SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, March 14, 2012

solat berjamaah

1.Pengertian solat berjamaah
Solat berjamaah ialah solat yang didirikan secara berkumpulan sekurang –kurangnya dua orang yang terdiri dari seorang imam dan seorang makmum sabda Rasulullah SAW :
اَلْجَمَاعَةُ إِمَامٌ وَمَاْمُوْمٌ
Solat jamaah itu boleh dilakukan oleh seorang imam dan seorang makmum.

2.Dalil persyariatan solat berjamaah
Solat jamaah itu mula disyariatkan di Madinah , dalil persyariatannya :
1.Firman Allah SWT :
#sŒÎ)ur |MZä. öNÍkŽÏù |MôJs%r'sù ãNßgs9 no4qn=¢Á9$#
Dan apabila Engkau (Wahai Muhammad) berada dalam kalangan mereka (semasa perang), lalu Engkau mendirikan sembahyang dengan (menjadi imam) mereka, (An-Nisa’ :102)

2. Daripada Abu Hurairah r.a ,Rasulullah SAW bersabda :
وَالَّذِيْ نَفْسِي بِيَدِهِ لَقَدْ هَمَمْتُ أَنْ اَمُرَ بِحَطَبٍ فَيَحْطَبَ , ثُمَّ اَمُرَ بِالصَّلاَةِ فَيُؤْذَنَ بِهَا , ثُمَّ اَمُرَ رَجُلاً فَيَؤُمُّ النَّاسُ , ثُمَّ اُخَالِفَهُ إِلَي رِجَالٍ فَاُحَرَّقُ عَلَيْهِمْ بُيُوْتَهُمْ (متفق عليه)
“Demi Tuhan yang jiwaku berada di dalam kekuasaanNya! Saya telah bermaksud menyuruh orang –orang agar mengumpulkan kayu bakar,lalu menyuruh seseorang supaya menyerukan azan solat ,kemudian menyuruh seseorang pula menjadi imam bagi orang banyak , dan semantara itu saya akan mendatangi orang –orang yang tidak ikut solat berjamaah ,lalu saya bakar rumah – rumah mereka “.
(Muttafaq ‘alaih)
3.Diterima dari Ibn Umar Rasulullah bersabda :
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ اَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً ( متفق عليه)
Solat berjamaah itu lebih utama dari solat bersendirian sebanyak duapuluh tujuh darjat .
(Muttafaq ‘alaih)

4.Dari Abu Hurairah r.a katanya :
قَالَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) : صَلاَةُ الرَّجُلِ فِيْ جَمَاعَةٍ تَضْعُفُ عَلَى صَلاَتِهِ فِي بَيْتِهِ وَسُوْقِهِ خَمسًا وَعِشْرِيْنَ ضِعْفًا . وَذَلِكَ اَنَّهُ اِذَا تَوَضَّأَ فَاَحْسَنَ الْوُضُوْءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلي الْمَسْجِدِ لاَ يُخْرِجُهُ اِلاَّ الصَّلاَةُ لَمْ يَخْطُ خَطْوَةً اِلاَّ رُفِعَتْ لَهُ بِهَا دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيْئَةٌ فَإِذَا صَلَّى لَمْ تَزَلِ الْمَلاَئِكَةُ تُصَلِّى عَلَيْهِ مَا دَامَ فِي مُصَلاَّهُ مَالَمْ يُحْدِثْ اللهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ اللهُمَّ ارْحَمْهُ . وَلاَ يَزَالُ فِى صَلاَةٍ مَا اِنْتَظَرَ الصَّلاَةَ .
Rasulullah SAW bersabda :”Solat seorang dengan berjamaah itu melebihi solatnya di rumah atau di pasar sebanyak dua puluh lima kali ganda .Sebabnya ialah kerana bila ia berwudhuk dilakukan dengan baik lalu pergi ke masjid sedang kepergiannya itu tiada lain dari hendak mengerjakan solat semata-mata ,maka setiap langkah yang dilangkahkannya,diangkatkan kedudukannya satu darjat dan dihapuskan satu dosa .Dan jika ia sedang solat ,maka para malaikat memohonkan untuknya rahmat selama ia masih berada di tempat solat itu selagi ia berlum berhadas(kecil), kata mereka :” Ya Allah, berilah orang ini rahmat ,ya Allah, belas kasihlah kepadanya. Dan orang itu dianggap sedang solat, semenjak ia mulai menantikannya .
(Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dan hadis di atas menurut lafaz Bukhari).

3.Hukum solat berjamaah
Ada beberapa hukum yang berlainan tentang solat bejamaah ini, mengikut keadaan dan orang hendak mengerjakan solat berjamaah itu .

1.Sunat muakkad : Sembahyang fardhu lima waktu berdasarkan hadis :
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ اَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً ( متفق عليه)
Solat berjamaah itu lebih utama dari solat bersendirian sebanyak duapuluh tujuh darjat .
(Muttafaq ‘alaih)

2.Fardhu kifayah : Ditempat yang boleh nampak syiar Islam di suatu kampung atau kawasan kepada lelaki Islam yang bermuqim di temapt itu .


3.Harus : Bagi perempuan yang hendak solat berjamaah di masjid atau surau kalau tidak menimbulkan fitnah, digalakkan solat di rumah , sabda Rasulullah SAW :
لاَ تَمْنَعُوْا النِّساءَ أَنْ يَخْرُجْنَ إِلَي الْمَسَاجِدِ , وَبُيُوْتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ .
“Janganlah kamu larang perempuan –perempuan itu pergi ke masjid(solat berjamaah), tetapi di rumah adalah lebih baik untuk mereka .”

4.Hikmah dan fadhilat solat berjamaah

Sabda Rasulullah SAW :
صَلاَةُ الْجَمَاعَةِ اَفْضَلُ مِنْ صَلاَةِ الْفَذِّ بِسَبْعٍ وَعِشْرِيْنَ دَرَجَةً ( متفق عليه)
Solat berjamaah itu lebih utama dari solat bersendirian sebanyak duapuluh tujuh darjat .
(Muttafaq ‘alaih)

1.Berdasarkan hadis di atas fadhilat solat berjamaah akan mendapat pahala 27 darjat daripada solat bersendirian.

2.Dengan pergi solat berjamaah kita mendapat faedah sampingan seperti berikut :

a.Menjawab azan dan niat mengerjakan solat berjamaah .

b.Dapat pahala pergi ke masjid awal waktu

c.Dapat ketenangan , dapat pahala masuk masjid dan solat tahiyatul masjid.

d.Malaikat akan berselawat kepadanya di waktu menanti waktu solat didirikan.

e.Menjawab iqamat , terjauh dari gangguan syaitan

f.Syaitan menjadi hina kerana megerjakan solat secara beramai-ramai .

3.Lahirnya kasih sayang di antara ahli –ahli jamaah .

4.Wujudnya tolong menolong di antara ahli –ahli jamaah .

5.Terjauh dari sifat munafik

No comments:

Post a Comment