SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, April 5, 2012

taubat 8.APAKAH YANG MESTI DILAKUKAN APABILA SAYA BERDOSA ?

selalu lakukan solat fardu dan yang sunat

Orang selalu bertanya “ Bagaimana cara hendak bertaubat jika melakukan dosa ?, Adakah perlu segera ?.

Bagi menjawab soalan di atas , seseorang itu perlu melakukan dua amalan selepas ia tidak melakukan maksiat lagi .

Pertama : KERJA HATI : Menyesal dan berazam tidak akan mengulangnya lagi, inilah hasil daripada takut kepada Allah.

Kedua : kerja anggota , lakukan kebaikan dengan berbagai-bagai, diantaranya sembahyang taubat, nasnya seperti hadis di bawah ini:

عن أبي بكر رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلي الله عليه وسلم يقول : مَا مِنْ رَجُلٍ يُذْنَبُ ذَنْبًا ثُمَّ يَقُوْمُ فَيَتَطَهَّرُ ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ يَسْتَغْفِرُ اللهَ إِلاَّ غَفَرَ اللهُ لَهُ ثُمَّ قَرَأَ هَذِهِ الاَيَةَ :
وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوْا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوْا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلَي مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ .


Daripada Abu Bakar RA berkata ia :”Saya dengar Rasuulullah berkata :”Tidak ada seorang lelaki yang melakukan dosa, kemudian dia mengambil wuduk dan terus sembahyang dua rakaat, kemudian dia berdoa meminta ampun kepada Allah , melainkan Allah ampunkan kepadanya, kemudia Nabi membaca ayat :

وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَاحِشَةً أَوْ ظَلَمُوْا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوْا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوْا لِذُنُوْبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلَي مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ .
dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
( Surah Ali Imran : 135 .)

Dan telah datang beberapa riwayat yang lain , menyatakan bahawa semahyang dua rakaat boleh menghapuskan dosa . sebagai ringkasan adalah seperti berikut :
1.Seorang yang mengambil wudhuk dengan sempurna , maka dosa-dosa kecilnya akan terhapus dari anggota wudhuknya mengikut titisan air wudhuknya. Wudhuk yang sempurna itu ialah dengan membaca bismillah sebelum mengambil wudhuk , dan membaca zikir :
أشهد أن لا اله إلا الله وحده لا شريك له , وأشهد أن محمدا عبده ورسوله . اللهم اجعلني من التوابين واجعلني من المتطهرين سبحانك اللهم وبحمدك أشهد أن لا اله إلا أنت .أستغفرك وأتوب أليك .

Ini adalah merupakan zikir yang paling agong selepas berwudhuk , dan akan mendapat pahala yang besar dari Allah .

2,Mengerjakan sembahyang sunat dua rakaat.

3.Sentiasa mengingati Allah di dalam sembahyang itu .

4.Tidak berhadas.

5.Berzikir dengan baik serta khusyuk.

6.Meminta ampun kepada Allah
.
Sembahyang dan zikir tersebut akan membawa natijah berikut :

1.Allah ampunkan dosa-dosa yang telah lepas
.
2. Akan mendapat balasan syurga.

Oleh itu perlulah membanyakkan amalan-amalan yang baik dan kerja-kerja taat. Umar bin al-Khatab rasa bersalah dengan Rasulullah semasa berdebat dengan baginda di peperangan Hudaibiyah, lalau Umar membanyakkan kerja-kerja kebajikan untuk menebus kesalahan beliau itu.
Perhatikan contoh yang berikut di dalam sebuah hadis sahih, sabda Rasulullah SAW :

إِنَّ مَثَلَ الذي يَعْمَلُ السَيْئِاتِ ثُمَّ يَعْمَلُ الْحَسَنَاتِ كَمَثَلِ رَجُلٍ كَانَتْ عَلَيْهِ دَرْعٌ (لباس من حديد يرتديه المقاتل) ضيْقَةً , قَد
خَنَقْهُ , ثُمَّ عَمِلَ حَسَنَةً فَانْفَكَتْ حَلَقَةً , ثُمَّ عَمِلَ اُخْرَي فَانْفَكَتْ الاءُخْرَي حَتَّي يَخْرُجَ اِلَي الْاَرْضِ . ( رواه الطبراني ).
Ertinya :”Bandingan orang yang melakukan kejahatan kemudian ia melakukan kebaikan,seperti seorang memakai baju besi yang berkunci,kemudian dia berbuat kebajikan , maka terbukalah satu kunci, kemudian dia melakukan satu kebajikan yang lain, maka terbukalah kunci yang lain, sehinggalah bebas ia dari kunci -kunci pada baju itu dan ia dapat menanggalkan baju besi darinya.”
Kebaikan itu membebaskan orang yang berdosa dari penjara maksiat kepada alam ketaatan, cuba amati cerita berikut :
عن ابن مسعود قال :جاء رجل إلي النبي صلي الله عليه وسلم فقال :"يا رسول الله إني وجدت امرأة في بستان ففعلت بها كل شئ غير أني لم أجامعها , قبّلتها ولزمتها , ولم أفعل غير ذلك فافعل بي ما شئت . فلم يقل الرسول صلي الله عليه وسلم شيئا فذهب الرجل . فقال عمر : لقد ستر الله عليه لو ستر نفسه , فأتبعه رسول الله بصره , ثم قال : رده علي , فرده عليه.
فقراء عليه : وَاَقِمِ الصَلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلْفًا مِنَ الَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يَذْهِبْنَ السّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَي لِلذَكِرِيْنَ .
Ertinya :”Daripada Ibnu Masud berkata : Datang seorang lelaki kepada Rasulullah SAW dengan berkata :”Wahai Rasulullah bahawa saya bertemu dengan seorang wanita di dalam sebuah kebun , maka aku lakukan kerja-kerja ringan , kecuali saya tidak berzina denganya,aku ciummya, aku tidak melakukan lain-lain perbuatan,dan dia melakukan kepada aku apa yang ia suka.Rasulullah tidak berkata apa-apa,sehingga lelaki itu pergi darinya, Omar berkata:”Sesungguhnya Allah telah menutup aibnya, kalau seseorang menutup aibnya sendiri,” Rasulullah memandang kelibat lelaki itu, dan ia meminta supaya lelaki itu dibawa kepadanya, maka lelaki itu dibawa bertemu dengan baginda,Maka Rasulullah membaca kepada ayat 114 Surah Hud :

وَاَقِمِ الصَلاَةَ طَرَفَيِ النَّهَارِ وَزُلْفًا مِنَ الَّيْلِ إِنَّ الْحَسَنَاتِ يَذْهِبْنَ السّيِّئَاتِ ذَلِكَ ذِكْرَي لِلذَكِرِيْنَ .
Dan dirikanlah sembahyang (Wahai Muhammad, Engkau dan umatmu), pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari waktu malam. Sesungguhnya amal-amal kebajikan (terutama sembahyang) itu menghapuskan kejahatan. perintah-perintah Allah yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang yang mahu beringat.

No comments:

Post a Comment