FADILAT AL-QURAN.
عَنْ عُثْمَانَ رضي الله عنهُ , قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلي الله عليه وسلّمَ :"خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْءَانَ وَعَلَّمَهُ .
DARIPADA UTHMAN R.A BERKATA : TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW :”SEBAIK – BAIK KAMU IALAH SESIAPA YANG MEMPELAJARI AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA KEPADA ORANG LAIN .”
(RIWAYAT BUKHARI)
HADIS INI MENJELASKAN BAHAWA ILMU YANG PALING BAIK IALAH ILMU AL-QURAN , KERANA IA MERUPAKAN KALAM ALLAH DAN TERKANDUNG DI DALAMNYA UNDANG – UNDANG SERTA PERATURAN YANG MENJAMIN KEHIDUPAN MANUSIA DI DUNIA DAN AKHIRAT.
OLEH ITU SESIAPA YANG BERUSAHA UNTUK MENGENAL, MEMPELAJARI DAN MENDALAMI ILMU AL-QURAN SERTA MENGAJAR DAN MEMBERI KEFAHAMAN YANG SEBENAR TENTANG APA TERKANDUNG DI DALAM AL-QURAN,SAMAADA ILMU YANG OLEH ITU SESIAPA YANG BERUSAHA UNTUK MENGENAL, MEMPELAJARI DAN MENDALAMI ILMU AL-QURAN SERTA MENGAJAR DAN MEMBERI KEFAHAMAN YANG SEBENAR TENTANG APA TERKANDUNG DI DALAM AL-QURAN,SAMAADA ILMU YANG BERHUBUNG DENGAN TAJWID AL-QURAN,MAKSUD YANG TERSURAT DAN YANG TERSIRAT, SEBAB-SEBAB PENURUNAN AYAT DAN PENTAFSIRANNYA DENGAN TUJUAN SUPAYA ORANG DAPAT BERAMAL DENGAN AL-QURAN, ADALAH ORANG YANG PALING MULIA DI SISI ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW .
SARANAN YANG SANGAT BERHARGA INI BUKAN SAHAJA DITUJUKAN KEPADA PARA SAHABAT NABI SAW TETAPI IA JUGA DITUJUKAN KEPADA SELURUH UMAT MUHAMMAD SAW SEHINGGALAH KE AKHIR ZAMAN.KITA DITUNTUT MEMPELAJARI ILMU AL-QURAN KERANA BANYAK KEBAIKAN DAN KELEBIHANNYA SERTA GANJARAN YANG ALLAH SWT TELAH JANJIKAN BAGI SESIAPA YANG BERAMAL DENGANNYA.
JESTERU ITU MAKA AJARLAH ANAK –ANAK MEMBACA AL-QURAN SEJAK KECIL LAGI, MUDAH-MUDAHAN IA MENJADI ORANG CELIK AL-QUARAN DAN BERAMAL DENGAN APA YANG TERKANDUNG DIDALAMNYA..
No comments:
Post a Comment