SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, March 29, 2012

TAUBAT 6. ADAKAH ALLAH MENGAMPUNKAN AKU?





Ada setengah orang berkata :”Aku hendak bertaubat , tetapi dosaku terlalu banyak,dari kecil hingga dewasa,adakah kemungkinan Allah mengampunkan aku ?

Jawabku (pengarang) “Wahai saudaraku! masalah yang engkau hada[I ini bukan engkau seorang malah ramai di kalangan remaja yang nebghadapi masalah yang sama,sebagai contoh ada remaja yang melakukan maksiat dari kecil hingga keumur 17 Tahun,dia melakukan maksiat dan dosa yang terlalu banyak,samada yang kecil ataupun yang besar yang bermacam-macam jenis maksiat,seperti mencuri,berzina,minum arak dan lain-lain ,kemudian dia bertaubat dengan katanya:”Aku bertaubat kepada Allah Azza wajalla ,aku kerjakn sembahyang malam dan tahajjud,puasa sunat hari Isnin dan Khamis ,membaca al-Quran selepas sembahyang subuh adakah Allah menerima taubatku?”

Penyelesaian masalah di atas hendaklah kembali kepada Kitab dan sunnah di dalam mencari hukum,penyelesaian dan pengubatannya.Di dalam kitab (al-Quran ) Allah berfirman :
قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ أَرَفُوْا عَلَي أَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ إِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جِمِيْعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ . وَأَنِيْبُوْا إِلَي رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوْا لَهُ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لاَتَنْصَرُوْنَ .

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
"Dan kembalilah kamu kepada Tuhan kamu dengan bertaubat, serta berserah bulat-bulat kepadaNya, sebelum kamu didatangi azab; kerana sesudah itu kamu tidak akan diberikan pertolongan.

(Surah Az-Zumar ; 53 dan 54)

Dua ayat di atas menjawab masalah diatas dengan terangnya tanpa berhajat kepada penditilan .

Perasaan kurang yakin kepada Allah akan menghapuskan dosa kita adalah kerana faktor berikut :

Pertama : Tiada yakin akan keluasan rahmat Allah.

Kedua :Iman yang tipis terhadap qudrat Allah boleh menghapuskan semua dosa.
Ketiga : Tiada pengharapan kepada Allah
Keempat: Tiada yakin akan taubat itu diterima.

Kita akan jawab pada tiap-tiap faktor ,

Faktor pertama ,memadai dengan memahami ayat 56 Surah Al Araf
وَرَحْمَتِي وَسِعَتْ كُلَّ شَيْءٍ
Ertinya :dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu.
Menjawab faktor kedua dengan memahami hadis Qudsi berikut :
قال تعالي من علم أني ذو قوة علي مغفرة الذنوب غفرت له ولا أبالى , ما لم يشرك بي شيئا .
Ertinya : Firman Allah Taala sesiapa yang mengetahui bahawa aku mempunyai kuasa mengampunkan dosa,nescaya aku akan ampun dosa orang memohon kepadaku aku tidak peduli siapa pun, selagi tidak menyekutukan ku dengan sesuatu.”

Jawapan faktor ketiga :
Perhatikan hadis Qudsi berikut :
(يا ابن ادم إنك ما دعوتني ورجوتني غفرت لك على ما كان منك ولا أبالى , يا ابن ادم لو بلغت ذنوبك عنان السماء ثم استغفرتني غفرت لك ولا ابالي , يا ابن ادم لو أنك أتيتني بقراب الارض خطايا ثم لقيتني لا تشرك بي شيئا لاتيتك بقرابها مغفرة . رواه الترميذي .
Ertinya :Wahai anak Adam sesungguhnya engkau berdoa dan berharap kepadaku untukku ampunkan dosa kamu,aku tidak peduli aku akan ampunkan,wahai anak Adam jika dosamu sampai ke awan,kemudian kamu meminta ampun kepadaku nescaya aku ampunkan,wahai anak Adam ! jika kamu datang kepadaku dengan membawa sebongkah dosa sebesar bumi, dengan keadaan tidak mensyirikkan aku dengan sesuatu,nescaya aku akan berikan sebongkah keampunan sebesar buni itu.

Untuk jawapan faktor yang keempat telitilah hadis berikut :

" التائب من الذنب كمن لا ذنب له رواه ابن ماجه

Ertinya : Orang yang bertaubat dari dosa seperti mereka yang tidak berdosa.

No comments:

Post a Comment