Walimah atau kenduri kahwin yang kita adalan adalah jamuan yang dituntut oleh Islam bukan sepertu jamuan adat kebiasaan atau jamuan untuk membangga-banggakan untuk mendapat sesuatu di sebalik kenduri tersebut seperti mengharapkan sumbangan dari jemputan yang hadir atau sebagainya.Kita hendaklah membezakan di antara kenduri kahwin yang mengikut sunnah Rasulullah yang mendapat ganjaran pahala dari Allah dengan amalan adat resam yang bercanggah dengan tuntutan Islam .
Mengadakan walimah atau kenduri kahwin ini adalah disyariatkan di dalam Islam bagi memaklumkan bahawa pasangan tersebut telah mendirikan rumahtangga dan mengelokkan fitnag atau pandangan serong masyarakat .Dalam hadis ,Nabi SAW telah memerintahkan salah seorang sahabat yang telah berkahwin supaya mengadakan kenduri sabda baginda :
أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ ( رواه البخاري )
Maksudnya :”Hendaklah kamu mengadakan walimah walaupun dengan seekor kambing .
Rasulullah SAW bersabda lagi yang bermaksud :”Umumkanlah perkahwinan dan rahsiakan pertunangan.”
Mengadakan kenduri kahwin adalah satu tuntutan Islam kepada umatnya untuk mengembirakan pengantin yang memulakan kehidupan berumahtangga,ia juga merupakan tanda kesyukuran dan kegembiraan kepada kedua – dua keluarga kerana mendapat menantu.
Masyarakat Islam hari ini sudah mula mengadakan akad nikah dan kenduri di Masjid – masjid atau surau – surau .Ini merupakan satu perkembangan yang baik dan perlu diberi sokongan tetapi hendaklah menjaga adab –adab dan kesucian masjid seperti menutup aurat,perempuan tidak suci dilarang duduk didalam masjid, menjaga batas-batas pergaulan , meninggikan suara serta menjaga kebersihan masjid.Keduri kahwin yang diadakan di masjid atau surau, antara lain dapat memohon keberkatan daripada Allah Taala serta dapat mengimarahkan masjid, dan dengan tujuan dapat mengingatkan pasangan pengatin bahawa paksi kebahgiaan rumahtangga dengan mentaati suruhan Allah terutamanya solat fardu lima waktu .Dalam hal ini,Rasulullah SAW bersabda :
أَعْلِنُوْا هَذَا النِِّكَاحَ وَاجْعَلُوهُ فِي الْمَسَاجِدِ وَاضْرِبُوْا عَلَيْهِ بِالدُّفُوْفِ ( سنن الترميذي )
Umumkanlah perkahwinan dan adakan di Masjid, serta pukullah rebana pada hari perkahwinan itu. (Sunan At Tarmizi ) .
Semasa mengadakan kenduri kahwin, tidak salah kalau majlis yang diadakan itu mengikut adat resam kita selagi ianya tidak bertentangan dengan syarak seperti diserikan dengan sedikit hiburan yang boleh menceriakan suasana majlis tersebut dengan lagu-lagu yang mengandungi nasihat adalah diharuskan,
Alangkah baiknya majlis perkahwinan ini diatur dengan majlis khatam al-Quran,berzanji,marhaban, berselawat,mengadakan solat hajat supaya majlis perkahwinan yang akan berjalan dengan baik dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Tidak wajar majlis perkahwinan itu dicemeri dengan perkara – perkara yang dilarang syarak seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, berkarakoe sampai pagi hingga melupakan kewajipan solat lima waktu ?
Hukum menghadiri jemputan majlis pekahwinan adalah wajib apabila diundang,kecuali jika ada sesuatu keuzuran seperti sakit atau sebagainya.Sebaik-baiknya jika tidak dapat menghadiri majlis tersebut memaklumkan kepada pihak yang menjemput dan doakan agar majlis yang dijalankan mendapat keberkatan .Rasulullah SAW bersabda :
إِذَا دُعِيَ أَحَدُكُمْ إِلَي الْوَلِيْمَةِ فَلْيَأْتِهَا ,
Apabila kamu dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin,henbdaklah kamu menghadirinya (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) .
Walaupun menghadiri majlis perkahwinan wajib hukumnya ,namun kewajipan itu akan gugur jika sekiranya majlis tersebut terdapat perkara – perkara berikut :
Pertama : Jemputan ke majlis kahwin itu khusus untuk orang kaya sahaja dengan mengenepikan golongan miskin,seolah –olah majlis tersebut adalah untuk tujuan bermegah –megah.
Kedua : Malis perkahwinan itu terdapat perkara – perkara mungkar dan maksiat seperti arak,judi dan lain – lain maksiat.
Ketiga : Menggunakan peralatan makan minum seperti gelas,pinggan mangkuk dan lain –lain diperbuat dari emas dan perak.Kerana perbuatan ini adalah membawa kepada kemegahan dan pembaziran.
Keempat : Mengetahui punca wang perbelanjaan untuk majlis perkahwinan itu dari sumber yang haram seperti wang hasil judi,rasyuah dan lain-lain.
Kelima : Tidak diserikan dengan muzik yang melampau dan memberahikan .
No comments:
Post a Comment