SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, March 24, 2012

kaabah




.
Kaabah adalah lambang kecintaan manusia pada Tuhannya serta symbol perpaduan Islam Seluruh dunia.Menurut tradisi Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali. Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam (as).Allah SWT menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk manusia menyembah Allah SWT,firman Allah SWT dalam Surah Ali Imran ayat 96 :
إِنَّ أَوَّلَ بَيْتٍ وُضِعَ لِلنَّاسِ لِلَّذِي بِبَكَّةَ مُبَارَكًا وَهٌدًي لِلْعَالَمِيْنَ . .
Sesungguhnya Rumah Ibadat Yang mula-mula dibina untuk manusia (beribadat kepada Tuhannya) ialah Baitullah Yang di Makkah Yang berkat dan (dijadikan) petunjuk hidayah bagi umat manusia.
Selepas itu, Nabi Ibrahim (as) dan Nabi Ismail (as) membina semula Kaabah.Firman Allah SWT ayat 125 Surah Al-Baqarah :
وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوْا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّي وَعَهِدْنَا إِلَي إِبْرَاهِيْمَ
وَإِسْمَاعِيْلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِي لِلطَّائِفِيْنَ وَالْعَاكِفِيْنَ وَالرَّكَّعِ السُّجُوْدِ .
dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat Yang aman; dan Jadikanlah oleh kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari Segala perkara Yang dilarang) untuk orang-orang Yang bertawaf, dan orang-orang Yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang Yang rukuk dan sujud".
Dan ayat 127 Surah Al-Baqarah :
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيْمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيْلٌ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَالسَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ .
dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa Dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada Kami (amal kami); Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
Lebar ukuran Kaabah diasaskan oleh Ibrahim adalah seperti berikut: " Dinding Timur adalah 48 kaki dan 6 inci " Dinding Hatim adalah 33 kaki " Dinding antara Hajar Aswad dan sudut Yamani adalah 30 kaki " Dinding Barat adalah 46.5 kaki Selepas ini berlaku beberapa pembinaan semula sebelum masa Rasulullah (SAW). Pembinaan semula Kaabah oleh kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul.
Selepas satu banjir kilat, Kaabah mengalami kerosakan dan dindingnya retak.Ia perlu dibina semula. Tugas ini dibahagikan antara empat puak Quraish.Rasulullah turut membantu dalam usaha pembinaan semula ini.Setelah dinding-dindingnya dibina semula, tiba masanya batu hajar aswad diletak semula di tempatnya di dinding Timur Kaabah.
Pertelingkahan berlaku apabila tiba masa untuk menentukan siapa mendapat penghormatan meletakkan batu Hajar Aswad itu. Apabila pertelingkahan hampir bertukar menjadi pergaduhan, Abu Umayyah, penduduk tertua Makkah, mencadangkan agar lelaki pertama yang memasuki pagar masjid pagi keesokkannya akan menentukan perkara berkenaan.
Lelaki itu ialah Rasulullah.Penduduk Makkah bergembira."Ia adalah al-Amin.Ia adalah Muhammad," jerit mereka.Baginda menghampiri mereka lalu mereka memintanya supaya memutuskan perkara itu.Baginda bersetuju.
Rasulullah mencadangkan agar batu hitam itu diletak di atas sehelai kain, setiap bucu kain dipegang oleh seorang pemimpin puak.Kain itu diangkat ke tempat batu itu hendak diletak.Rasulullah kemudian mengambil batu itu dan meletakkannya di tempatnya di dinding Kaabah.
Sewaktu Nabi Ibrahim a.s membinanya bersama puteranya Nabi Ismail , Kaabah ketika itu belum ada atap dan pancur emas.Atap dan pancur emas Kaabah dibuat semasa Rasulullah saw berusia 35 Tahun .Dan Kaabah mula dibuat tembuk sekelilingnya serta dipasangkan lampu untuk menerangi kawasan beribadah,atas perintah Sayidina Umar Al-Khattab .
Kaabah dijadikan tempat ibadat di dalam Islam , seperti tawaf ,firman Allah Taala :
جَعَلَ اللهُ الْكَعْبَةَ الْبَيْتِ الْحَرَامَ قِيَامًا لِلنَّاسِ .
Allah menjadikan Kaabah, Rumah Yang mulia itu, sebagai tempat tumpuan manusia (untuk menjalankan Ibadat dan hal-hal hidup), akan tiap-tiap sesuatu. (al Maaidah ;97)
Dalam surah al-hajj ayat 29 :
وَلْيَطَّوَّفُوْا بِالْبَيْتِ الْعَتِيْقِ
hendaklah mereka tawaf akan Baitullah (Kaabah) Yang tua sejarahnya itu".

No comments:

Post a Comment