya.
6.Setiausaha bertukar menjadi ketua dan mengeluarkan arahan – arahan, semantara ketua hanya menjadi tukang angguk dan “pak turut”.
7.Setiausaha hanya berperanan sebagai penulis minit mesyuarat dan penghantar surat jemputan.
8.Bendahari tidak berfungsi sebagaimana sepatutnya.Peranan utama hanya sebagai pembentang penyata kewangan sahaja.
9.Ahli Jawatan kuasa kerja tidak mempunyai tanggungjawab khusus .Peranan utama kebanyakkannya hanya sebagai pencukup korum untuk mesyuarat.
10.Keputusan mesyuarat tidak dikaji dan tidak dilaksanakan.Keputusan hanya difailkan.Program dilaksanakan tidak ada tindakan susulan.
11.Tiada mempunyai rekod keputusan mesyuarat dan rekod kegiatan.Sebab itulah kita berterusan dengan masalah yang sama setiap kali diadakan perbincangan/mesyuarat/muktamar.
12,Berlakunya ambil alih tugas orang lain.
13.Ahli menganggap apa yang dikatakan oleh pemimpin tidak penting.
14.Sikap tidak patuh dan menghormati pimpinan dari kalangan ahli parti.
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

Monday, February 20, 2012

TANGGUNGJAWAB KEPIMPINAN

1.Mahir dan faham mengenai jamaah (PAS) sama ada dari segi aturan dan peraturannya mahupun dari segi tujuan,matlamat dan kaedah – kaedah kerja kearah mencapai matlamat jamaah (PAS).
2.Memahami secara mendalam bidang tugas (tanggungjawab) dan bidang kuasa setiap jawatan yang diamanahkan kepadanya.
3.Mempunyai konsepi dan visi yang jelas sahih serta yakin terhadap kejelasan matlamat perjuangan yang ditentukan oleh Perlambagaan PAS.Ia juga berkewajipan mematangkan gambarannya terhadap bentuk kerja,penyusunan dakwah dan tarbiyyah di mana program – program tersebut tidak sepatutnya dilaksanakan dalam bentuk tergesa- gesa .
4.Berusaha meningkatkan prestasi dan mutu kerja dari semasa ke semasa.
5.Berusaha melahirkan sebanyak mungkin kader atau ahli yang boleh membantunya dalam menyempurnakan tugas parti (pasukan petugas) serta mempertingkatkan ahli tersebut hingga mampu menjadikan pimpinan bagi mengekalkan bentuk kepimpinan akan datang supaya penerusan perjuangan dapat dikekalkan
6.Berazam menjalankan tugas dan aktiviti secara berpasukan untuk dapat merancang program – program kerja jamaah sebagai wasilah supaya matlamat perjuangan menjadi semakin hampir dan pengaruh daerah penguasaan jamaah melebar dalam kalangan masyarakat.
7.Sentiasa mendapatkan nasihat dan bimbingan daripada pimpinan yang lebih tinggi daripadanya atau daripada individu – individu yang berpengalaman dalam sesuatu bidang,. dan mengambil pengajaran daripada kritikan – kritikan serta menukarkan kritikan tersebut menjadi cadangan yang membina
8.Sedar bahawa semua ahli parti yang istiqamah merupakan asset (harta) yang paling berharga untuk perjuangan .Oleh yang demikian kerja memproses kelahiran pimpinan yang mahir untuk memimpin ummah adalah suatu program penting dalam aktiviti jamaah .
9.Mempunyai kesediaan dan kesanggupan untuk melakukan pembaikan setiap masa dan mestilah membentuk serta mempunyai aqliah munazamah supaya perjalanan jamaah dapat berjalan dengan lancar dan tertib
10.Menjaga jamaah supaya penojolan kekuatan kewibawaannya bukan semata – mata disebabkan oleh faktor – faktor ketokohan individu tetapi oleh faktor – faktor keyakinan dan kesungguhan kerja yang berterusan .
Mengawasi jamaah dari sebarang penyelewengan sasaran dan matlamat dari sebarang penyerapan anasir – anasir perosak dari sudut fikrah dan tindakan
11.Memajukan dan mencungkil bakat – bakat yang sedia ada dalam jamaah dengan melahirkan kader – kader yang mentaliti membina dan mentaliti jamaie.
12.Peka terhadap semua perkara yang menyentuh jamaah dengan mengambil tindakan yang segera.
Bijak menilai sesuatu persekitaran dan suasana dan daripadanya dapat dikeluarkan pendapat serta keputusan untuk tindakan selanjutnya.
13.Dalam kerja menyusun jamaah mestilah diperhitungkan juga faktor – faktor keselamatan,keaslian dan kewibawaan jamaah itu sendiri dan mestilah wujud kerja – kerja muhasabah dan pembetulan – pembetulan daripada ahli jamaah.
14.Menjalankan proses pengeluaran sebanyak mungkin kader – kader pemimpin untuk bertugas pada mana – mana peringkat parti melalui kerja – kerja mendidik dan membimbing.
15.Menjadikan semua amalnya dalam jamaah sebagai manifestasi terhadap kalimah syahadah dan keyakinan terhadap hari kemudian.
16.Sentiasa bersedia menerima arahan – arahan yang diputuskan oleh jamaah,melakukan pembahagian tugas/bidang kepada petugas – petugas yang sesuai dan tidak melakukan ambil alih tugas/bidang orang kecuali untuk membantu.
17.Bersegera menyelesaikan masalah dalam jamaah dengan cara yang berkesan dan berhikmah.Menentukan taktik dan strategi bersesuaian dengan keadaan semasa .Mengambil keputusan dan mempertahankan keputusan tersebut.
18.Pemimpin hendaklah mentarbiah dirinya taat kepada keputusan jamaah dan mendorong semua ahli di bawah pengawasannya untuk turut melakukan ketaatan.
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

Friday, February 17, 2012

KAEDAH MEMILIH PEMIMPIN.

Orang yang mempunyai kuasa memilih atau melantik pemimpin mempunyai tanggungjawab dan ianya tidak terlepas dari tanggungjawab itu,Rasulullah SAW telah menggariskan beberapa panduan di antaranya ialah :
Sabda Rasulullah SAW :
عن إبن عباس رضي الله عنه قال : قال رسول الله (ص) " مَنِ اسْتَعْمَلَ رَجُلاً عَلي عَصَابَةٍ وَفِيْهِمْ مَنْ هُوَ أَرْضَي اللهُ مِنْهُ فَقَدْ خَانَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَالْمُؤْمِنُوْنَ.
) ( اخرجه الحاكم والسيوطي
Maksudnya :Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bahawa Rasulullah SAW bersabda : Sesiapa melantik seorang lelaki ke atas suatu kumpulan , sedangkan ada dalam kalangan mereka orang lain yang lebih diredhai Allah maka dia sudah mengkhiyanati Allah , RasulNya dan Orang ramai .
Sabda Rasulullah SAW ini amat tegas menerangkan bahawa mestilah dilantik atau dipilih orang yang paling diredhai Allah mengikut ukuran agama,bukan yang disukai oleh orang ramai dan sebagainya.Orang yang tidak menurut cara ini maka ia adalah khianat kepada Allah,RasulNya dan seluruh orang mukmin.
2.Sabda Rasulullah SAW :
مَنْ قَلَّدَ رَجُلاً عَمَلاً عَلَي جَمَاعَةٍ وَفِيْ تِلْكَ الْجَمَاعَةِ مَنْ هُوَ خَيْرٌ مِنْهُ , فَقَدْ خَانَ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَجَمَاعَةَ الْمُسْلِمِيْنَ . (رواه الحاكم )
Maksudnya :Sesiapa melantik seseorang lelaki ke dalam sesuatu jawatan dalam jamaah , sedangkan ada dalam jamaah itu orang yang lebih baik daripadanya, maka ia sudah khianat kepada Allah , RasulNya dan jamaah orang Islam.
3.Sabda Rasulullah SAW :
إِذَا ضُيِعَتِ الأَمَانَةُ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ , قِيْلَ : وَمَا تَضْيِعُ الأَمَانةَ ؟ قَالَ :إِِذَا وُسِّدَ الأَمْرُ لِغَيْرِ أَهْلِهِ فَانْتَظِرِ السَّاعَةَ .
Apabila dipersia –siakan amanah maka tunggulah berlakunya kemusnahan,ditanya macam mana mempersiakan amanah? Nabi bersabda apabila diserahkan urusan (kepimpinan) kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kemusnahannya.
Sifat,ciri dan akhlak yang sepatutnya ada pada pimpinan di semua peringkat
1.Ikhlas kepada Allah dan benar –benar mahu keredhaanNya dalam semua gerak gerinya kerana tanpa ikhlas, maka seseorang itu tidak mendapat apa – apa balasan daripada Allah di akhirat nanti, dan hendaklah bersih daripada sifat riak,ujub,mahukan kedudukan pangkat dan sanjungan.
2.Fikiran yang cergas , bijaksana, pengalaman dan pengetahuan yang luas, cepat memahami masalah , tidak pelupa,tidak terbuntu fikiran waktu marah dan gawat .
3.Tenang,tidak pemarah, bertimbang rasa dan pengasih.
4.Lemah lembut,terlalu banyak ayat – ayat dan hadis – hadis Rasulullah SAW yang memuji sifat itu di antaranya :
إِنَّ اللهَ رَفِيْقٌ يُحِبُّ الرَفْقَ وَيَعْطِي عَلَي الرَفْقَ مَالاَ يَعْطِي عَلَي العَنْفِ,وَمَا لاَ يَعْطِي عَلَي مَا سِوَاهُ
Maksudnya : Bahawasanya Allah itu lemah lembut, sukakan kepada lemah lembut dan memberi melalui lemah lembut apa yang tidak memberi melalui kekasaran dan melalui apa jua selain daripadanya .
5.Berani dan bermaruah serta tidak penakut dan gopoh gapah.
6.Bercakap benar dalam semua keadaan. Seorang pemimpin itu hendaklah cermat menerima dan menyampaikan berita yang dia terima.Rasulullah SAW memberi ingatan dengan sabdanya :
كَفَي بِالْمَرْءِ كَذَبٌ أَنْ يَحْدِثَ بِكُلِّ مَا سَمِعَ .
Cukuplah seseorang itu berbohong apabila ia bercerita dengan semua yang dia dengar .
7.Sifat tawadduk dan merendah diri terhadap orang mukmin.
وَاخْفِضْ جَنَاحَكَ لِمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِيْنِ
Dan rendahkanlah diri kamu kepada pengikut- pengikut kamu dan kepada orang – orang yang beriman .(Asy-Syu’araa:215).
8.Bersifat pemaaf, menyembunyikan kemarahan dan berbuat baik kepada pesalah
وَالْكَاظِمِيْنَ الْغَيْظَ وَالْعَافِيْنَ عَنِ النَّاسِ وَاللهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِيْنَ .
Dan orang-orang Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang Yang memaafkan kesalahan orang. dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang Yang berbuat perkara-perkara Yang baik.
9.Tunai janji .Merupakan sifat yang sangat perlu ada pada ahli jamaah dan lebih –lebih lagi pemimpin.Tidak menepat janji adalah tanda orang munafik .
10.Sabar .
Pemimpin mestilah bersifat sabar.Orang yang tidak sabar tidak seharusnya menerima apa – apa jawatan dalam jamaah (PAS).
Firman Allah SWT ayat 200 Surah Ali Imran :
يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ اَمَنُوْا اصْبِرُوْا وَصَابِرُوْا وَرَابِطُوْا وَاتَّقُوْا اللهَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ .
Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara Yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).
11.Murah hati
12.Bersih diri daripada kepentingan peribadi.
13.Warak dan Zuhud
14.Bersifat adil dan insaf
15.Menjaga batas – batas agama
16.Menjaga perpaduan jamaah
17.Tegas dan bertawakkal kepada Allah
18.Bersedahana dan berpatutan dalam urusan.
19.Tetap di atas kebenaran
20.Menjauhkan diri daripada berbangga dengan kejayaan dan tidak memuji diri.
21.Berwaspada .Sifat boleh menyelamatkan seorang pemimpin .
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

Thursday, February 16, 2012

KEPIMPINAN DALAM JAMAAH

Kepimpinan dalam sesebuah oraganisasi (jamaah) adalah suatu yang wajib.Banyak arahan syarak yang menuntut supaya kepimpinan mesti diwujudkan. Nabi Muhammad SAW sendiri berpesan sekiraya umat Islam keluar bermusafir lebih dari tiga orang mestilah melantik seorang ketua atau amir
Semantara amir itu hendaklah ditaati walaupun dia seorang yang berketurunan Habsyi selagi ia tidak menderhakakan Allah SWT.
Dengan ketiadaan sebuah daulah islamiyah,pimpinan jamaah adalah sebagai ulil Amri kepada ahli parti (PAS).
Semua ahli dalam jamaah berhak memilih dan dipilih .Tiada sesiapa pun yang dihalang menunaikan tuntutan ini.Kepimpinan dalam jamaah tidak seharusnya menjadi rebutan.
Keberkesanan perjalanan dan aktiviti jamaah bergantung kepada sebahagian besar kepada saf kepimpinan.
Oleh itu setiap ahli parti yang diberikan amanah memilih saf kepimpinan hendaklah berhati –hati dalam melaksanakan tugas memilih kepimpinan tersebut.
Pimpinan tidak berdasarkan poplariti.Tetapi hendaklah dipilih dengan berdasrkan garis panduan yang ditentukan oleh Islam.
Antara ciri kepimpinan yang ditentukan oleh Islam ialah :
1.Kepimpinan itu mesti menjauhi daripada segala yang boleh meragukan.
Islam mengharamkan sebarang jawatan yang diberi kepada orang – orang yang meminta atau orang yang berlumba – lumba untuk mendapatkannya.
Hal ini menjadi suatu pegangan yang penting yang mesti diambil berat oleh ahli parti.
Sabda Rasulullah SAW :
عَنْ أَبِيْ موسي الاشعري قال :دَخَلْتُ عَلَي النَّبِيِّ صلي الله عليه وسلم أَنَا وَرَجُلاَن مِنْ بَنِيْ عَمِّيْ فَقَالَ اَحَدُهُمَا : يَا رَسُوْلَ اللهِ أَمِّرْنَا عَلَي بَعْضِ مَا وَلاَّكَ اللهُ . وَقَالَ الاَخِرُ مِثْلَ ذَلِكَ . فَقَالَ : إِنَّا وَاللهِ لاَنُوَلِّيْ عَلَي هَذَا الْعَمَلِ اَحَدًا سَأَلَهُ وَلاَ اَحَدًا حَرَصَ عَلَيْهِ .(رواه البخاري ومسلم وأبو داود والنسائي )
Maksudnya :Dari Abu Musa Al-Ashaari katanya:Aku masuk berjumpa Rasulullah SAW bersama – sama dua lelaki daripada sepupuku,berkata seorang daripadanya:”Wahai Rasulullah SAW lantiklah kamu menjadi ketua kepada sebahagian daripada jawatan –jawatan yang Allah telah berikan kepada Baginda dan berkata seorang lagi perkataan yang seumpama itu juga,lalu Baginda menjawab,”Demi Allah kami tidak melantik pekerjaan ini kepada sesiapa yang memintanya atau sesiapa yang berusaha mendapatkannya.
Sehubung dengan ini Rasulullah SAW bersabda :
قَالَ رِسُول الله (ص) : إِنْ أُعْطَيْتَهَا عَنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ عَلَيْهََا وَ إِنْ أُعْطَيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلْتَ عَلَيْهَا .
Maksudnya : Bahawa sesiapa diberi jawatan tanpa permintaan , nescaya Allah akan memberikan kepadanya keberkatan dan sesiapa mendapat jawatan kerana permintaannya Allah akan serahkan kepadanya.
2.Bahawa pemimpin hendaklah diberikan kepada orang yang kuat peribadinya,sebaliknya tidak diharuskan sama sekali dipilih daripada kalangan yang lemah peribadinya,Abu Zar r.a pernah meriwayatkan bahawa beliau berkata :
عن أبي ذر رضي الله عنه , قُلْتُ : يَا رسُوْل َ اللهِ أَلاَ تَسْتَعْمِلُنِيْ ؟ قَالَ : فَضَرَبَ بِيَدِهِ عَلَي مَنْكِبِيْ , ثُمَّ قَاَلَ : يَا أَبَاذَرٍّ ! إِنَّكَ ضَعِيْفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةٌ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلاَّ مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّي الَّذِيْ عَلَيْهِ فِيْهَا .
Aku berkata kepada Rasulullah SAW : “Ya Rasulullah SAW! Apakah anda tidak dapat mengangkat saya menjadi pegawai ? Rasulullah SAW menepuk bahu saya seraya berkata :”
Hai Abu Zar ! Awak ini orang lemah sedangkan pekerjaan ini amanah Allah yang kelak pada hari kiamat akan membawa kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi orang – orang yang memenuhi syarat dan menjalankannya dengan wajar menurut yang semestinya .(H.Riwayat Muslim).
Firman Allah dalam surah al-qasas ayat 26 :
قَاَلَتْ إِحْدَاهُمَا يَا أَبَتِ اسْتَاْجِرْهُ إِنَّ مَنِ اسْتَأْجَرْتَ الْقَوِيُّ الاَمِيْنُ
Bahawasanya sebaik –baik orang kamu mengupahnya ialah orang kuat dan amanah.
3.Tugas memimpin merupakan satu tugas yang penuh dengan tanggungjawab bukan sahaja di dunia, tetapi dipersoalkan oleh Allah satu persatu tentang amanah yang telah dipertanggungjawabkan ke atas bahunya.Ia bukan urusan duniawi dan tamat di dunia sahaja,
ianya adalah bebanan yang menggerunkan, sebaliknya itu pula ia akan diberi balasan yang sebaik –baiknya kepada orang yang menunaikan tanggungjawabnya di dunia ini,cuba renungkan hadis yang berikut :
عَنْ ابن عمر رضي الله عنهما قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ :أَلاَ كُلُّكُمْ رَاعٍ وَ كُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ . فَالْإِمَامُ الَّذِيْ عَلَي النَّاسِ رَاعٍ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ , وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى اَهْلِ بَيْتِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ , وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ وَهِيَ مَسْئُوْلَةٌ عَنْهُمْ , وَالْعَبْدُ رَاعٍ عَلَي مَالِ سَيِّدِهِ وَهُوَ مَسْئُوْلٌ عَنْهُ . أَلاَ فَكُلُّكُمْ رَاعٍ وَ كُلُّكُمْ مَسْؤُوْلٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ . (متفق عليه ).
Terjemahan :”Dari Ibni Umar r.a sabda Rasulullah SAW :”Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap rakyat pimpinannya .Seorang amir (raja) memimpin rakyat dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya , seorang lelaki adalah pemimpin ke atas keluarga rumahnya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .
Seorang wanita adalah pemimpin dirumah suaminya dan terhadap anak – anak suaminya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Seorang hamba sahaya adalah pemimpin atas harta benda tuannya dan ia akan ditanya mengenai pimpinannya .Ingatlah Semua kamu adalah pemimpin dan semua kamu akan ditanya mengenai pimpinannya . ( Hadis sahih )
Ahli parti adalah gembala dan bertanggungjawab tentang rakyatnya .Daripada hadis ini jelaslah kepada kita bahawa tidak ada seorang pun yang tak dipertanggungjawab, seluruh ahli parti dibebankan dengan tugas masing – masing , sesuai dengan kedudukan masing – masing .
عَنْ مَعْقَلِ بْنِ سَيَّارٍ رضي الله عنه قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ (ص) يَقُوْلُ : مَا مِنْ عَبْدٍ يَسْتَرْعِيْهِ اللهُ رَعِيَّةً يَمُوْتُ يَوْمَ يَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٍ لِرَعِيْتِهِ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ , (متفق عليه )
Maksudnya :Dari Muaqqal bin Siar r.a berkata :Tidak ada seorang hamba yang Allah menyerahkan kepadanya urusan rakyat kemudian ia mati dalam keadaan menipu rakyatnya , melainkan Allah haramkan ke atasnya syurga
( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

Tuesday, February 14, 2012

TUNTUTAN BERJAMAAH

Menubuhkan Jamaah merupakan tuntutan syarie.Firman Allah ,ayat 104 Surah Ali Imran :
وَلْتَكُنْ مِّنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُوْنَ إِلَي الْخَيْرِ وَيَأْمُرُوْنَ بِالْمَعْرُوْفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُوْلَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ .
Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.
Jamaah itu jelas fungsinya iaitu menyeru manusia (kerja dakwah) kepada al-khair (Islam) dan diteruskan kepada usaha – usaha mendapatkan kekuasaan mentadbir.
Pentadbiran yang dimaksudkan itu ialah kerja mentadbir dan memerintah negara mengikut hukum2 Allah.
Kekuasaan yang diperolehi mestilah di manfaatkan untuk menyempurnakan martabat kemuliaan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah (dengan kekuasaan) kemungkaran.
Perkara – perkara pokok (asas) menjadi pegangan kepada ahli jamaah ialah :
1.Kerja dan usaha menwujudkan sebuah jamaah yang kompak, kukuh ,lengkap dan adalah suatu ibadah (ketaatan) kepada Allah.Melalui firman Allah surah as-Saff ayat 4:
إِنَّ اللهَ يُحِبُّ الَّذِيْنَ يُقَاتِلُوْنَ فِي سَبِيْلِهِ صَفًّا كَأَنَّهُمْ بُنْيَانٌ مَرْصُوْصٌ
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.
Hal ini menunjukkan bahawa usaha menwujudkan sebuah jamaah yang tersusun rapi adalah jalan untuk mendapat cinta Allah.Allah benci kepada jamaah yang kucar kacir dan yang lemah .
Hal ini menunjukkan bahawa usaha menwujudkan sebuah jamaah yang tersusun rapi adalah jalan untuk mendapat cinta Allah.Allah benci kepada jamaah yang kucar kacir dan yang lemah .
2.Gerakan Islam berhadapan dengan gerakan penyesat jahiliyah . Jahiliyah yang kita hadapi kini adalah jahiliyah moden yang canggih.Parti Islam SeMalaysia (PAS) sewajarnya ke hadapan dalam menghadapi mereka.
Hujah ini adalah suatu kewajipan betapa perlunya Parti Islam SeMalaysia (PAS) bagi menghadapi cabaran dan ancaman berterusan daripada musuh – musuhnya
3.Saidina Ali r.a dalam atharnya pernah menyatakan :
اَلْحَقُّ بِغَيْر نِظَامٍ يَغْلِبُهُ البَاطِلُ بِنَظَامٍ
“Kebenaran tanpa penyusunan (organisasi dan perancangan) dapat dikalahkan oleh kebatilan yang mempunyai penyusunan “.”
Cita – cita mencapai kemenangan tidak secara mutlak bergantung kepada kebenaran yang diperjuangkan.
Usaha melengkapkan syarat untuk mencapai kemenangan mestilah diberi keutamaan.Ini sunnatullah .
Sunnatullah biasanya berlaku di atas program yang kita rancangkan.
4.Para pejuang kebatilan sanggup memberikan sebarang pengorbanan (moral/material ) hatta mengadaikan nyawa bagi memenangkan perjuangan mereka.
Kita yakin bahawa perjuangan mereka adalah bathil dan perjuangan kita adalah haq.
Keyakinan sedemikian sewajibnya diterjemahkan dalam bentuk usaha dan kerja bersungguh – sungguh bagi mewujudkan sebuah organisasi yang tersusun rapi.
Keyakinan tanpa dibuktikan dengan amalan adalah sia – sia
5.Sentiasalah ingat bahawa kekalahan kita adalah kerana mengabaikan aspek – aspek teknikal kemenangan kerana merasakan bahawa imej Islam sudah cukup untuk mencapai matalamat.
Dan memandang remeh dan mudah kepada sebab – sebab dan faktor- faktor yang boleh membawa kepada kemenangan .
6.Organisasi yang berwibawa ialah organisasi yang diperlengkap dengan semua sumber kekuatan semaksimum mungkin bertujuan menghadapi musuh –musuh yang sentiasa melenyapkan Islam,umat dan gerakannya .
Firman Allah surah Al –Anfal ayat 60:
“Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan dianiaya.” 7. Memperkuatkan organisasi parti dengan mengikut sunnah Rasul adalah perkara utama, menandakan kita kasih kepada rasul, bukannya dengan cara kita mendendangkan kata – kata pujian terhadapnya .
8.Adalah suatu perkara yang sungguh malang jika ahli PAS mengambil sikap menunggu – nunggu datangnya isu –isu ajaib atau kedatangan pahlawan keramat untuk memenangkan Islam dan perjuangannya .
Sedangkan mereka (ahli) sendiri tidak bekerja keras ke arah mewujudkan sebuah organisasi yang layak dianugerahkan Allah SWT dengan kemenangan .
9. Cubaan dan ujian paling berat dan paling berbahaya ialah keculasan, kemalasan an menganggap tidak perlu wujud sebuah organisasi yang berkesan , mantap, teguh dan kukuh untuk perjuangan yang berat ini. ( Dipetik dari “Wehdatul Fikri “ S.Mohamad S.Hassan).

Monday, February 13, 2012

Keruntuhan Akhlak

Dalam dunia hari ini, banyak berlakunya perkara – perkara maksiat dan kemungkaran yang diberi amaran oleh Rasulullah SAW.Antara maksiat dan perkara mungkar yang tidak sempat dilihat oleh Rasulullah SAW kerana belum berlaku pada zamannya.
Baginda SAW memperingatkan bahawa akan berlaku pada akhir zaman.Ini kerana pada akhir zaman, dalam kalangan umat Islam sendiri menjauhkan diri daripada petunjuk Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW .
Sabda Rasulullah SAW :
عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّي الله عليه وسلم : صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّار لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُوْنَ بِهَا النَّاسَ وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيْلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوْسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَيَجِدْنَ رِيْحَهَا وَإِنَّ رِيْحَهَا لِيُوْجَدُ مِنْ مَسِيْرَةِ كَذَاوَكَذَا.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya,sabda Rasulullah SAW.”Ada dua jenis manusia daripada kalangan ahli neraka yang tidak sempat aku melihatnya,pertamanya ialah orang zalim yang melakukan kerja – kerja zalim,bertindak kepada orang ramai seperti ekor lembu yang memukul ke kiri dan ke kanan .Kedua ialah orang perempuan yang memakai pakaian tetapi bertelanjang,menghias kepala mereka seperti bonggolan unta,mereka tidak dapat masuk ke dalam syurga dan tidak dapat mencium bau syurga, sesungguhnya bau syurga itu dapat dicium dalam jarak yang terlalu jauh .”
Hadis ini adalah peringatan Islam yang penting kepada umatnya.Apa yang diberi amaran oleh Nabi itu memang betul-betul berlaku,kerana Nabi tidak bercakap bukan – bukan,bahkan semuanya daripada Allah SWT:
Firman Allah SWT:
وَمَا يَنْطِقُ عَنِ الْهَوَي * إِنْ هُوَ إِلاَّ وَحْيٌ يوُحَيَ *
Dan Ia tidak memperkatakan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatnya sendiri.Segala yang diperkatakannya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya. ( An-Najm : 3-4).
Antara yang diwahyu dan diilhamkan oleh Allah SWT kepada Rasulullah ialah perkara – perkara akhir zaman .Walaupun perkara – perkara itu tidak berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan tidak sempat dilihatNya,namun ia adalah perkara yang benar – benar akan berlaku .Sebahagiannya berlaku pada zaman kita ini dan sebahagiannya berlaku kemudian hari.
Perkara – perkara yang berlaku itu adalah kemungkaran yang membuka jalan bagi Allah SWT menurunkan azab dunia kepada manusia berbentuk bala bencana sebelum azab seksa sebenar di neraka.Bala bencana ini akan berlaku kalau tidak ada orang Islam yang berani menyuruh kepada makruf dan mencegah kemungkaran .
Dua kaum yang disebut Rasulullah SAW telah berlaku pada masyarakat kita hari ini.Pertama wujudnya mereka yang berkuasa yang melakukan kezaliman dengan meninggalkan hukum – hakam dan perintah Allah,mereka melakukan tindakan – tindakan mengikut hawa nafsu seperti lembu mengibas – ngibas ekornya tidak berhenti –henti
Kezaliman kerana mengikut hawa nafsu seolah – olah tidak ada akal fikiran yang mampu menyekat dan bertindak menahan mereka daripada menghukum manusia yang tidak bersalah, bertindak kejam terhadap harta benda manusia, sumber rezeki mereka,rumah kediaman dan tanaman mereka .
Allah SWT bukan sahaja mengharamkan kezaliman, bahkan menjadikan kezaliman itu sifat yang mustahil bagi zatnya.
Sabda Rasulullah SAW yang menceritakan firman Allah SWT dalam Hadis Qudsi :
عًنْ أَبِيْ ذَرٍّ عَنِ النَّبِيِّ صلي الله عليه وسلم فِيْمَا رَوَي عَنِ اللهِ تَبَارَكَ وَتَعَالَي أَنَّهُ قَالَ يَاعِبَادِيْ إِنِّي حَرَّمْتُ الظُّلْمَ عَلَي نَفْسِي وَجَعَلْتُهُ بَيْنَكُمْ مُحَرَّمًا فَلاَتَظَالَمُوْا.
Daripada Abi Dzar daripada nabi SAW,dengan apa yang diriwayatkan daripada Allah SWT, bahawa sesungguhnya Allah berfirman ;”Wahai hamba –hambaKu, Aku haramkan kezaliman itu menjadi sifatKu, dan Aku jadikan kezaliman itu haram berlaku di antara kamu, maka janganlah berlaku zalim.”
Betapa besar dosa kezaliman itu sehingga Allah SWT bukan sahaja menghukum mereka yang zalim dengan dicampakkan ke dalam neraka, bahkan juga orang yang menolong mereka yang zalim termasuk dalam golongan orang yang melakukan kezaliman .
Termasuklah mereka yang menyokong, mereka yang kasih dan mereka yang cenderung hati kepada mereka yang zalim.
Firman Allah dalam Surah Hud : 113 :
وَلاَ تَرْكَنُوْا إِلَي الَّذِيْنَ ظَلَمُوْا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَالَكُمْ مِنْ دُوْنِ اللهِ أَوْلِيَاءِ ثُمَّ لاَ تَنْصَرُوْنَ
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim maka (kalau kamu demikian)api neraka akan membakar kamu,sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun yang lain dari Allah,kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan .
Ini menunjukkan betapa besarnya dosa kezaliman.Dosa ini bukan sahaja melibatkan orang yang zalim sendiri, bahkan juga penyokong – penyokong, pembantu – pembantu , mereka yang melantik orang yang zalim dan mereka yang menunjukkan kasih sayang kepada orang yang zalim .
FIRMAN ALLAH SWT :
لاَ تَجِدُ قَوْمًا يُؤْمِنُوْنَ بِاللهِ وَالْيَوْمِ الْأَخِرِ يُوَادُّوْنَ مَنْ حَادَّ اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَلَوْ كَانَ ءَابَاءَهُمْ أَوْ أَبْنَاءَهُمْ أَوْ إِخْوَانِهِمْ أَوْ عَشِيْرَتَهُمْ أُوْلَئِكَ كَتَبَ فِيْ قُلُوْبِهِمُ الْإِيْمَانِ وَأَيَّدَهُمْ بِرُوْحٍ مِنْهُ وَيُدْخِلُهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرٍيْ مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَلِدِيْنَ فِيْهَا رَضِي اللهُ عَنْهُمْ وَرَضُوْا عَنْهُ أُوْلَئِكَ حِزْبَ اللهِ أَلاَ إِنَّ حِزْبَ اللهِ هُمُ الْمُفْلِحُوْنَ (المجادلة : 22.)
22. Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka, ataupun keluarga mereka. mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka, dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadanNya; dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya. Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya.(Al-Mujadilah:22)
BUANG BAYI ADALAH ZALIM DAN MENZALIMI DIRI SENDIRI DAN JUGA ANAK YANG TIDAK BERDOSA DI MALAYSIA KES INI SANGAT BANYAK TERJADI , HASIL DARI KERUNTUHAN AKHLAK MUDA MUDI KITA PADA MASA KINI .
Allah SWT menunjukkan simpatinya kepada orang yang dizalimi dengan satu jaminan yang dinyatakan oleh Rasullah SAW .
وَاتَّقِ دَعْوَةَ الْمظْلُوْمِ , فَإِنَّهُ لَيْسَ بَيْنَهُ وَبَيْنَ اللهِ حِجَابٌ
Dan takutlah kamu akan doa orang yang kena zalim,kerana sesungguhnya tiada dinding di antaranya dengan Allah SWT. (Hadis :Riwayat Bukhari dan Muslim).
Begitulah amaran Rasulullah SAW supaya umatnya jangan terlibat dengan kezaliman, sama ada diri sendiri atau kezaliman dengan kuasa yang ada pada mereka , ataupun dengan penyokong atau cenderung hati mereka kepada mereka yang zalim .
Golongan yang kedua yang diberi amaran oleh Rasulullah SAW ialah golongan perempuan yang memakai pakaian yang menjolok mata,tidak menutup aurat atau menutup tubuhnya sahaja tetapi tidak menutup aurat.
Mungkin perempuan – perempuan itu tersalah faham bahawa menutup aurat itu menutup kulitanya sahaja,biarpun dengan memakai pakaian yang ketat sehingga menzahirkan bentuk tubuhnya seolah – olah bertelanjang.
Pada hari ini, kita dapat melihat kegiatan mendedahkan wanita – wanita kepada kemungkaran.Membuka aurat dianjurkan secara berleluasa dengan mendapat sokongan daripada pemerintah, atas nama pertunjukan kesenian, kebudayaan dan memperagakan pakaian .
Lihatlah sahaja yang ditunjukkan di media massa.Bermula daripada pembaca berita,pengacara – pengacara program,penyanyi – penyanyi,pelakon – pelakon sehingga sesetengah isteri pembesar negara yang tumpang sama mendedahkan aurat mereka.Allah menetapkan dalam al-Quran hukum dan cara berpakaian dalam surah al –Nur ,ayat 31 :
وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوْجَهُنَّ وَلاَ يُبْدِيْنَ زِيْنَتَهُنََّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَي جُيُوْبِهِنَّ.
Dan katakan kepada perempuan – perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka(daripada memandang yang haram),dan memelihara kehormatan mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka .
Setengah ulamak mentafsirkan, yang diizinkan dibuka ialah muka dan dua tangan sahaja.Kini perempuan bukan sahaja menzahirkan tangan dan muka,bahkan ada yang mendedahkan separuh daripada badan mereka dan ada yang berpakaian ketat sehingga menzahirkan seluruh bentuk tubuh badan mereka
Antara sebab gejala mendedahkan aurat ialah kerana pihak pemerintah membenarkan kilang – kilang pakaian mengeluarkan pakaian yang mendedahkan aurat yang dibeli oleh perempuan – perempuan bergama Islam.Penjual – penjual pakaian pula tidak rasa berdosa menjual pakaian yang mendedahkan aurat.
Marilah kita menjaga diri dan keluarga supaya selamat daripada bala bencana yang meruntuhkan perangai dan akhlak terutamanya perangai dan akhlak yang melayakkan diri untuk menjadi ahli neraka .
Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 24 ::
فَاتَّقُوْا النَّارَ الَّتِيْ وَقُوْدُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ أُعِدَّتْ لِلْكَافِرِيْنَ .
Maka perliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan – bahan bakarannya manusia dan batu –batu (berhala),(iaitu neraka ) yang disediakan untuk orang kafir