SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Friday, March 16, 2012

DIDIKLAH ANAK – ANAK DENGAN DIDIKAN AGAMA







ANAK – ANAK ADALAH DILAHIRKAN DALAM KEADAAN FITRAH SEPERTI KAIN PUTEH, MAKA IBUBAPA MEREKA YANG AKAN MENCORAKKAN MEREKA SAMA ADA JADI BAIK ATAU SEBALIKNYA,NABI MUHAMAMAD SAW BERSABDA :
كل مولود يولد علي الفطرة فأبواه يهودانه أو يصرانه او يمجسانه .
“SETIAP ANAK DILAHIRKAN BERSIH SUCI MAKA IBUBAPANYALAH YANG MEMBENTUK SAMA ADA MENJADI YAHUDI,NASRANI ATAU MAJUSI.”
PERKARA UTAMA YANG MESTI DITANAM DALAM DIRI DAN JIWA ANAK – ANAK ADALAH SOAL AKIDAH DAN PEGANGAN YANG BENAR.MEREKA MESTI DIDIDIK DENGAN KEYAKINAN DAN KEIMANAN KEPADA RUKUN – RUKUN IMAN.DIBERIKAN KEFAHAMAN DAN DISEMAI KEPERCAYAAN KEPADA MEREKA TENTANG WUJUD YANG MAHA KUASA DAN HARI KIAMAT , SOAL DOSA DAN PAHALA,SYURGA DAN NERAKA SERTA CATATAN AMAL BAIK DAN BURUK.KEYAKINAN KEPDA PERKARA – PERKARA GHAIB ,INI MEMBERI SATU KEKUATAN KEPAD DIRI ANAK – ANAK BAGI MENGELAKKAN DIRI MEREKA DARI TERLIBAT DENGAN JENAYAH MAKSIAT DAN PERKARA MUNGKAR .BERBEKALKAN KEYAKINAN DAN KEIMANAN MEREKA SENTIASA MERASA DIRI DIAWASI DAN DIPERHATI SETIAP MASA SAMA ADA DALAM KEADAAN TERANG MAHUPUN GELAP,YANG NYATA MAHUPUN TERSEMBUNYI.MEREKA JUGA MESTI DIDIDIK MENGENAL PERKARA HALAL DAN HARAM . MEREKA DILATIH MELAKSANAKAN SEMUA TANGGUNGJAWAB DAN TUNTUTAN AGAMA BAGI MENGUKUHKAN KEPERIBADIAN DIRI DAN MEMPUNYAI PEGANGAN HIDUP SERTA KEYAKINAN DIRI BAGI MENGHADAPI PENCAROBA DAN DUGAAN HIDUP .
IBUBAPA ADALAH BERTANGGUNGJAWAB MEMELIHARA ANAK –ANAKNYA DARI DIBAKAR OLEH API NERAKA YANG SANGAT PANAS DI AKHIRAT NANTI ,FIRMAN ALLAH TAALA :
يَأَيُّهَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا قُوْا أَنْفُسَطُمْ وَأَهْلِيْكُمْ نَارًا .
WAHAI ORANG- ORANG YANG BERIMAN PERLIHARALAH DIRI KAMU DAN KELUARGA KAMU DARI API NERAKA .(TAHRIM :6 )
DARI AYAT INI IBUBAPA HENDAKLAH BERUSAHA BERSUNGGUH – SUNGGUH SUAPAYA ANAK –ANAK MERKA TIDAK DIBAKAR OLEH API NERAKA DIAKHIRAT MERUPAKAN AZAB YANG SANGAT PEDIH .

No comments:

Post a Comment