TERLETAK DI MADINAH ,dikenali juga daengan masjid Nabi.Ia adalah antara bangunan yang sangat indah dan teguh .Bangunan asal yang dibina oleh Rasulullah saw selepas berhijrah ke Madinah adalah sangat serdahana , ianya telah diperbaiki dari masa ke semasa oleh khalifah dan pemerintah Islam .Terakhir sekali dilakukan oleh Sultan Abd Majid pada tahun 1265.
Khalifah Umar Abdul Aziz telah membina anjung atau bilik yang diperbuat dari tembaga kuning disebelah tenggara masjid.Panjnagnya 16 meter .Di sudut bilik didirikan tiang –tiang besar,di atasnya terletak kubah hijau yang menaungi maqam Rasulullah SAW.maqam Saidina Abu Bakar dan Syaidina Umar .Bilik itu pula mempunyai 4 pintu iaitu pintu Wukuf di sebelah barat,pintu Taubat di selatan,pintu tahajud di utara,pintu Fatimah di timur.Selain itu Babur Rahmah (pintu rahmat) dan babun Nisak ( pintu wanita) yang diperbuat khusus oleh Sayidina Umar Al-Khattab untuk keluar masuk kaum wanita ke Masjid Nabi .
No comments:
Post a Comment