SOAL JAWAB TENTANG TAUBAT .
Soalan 1.
Saya telah melakukan dosa, lalu bertaubat ,dengan desakan hawa nafsu yang kuat saya melakukan dosa buat kali yang kedua, adakah batal taubat yang pertama yang saya lakukan dan masih tinggal dosa yang pertama saya lakukan itu ?
Jawapan .
Kebanyakkan ulamak tidak mensyaratkan bahawa sah taubat itu dengan tidak kembali kepada melakukan dosa semula ,sesungguhnya sah taubat itu ialah terhenti dengan meninggalkan dosa yang dilakukan dan menyesal di atas perbuatan itu dan berazam dengan azam yang putus untuk meninggalkannya ,jika ia kembali melakukan maka jadilah dosa yang baru dan taubat yang pertama itu sah dan ia perlu bertaubat buat kali yang kedua.
Soalan 2.
Adakah sah taubat dari satu dosa dan masih mengerjakan maksiat (dosa) yang lain ?
Jawapan :
Taubat dari satu dosa ,tetapi masih mengerjakan dosa yang lain adalah sah, dengan syarat dosa itu yang lain itu bukan dari satu jenis dosa yang sama sebagai contoh :
i- seorang bertaubat dari makan riba, tetapi masih melakukan dosa minum arak, maka taubatnya diterima , begitu juga sebaliknya.
ii- Tidak sah seorang yang bertaubat dari makan riba faduli , tetapi masih makan riba nasiah .
iii- Begitu juga tidak sah seorang bertaubat dari bezina dengan perempuan A dan masih lagi berzina dengan perempuan B.
Soalan 3.
Saya telah meninggalkan sembahyang fardhu yang lima,mengeluarkan zakat dan puasa bulan Ramadhan, apakah yang perlu saya lakukan ?.
Jawapan :
a) Tinggal sembahyang fardhu .
Pada pendapat rajih tidak perlu qadha sembahyang yang tinggal, tetapi pada mazhab syafie kena qadha , disamping banyakkan menunaikan sembahang sunat ,bezikir ,bertaubat kepada Allah , mudah-mudahan Allah mengampunkan,
b) Tidak mengeluarkan zakat .
Hendaklah dikelurkan zakat pada harta yang belum dikeluarkan zakat .
c)Tinggal puasa bulan Ramadhan .
Wajib qadha puasa bilangan hari yang tidak puasa , dan bayar fidyah .
Contoh :
Seorang lelaki tidak puasa pada bulan Ramdahan 1430 selama 3 hari dan pada 1431 selama 5 hari dengan sengaja, pada tahun 1433
ia bertaubat kepada Allah , maka ia perlu qadha puasa selama 8 hari dan bayar fidyah sebanyak 8 cupuk . ( Baghdad ) . tidak digandakan fidyah tersebut .( Mengikut jamhur ulamak,tetapi bagi Mazhab Syafie dikenakan 8 hari dan dikenakan fidyah sebanyak 19 cupuk Baghdad).
Soalan 4.
Apabila kejahatan itu dlakukan bersangkutan dengan hak Adam,bagaimana cara hendak bertaubat ?
Jawapan :
Untuk menjawab soalan di atas cuba lihat hadis di bawah :
من كانت لأخيه عنده مظلمة , من عرض أو مال , فليتحلله اليوم قبل أن يؤخذ منه يومَ لا دينارَ ولا درهمَ , فإن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمته , وإن لم يكن عمل أُخِذَ من سيئات صاحبه فجعلت عليه . رواه البخاري .
Ertinya :”Sesiapa yang ada melakukan kezliman terhadap saudaranya berbentuk kehormatan diri atau harta benda, maka hendaklah meminta halal dari orang yang kena zalim.sebelum datangnya hari yang tidak berguna wag ringgit (hari Qiamat), jika tidak maka amalan baiknya akan diberikan kepada mereka yang kena zalim dan kalau tidak tidak ada amal baik maka diambil amal kejahatan dari orang kena zalim diberikan kepada mereka yang menzalmi . (Riwayat Al Bukhari ) .
Maka terkeluar dari balasan yang di atas kalau orang yang bertaubat telah menunaikan haknya kepada yang kena zalimi , jika meminta halal daripadanya dan dimaafkan, maka tidak perlu dipulangkan barang yang di curi, kalau tidak dimaafkan maka terpaksa dipulangkan .
Soalan 5.
Pada masa yang lampau aku pernah mengumpat seseoarang atau beberapa orang, dan juga menuduh mereka dengan tuduhan palsu , adakah perlu bagi saya memberi tahu tentang hal itu , dan memohon maaf dari mereka, jika tidak disyaratkan ,bagaimana saya mahu bertaubat ?
Jawapan :
Masalah ini adalah bergantung kepada mengambil kira buruk baiknya .
(a) Jika diberi tahu mereka tentang anda mengumpat mereka , atau menuduh mereka , maka tidak menjadikan mereka marah dan berdukacita di atas hal itu, maka perlulah memberi tahu dan meminta maaf dari mereka , walaupun di dalam bentuk umum , seperti mengatakan : “Pada masa yang lepas saya pernah mengupat anda, dan menuduh anda dengan tuduhan palsu, sekarang saya telah bertaubat , maka maafkan saya “.Tanpa memberi keterangan detil.
(b) Apabila diberi tahu tentang anda mengumpat atau menuduh mereka , menjadikan dia marah dan timbulnya permusuhan ,
walaupun dengan cara umum, maka tidak perlu diberi tahu kepada mereka , kerana syarak melarang dalam menimbulkan kerosakkan , pada mula mereka berbaik-baik dengan anda, tetapi kalau diberi tahu menjadi permusuhan, maka tidak perlu diberi tahu, kerana syarak menggalakkan berkasih sayang dan muhibah sesama Islam . maka jika anda hendak bertaubat maka lakukan seperti berikut :
i- Menyesal di atas perbuatan tersebut dan memohon keampunan kepada Allah,dan berhati-hati supaya jenayah ini tiadak akan dilaku dan beritikad bahawa ia adalah haram .
ii- Membela dirinya ( orang kena umpat ) kalau diumpat oleh orang lain .
iii- Menyatakan ia adalah orang yang baik kalau ada orang mengumpatnya.
iv- Mempertahankan diri orang yang diumpat, jika ada orang ingin menyakiti dirinya.
v- Memohon keampunan kepada Allah untuk diri orang diumpat.
Peringatan :
Ada perbezaan di antara hak harta benda dengan kehormatan diri, hak harta kalau diberitahu akan menjadi tuan punya gembira , tetapi hak kehormtan diri kalau diberitahu akan bertambah sakit hatinya .
Soalan 6.
Bagaimana cara untuk bertaubat orang yang membunuh dengan sengaja ?
Jawapan :
Orang yang membunuh mempuyai tiga hak :
1- Hak Allah
2- Hak orang yang kena bunuh.
3- Hak waris yang kena bunuh.
Maka hak Allah hendak pembunuh itu bertaubat kepada Allah .Manakala hak waris : Si pembunuh hendaklah menyerah diri kepada waris yang kena bunuh supaya diambil tindakkan ,samada qisas atau diyat atau dimaafkan , maka tinggal hak yang kena bunuh , tidak boleh selesai di dunia ,ulamak mengatakan apabila taubatnya baik , maka Allah menggugurkan tuntutan si kena bunuh , dan memberi kebaikan kepadanya di hari Qiamat, inilah pendapat yang terbaik .
Soalan 7.
Bagaimana cara taubat orang yang mencuri ?
Jawapan :Kiranya barang yang dicuri masih ada maka hendaklah dipulangkan kepada tuannya .Kala rosak atau susut nilai barang itu, mak hendaklah ia menggantikan dengan yang baru , melainkan tuan punya barang itu memaafkannya.
Soalan 8 :
Saya berasa kesukaran apabila hendak berhadapan dengan tuan punya barang itu sama ada berterus terang atau meminta maaf drinya, apakah perlu saya lakukan ?
Jawapan :
Bukanlah menjadi kesukaran kepada anda, anda boleh lakukan dengan cara mengirimkan barang itu kepada tuan punya melalui orang ketiga atau pun anda kirimkan barang tersebut melalui pos, atau memulangkannya secara rahsia .
Soalan 9 .
Saya pernah mengambil wang dari saku ibubapa saya secara sembunyi , sekarang saya berasa menyesal , saya tidak tahu berapa jumlah saya ambil itu , saya berasa keberatan untuk berterus terang dengan mereka ?
Jawapan :
Andai boleh andaikan secara lebih kurang jumlah dengan sangkaan kuat dari anda ,tidak mengapa anda memulangkan secara rahsia, barang yang anda ambil secara rahsia .
Soalan 10:
Saya pernah mencuri harta orang ramai ,sekarang saya berasa menyesal dan hendak bertaubat ,tetapi tidak tahu alamat mereka, ada yang mengatakan mencuri dari syarikat, tetapi syarikat itu sudah tiada lagi .atau dari sebuah kedai tetapi kedai itu sudah tiada dan tidak tahu di mana tuan kedai itu berada ?
Jawapan :
Anda perlu mencari tuan punya barang itu dengan bersungguh-sungguh , apabila dapat maka pulangkan kepadanya,Alhamdulillah,
Jika tuannya sudah mati, maka pulangkan kepada warisnya, jika tiada maka sedekahkan kepada fakir miskin. Masalah ini sama dengan masalah yang terdapat di dalam kitab Al Madarij karangan Ibnu AlQaium jil 1 muka surat 388 “Seorang anggota tentera Islam mencuri harta rampasan perang , beberapa tahun kemudian ia menyesal dan bertaubat lalu ia bawa barang yang dicuri itu kepada pengelima tentera , tetapi pengelima tidak mahu menerimanya ,pengelima itu berkata “ bagaimana aku hendak memulangkan barang itu kepada tentera –tentera yang sudah berselirak tinggal dan ada pula yang sudah meninggal? .”
Maka orang yang bertaubat itu menemui Hujaj bin Asy syair meminta pendapatnya . Lalu Hujaj mengatakan , Allah tahu nama dan tempat tinggal tentera –tentera itu , maka berikan 1/5 bahagian kepada yang berhak menerima 1/5, dan bakinya sedekah kepada umum ,maka pahalanya sampai kepada mereka , maka ia pun melakukan apa yang dikatakan oleh Hujaj itu, berita ini sampai kepada Muawiyah , dan mengatakan ia pun memutuskan sebagaimana Hujaj, masalah ini diputuskan sama dengan Ibnu Taimiyah .
No comments:
Post a Comment