TAUBAT YANG AGONG
Contoh taubat dari jenarasi awal dari kalangan sahabat-sahabat Rasulullah adalah taubat yang agong di antaranya :
(a) Taubat Maiz , seperti diceritakan Rasulullah SAW di dalam hadisnya yang bermaksud :
Bahawa Maiz bin Malik datang kepada Rasulullah SAW seraya berkata :”Wahai Rasulullah ! Aku sesungguhnya telah berbuat zalim kepada diriku sendiri dan aku berzina , dan aku sesungguhnya bermaksud agar engkau mensucikan aku.”
Rasulullah SAW lalu menolak permintaan itu.
Pada keesokkan harinya ia datang lagi kepada Rasulullah SAW seraya berkata,” Wahai Rasulullah ! aku sesungguhnya telah berbuat zina,”
Rasulullah menolak kali kedua .
Tetakla Maiz bin Malik datang kali ketiga lalu Rasulullah SAW menyuruh mengali lubang baginya,kemudian ia disuruh menyiapkan diri,lalu dijatuhkan hukum rejam ( dihukum dengan dilimparkan batu,sampai mati).
Manusia pada demikian itu menjadi dua golongan ada yang berkata:”Telah binasa orang itu dan dia telah diliputi oleh kesalahannya”. Dan yang lain mengatakan,”Tiadalah taubat yang lebih benar dari taubat orang itu,”
Rasulullah SAW bersabda :
لقد تاب توبة لو قسمت بين أمة لوسعتهم . رواه مسلم عن بريدة بن الخصيب .
Ertinya :”Orang itu telah bertaubat. Jikalau taubat itu dibahagi-bahagikan di antara umat, nescahaya meluasi mereka itu .( Hadis riwayatkan oleh Muslim dari Buraidah bin Al khasib .
b.Taubat al Ghamidiah :
Kata Rasulullah SAW :” Al Ghamidiah datang kepadanya dengan berkata :” Wahai Rasulullah SAW ! aku sesungguhnya telah berzina maka sucikanlah aku !”. Rasulullah SAW menolak permintaan wanita tersebut.
Pada keesokkan harinya wanita itu datang lagi dan berkata :”Wahai Rasulullah ! mengapakah engaku menolak permintaan ku? kiranya engkau mahu membolak – balikan aku, sebagimana engkau membolak – balikan Maiz ? Demi Allah sesungguhnya aku sudah hamil,” Rasulullah SAW lalu menjawab:
أما الان فاذهبي حتي تضعي
Ertinya : Adapun sekarang, maka pergilah, sehingga engkau sudah melahirkan.”
Tetatkala wanita tersebut sudah melahirkan anak, lalu ia datang lagi dengan membawa bayinya dalam kain buruk seraya berkata :”Inilah anak yang telah aku lahirkan”Rasulullah SAW lalu menjawab
اذهبي فأرضعيه حتى تفطميه
“Baliklah kamu dan susukannya sehingga bercerai susu “
Tetatkala telah diputuskannya penyuusuan bayi itu,lalu ia datang lagi dengan membawa anak kecil itu dan pada tangannya sepotong roti, seraya ia berkata:”Wahai Nabi Allah! aku sudh putuskan penyusuan anak ini dan ia sudah memakan makanan.”
Rasulullah SAW lalu menyerahkan anak kecil itu kepada seorang lelaki dari kaum muslimin, kemudian baginda menyuruh wanita itu bersiap-siap untuk menerima hukuman, lalu digali untuk wanita tanah dalamnya sampai ke dada.
Dan Rasulullah SAW menyuruh orang ramai merejam wanita itu,lalu mereka merejamnya( melimparkannya dengan batu sehingga mati)
Lalu datang Khalid ibnu Walid membawa sebiji batu,ia melimpar kena kepala wanita itu,maka terperciklah darah atas muka Khalid,lalu Khalid memaki wanita tersebut.
Waktu itu terdegar oleh Rasulullah SAW akan makian Khalid lalu bersabda ,:”Hati-hati Wahai Kahlid demi Allah yang diriku di tangannya ! Wanita itu telah bertaubat,jikalau sekiranya orang yang mengutip cukai barang bertaubat seperti wanita itu nescaya diampunkan dosanya.”
Kemudian wanita disiapkan jenazahnya dengan dimandi dan dikapankan ,dan disembahyangkan kemudain dikebumikan.
No comments:
Post a Comment