SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, March 17, 2012

KEDEKUT DENGAN WANG RAKYAT, MURAH HATI DENGAN WANG SENDIRI.




Apabila dirujuk kepada sikap pemimpin atau pemegang amanah yang berhati – hati ketika membelanjakan wang rakyat , ini adalah sikap terpuji.
Mari kita lihat sikap Saidina Umar bin Al-Khattab yang terlalu berjaga –jaga ketika menggunakan harta kerajaan untuk kepentingan diri sendiri.
Pernah suatu ketika,di masa Saidina Umar menggunakan lilin milik kerajaan untuk melakukan urusan – urusan rasmi Negara,beliau diganggu oleh anaknya.
Anaknya ingin berbincang sesuatu yang berbentuk peribadi dengan ayahnya, mendengar pemintaan anaknya,Saidina Umar meminta anaknya menunggu sebentar.
Lilin yang sedang menyala dipadamnya.Kemudian beliau menyalakan lilin milik keluarganya.Selepas itu, barulah beliau memulakan perbincangan dengan anaknya.’itu satu contoh yang baik.seorang pemimpin jangan mempermudahkan wang rakyat.itu amanah rakyat.jangan pula kerana ia wang rakyat maka seseorang pemimpin sesuka hati menggunakannya atau menuntut yang bukan – bukan.
Sikap yang demikian bukanlah sikap kedekut tetapi ia menunjukkan sikap cermat dan berhati –hati dengan hak dan amanah rakyat.
Duit sendiri kalau kurang cermat,celanya dari diri sendiri.Tapi kalau duit rakyat ,apabila tidak digunakan dengan sebaik –baiknya,celaan akan datang dari seluruh masyarakat .Keadaan kesalahan kita lebih besar jika dibandingkan dengan keadaan yang pertama tadi .

1 comment:

  1. Tak kire sape dia pemimpin tu.Kene la jage2 jangan sampei saloh gune...

    ReplyDelete