Menziarahi kubur adalah diharuskan untuk semua pihak sama ada lelaki mahupun wanita selagi tidak bercanggah dengan kehendak syariat Islam.Hal ini adalah berdasarkan kepada hadis Nabi SAW yang bermaksud :”Aku pernah melarang kamu semua (wanita) daripada menziarahi kubur suatu masa dahulu .Namun bermula dari saat ini ziarahlah.”
Hadis ini secara jelas membenarkan sesiapa sahaja di kalangan umat Islam yang ingin menziarahi kubur ahli keluarganya .Namun begitu, ia mestilah menepati syarat – syarat yang telah ditetapkan oleh syariat Islam .Antaranya ialah :
1.Tidak berteriak keesedihan atau meratap.
2.Tidak mendedahkan aurat.
3,Tidak menjadikan suatu yang khurafat dan mensyirikkan Allah.
4.Tidak menjadikan tanah berkuburan sebagai tempat ibadah khusus seperti solat dan sebagainya.Ini kerana dikhuatiri akan berlakunya penyembahan terhadap kubur – kubur tersebut oleh golongan yang tidak bertanggunngjawab .
Dipetik dari majalah Iman bil.2 /2012 .
No comments:
Post a Comment