SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, March 28, 2012

JIWA SAKIT

JIWA YANG SAKIT PERLU DIUBATI
SUCIKAN JIWA DENGAN SOLAT

Anggota – anggota tubuh yang sakit boleh kita nampak kelemahannya.Contohnya,seorang yang sakit kaki tidak dapat berjalan dengan elok,mungkin terhenjut – henjut,yang sakit tangan tidak dapat menggerak atau menggunakannya seperti biasa,tangannya berbalut,yang sakit tekak akan mengeluarkan suara serak atau tidak keluar suara langsung.
Tetapi bagaiman sakit jiwa ?
Jiwa yang sakit dipancarkan dengan sifat – sifat yang rendah dan kelakuan – kelakuan yang buruk .Mereka yang jiwanya sakit mempunyai budi pekerti rendah serta banyak penyakit hati.
Penyakit hati tidak kita nampak, tetapi Allah dedahkan di dalam al-Quran tentang sifat orang munafik yang sakit hati dengan firmanNya dalam surah al-baqarah ayat 10:
فِي قُلُوْبِهِمْ مَرَضٌ فَزَادهُمُ اللهُ مَرَضًا وَلَهُمْ عَذَابٌ أَلِيْمٌ بِمَا كَانُوْا يَكْذِبُوْنَ .
Dalam hati mereka (golongan Yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya, Dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Cara mengubatinya :
Seperti anggota – anggota badan yang dijadikan tidak sempurna, dan memerlukan zat daripada makanan untuk menjadi sempurna dan kuat, begitu juga dengan juwa .Memperelokkan jiwa adalah dengan memelihara dan mendidik akhlak serta mengisinya dengan pelbagai ilmu pengetahuan .Jiwa yang suci dan terdidik adalah jiwa yang sihat .

No comments:

Post a Comment