SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, March 27, 2012

Taubat 5

TAUBAT MENGHAPUSKAN DOSA YANG LALU.

Ada orang berkata : Aku hendak bertaubat,adakah Allah akan menerima taubatku, untuk menjawab persoalan di atas marilah kita teliti dua buah Hadis berikut :

HADIS PERTAMA :
قصة إسلام عمرو بن العاص رضى الله عنه فيما ياءتي :
( فلما جعل الله الاسلام في قلبى أتيت النبى صلي الله عليه وسلم فقلت :ابسط يمينك فلابايعك , فبسط يمينه فقبضت يدي قال : مالك يا عمرو ؟ قال : قلت أردت أن أشترط . قال: تشترط بماذا ؟ قلت : أن يغفر لي . قال : أما عملت يا عمرو أن الاسلام يهدم ما كان قبله وأن الهجرة تهدم ما كان قبلها , كأن الحج يهدم ما كان قبله .
Ertinya : Kisah Islamnya Amru bin Al As di dalam hadis berikut :
Tetatkala Allah menjadikan hatiku tertarik kepada Islam,aku datang menemui nabi SAW dan berkata:”Hulurkan tangan kananmu ya! Nabi aku hendak berbaiah dengan engkau, maka Nabi menghulurkan tangan kanannya dan nenggengam tanganku dengan iratnya seraya bersabda : Apakah halnya engkau wahai Amru? Jawabku : Aku hendakkan beberap syarat ,jawab Rasulullah,”Syarat apa wahai Amru ? Jawabku :” Hendaklah Allah mengampunkan dosa ku telah lalu.” Rasulullah SAW menjawab:”Bahawasanya Islam akan menghapuskan dosa yang lalu,begitu juga hijrah dan Haji.”(Hadis riwayat :Muslim)
HADIS KEDUA :
روي الامام مسلم عن ابن عباس رضى الله عنهما : أن ناسا من اهل الشرك قتلوا فاكثروا , وزنوا فأكثروا ثم أتوا محمدا صلي الله عليه وسلم فقالوا ( إن الذي تقول وتدعوا إليه الحسن, ولوا تخبرنا أن لما عملنا كفارة فنزل : وَالَّذِيْنَ لاَ يَدْعُوْنَ مَعَ اللهِ إِلَهًا ءَاخَرَ وَلاَ يَقْتُلُوْنَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ بِالّحَقِّ وَلاَ يَزْنُوْنَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا *ونزل :قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ أَرَفُوْا عَلَي أَنْفُسَهُمْ لاَتَقْنَطُوْا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ إِنَّ اللهَ يَغْفِرَ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا إِنَّهُ هُوً الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمُ .
Ertinya : Diriwayatkan oleh Imam Muslim daripada Ibnu Abas RA:“Bahawasanya ada dikalangan orang-orang musyrik yang banyak melakukan pembunahan dan zina banyak kali datang bertemu Rasulullah SAw dan berkata :”Bahawasanya engkau berkata dan meyeru kepada kebaikan,walaupun ada cerita yang mengatakan apa yang kami kerjakan dahulu sebelum Islamdikenakan kafarah maka turun ayat 68 Surah Furqan “ Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya; Dan turun pula ayat 53 surah Az Zumar “Katakanlah (Wahai Muhammad): "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”

No comments:

Post a Comment