SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, June 21, 2012

PAS BOLEH MENANG DI SABAH

HAMZAH BERTEMU RAKYAT BAWAHAN DAN MENGEDARKAN RISALAH DI KG.KARAMUNTING LAUT BATU SAPI.
HAMZAH (KIRI)BERSAMA DENGAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI DAN WAN MUTALIB EMBUNG .
USTAZ TUAN IBRAHIM BERSAMA MISBAHUL MUNIR DAN HAMZAH MENERIMA BORANG PERMOHANAN AHLI PAS DARIPADA PENDUDUK KG.TANJUNG BATU KINABATANGAN.
MENGAGIHKAN DAGING KORBAN BATU SAPI.
GAMBAR DI SEKITAR KEGIATAN PAS DI SABAH .

Ramai pemerhati politik meramalkan landasan landskap politik Sabah akan berubah pada pilihan Raya Umum ke – 13 . Sabah antara negeri yang diistilahkan “Simpanan tetap “ Umno –BN diramalkan berubah kepada Pakatan Rakyat.
Pada PRU13 ini,Umno-BN amat berharap Sabah antara negeri yang menjadi penyelamat terakhirnya.
Mungkin harapan tinggi Umno –BN itu hanya tinggal angan –angan.Ini kerana PAS yang dilihat sebagai parti” Menyesatkan” sudah mendapat tempat di hati masyarakat asal Sabah antaranya Kadazan dan Iban.Pengasas PAS Sabah ,Hamzah Abdullah menceritakan,PAS negeri itu diasaskan di Batu Sapi pada tahun 1985 .Peringkat awal PAS mendapat tentangan hebat masyarakat di situ selain kekangan kewangan.
Menurut Hamzah,ketika mahu menubuhkan PAS beberapa orang pemimpin tertinggi parti,antaranya Presiden PAS Allahyarham Yusof Rawa,bekas AJK PAS pusat, Haji Subky Latif dan bekas Naib Presiden PAS,Nakhaie terlibat sepenuhnya .
Manakala Dato’Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah merasmikan mensyuarat PAS kali pertama di Sabah.
Walaupun PAS dihalang dan dibenci oleh penduduk Sabah namu Hamzah terus bertekad mahu meneruskan perjuangan Islam itu .Atas kesungguhan dan ketabahannya beliau menjadi calon PAS yang pertama bertanding di Parlimen Jambongan pada tahun 1986.
Setelah 26 tahun PAS ditubuhkan di Sabah , kini PAS telah menjadi salah satu parti Pakatan Rakyat yang diminati masyarakat asal disitu.
Selama ini,tambah beliau,masyarakat Sabah hanya mendengar berita tentang PAS dalam bentuk negative melalui TV .
Bagaimanapun,fitnah daripada Umno –BN yang disalurkan melalui TV dapat ditepis oleh pimpinan PAS.
Akhirnya , masyarakat Sabah dapat mendengar penjelasan sebenar daripada pimpinan PAS.Ramai pimpinan PAS yang hadir memberi penjelasan kepada masyarakat Sabah .Antaranya,Ketua Penerangan PAS Pusat,Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man dan bekas Ahli Parlimen Jeli Apandi Mohamad.
Lebih mengejutkan di Tawau,telah ditubuhkan kelab pembaca Harakah yang terdiri daripada kalangan orang asal iaitu Iban dan Kadazan .
Antara tarik orang Asal untuk menyertai dan menyokong perjuangan PAS kerana PAS mempunyai barisan pimpinan yang tidak mementingkan protokl berlebihan dengan orang bawahan.Mereka lebih mesra dengan rakyat dan sesuai dengan cirri –ciri kebajikan yang dianjurkan PAS. (Harakah 28Rejab -1Syaaban 1433 /18 -21 JUN 2012 ).

No comments:

Post a Comment