ustaz Zakaria Da ajk dewan ulamak PAS pahang sedang mencapaikan kuliah Subuh di Masjid tekek Pulau Tioman .
ahli jemaah masjid tekek sedang mendengar kuliah subuh .
ahli rombongan dewan ulamak PAS pahang bergamabr dengan tok imam masjid Tekek Pulau Tioman.
قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُوْنَ . الَّذِيْنَ هُمْ فِيْ صَلاَتِهِمْ خَاشِعُوْنَ . وَالَّذِيْنَ هُمْ هِنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُوْنَ
وَالَّذِيْنَ هُمْ لِلْزَكَاةِ فَاعِلُوْنَ . وَالَّذِيْنَ هُمْ لِفُرُوْجَهِمْ حَافِظُوْنَ . إِلاَّ عَلَي اَزْوِاجَهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ اَيْمَانِهِمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرَ مَلُوْمِيْنَ . فَمَنِ ابْتَغَي وَرَاءَ ذَلِكَ فَأُلَئِك هُمْ الْعَادُوْنَ . وَالَّذِيْنَ هُمْ لاِ َمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُزْنَ . وَالَّذِيْنَ هُمْ عَلَي صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُوْنَ . أُوْلَئِطَ هُمْ الْوَرِثُوْنَ . اَلَّذِيْنَ يَرِثُوْنَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيْهَا خَالِدُوْنَ .
1. Sesungguhnya berjayalah orang-orang Yang beriman,
2. Iaitu mereka Yang khusyuk Dalam sembahyangnya;
3. dan mereka Yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan Yang sia-sia;
4. dan mereka Yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu);
5. dan mereka Yang menjaga kehormatannya, -
6. kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka Sesungguhnya mereka tidak tercela: -
7. Kemudian, sesiapa Yang mengingini selain dari Yang demikian, maka merekalah orang-orang Yang melampaui batas;
8. dan mereka Yang menjaga amanah dan janjinya;
9. dan mereka Yang tetap memelihara sembahyangnya;
10. mereka itulah orang-orang Yang berhak mewarisi
11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.
PERJUANGAN DAN KEMENANGAN.
Untuk mencapai kemenangan mestilah melalui perjuangan,kalau tidak berjuang maka tidak ada kemenangan, di dalam perjuangan mestilah menempuh beberapa kesusahan dan kepayahan dengan itu barulah mencapai kemenangan”Kalau tidak dipecahkan royong manakan dapat sagunya” Oleh itu kemenangan pasti akan diperolehi oleh orang – orang yang beriman,kerana perkata قد disandarkan kepada perkataan افلح yang membawa makna “Sesungguhnya kemenangan”Di sini Allah memberi pengakuan bahawa kemenangan pasti diperolehi oleh orang –orang yang beriman dengan memenuhi 6 syarat berikut :
1.Mengerjakan solat dengan khusyuk
2.Menjauhkan perbuatan / perkataan yang sia –sia.
3.Menunaikan zakat
4.Menjaga kehormatan
5.Menjaga Amanah dan janji
6.Menjaga solat .
Penjelasan :
1.Mengerjakan solat dengan khusyuk
Solat yang khusyuk ialah menghadirkan hati,meneliti bacaan – bacaan serta memhamai maknanya,merasa rendah hati dan rendah diri ketika dalam rukuk dan sujud,meliputi hati dengan kebesaran Allah dan kesucianNya ketika bertakbir dan ketika bertasbih pada seluruh gerakgeri dalam solat,meninggalkan segala fikiran dan lintasan hati yang berkaitan dengan urusan dunia dan membelakangkan perbicaraan dalam diri pada waktu solat elokkan lalai dalam solat , kerana tiada guna dan manfaat malah akan disiksa oleh Allah SWT seperti dalam firmanNya dalam surah al-Maun ayat 4-5 :
فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّيْنَ .اَلَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلاَتِهِمْ سَاهُوْنَ .
4. (kalau orang Yang demikian dikira dari bilangan orang-orang Yang mendustakan ugama), maka Kecelakaan besar bagi orang-orang ahli solat.
5. (laitu) mereka Yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan solatnya;
Kemenangan pasti akan diterima oleh orang – orang yang khusyuk dalam solat,yang mana ukuran khusyuk seperti yang telah diterangkan di atas.
2.Menjauhkan perbuatan / perkataan yang sia –sia.
Orang yang menjauhkan dirinya melakukan perbuatan sia –sia seperti bermain yang tidak mendatangkan faedah, membuang masa dengan kerja –kerja yang dilarang Allah SWT dan juga megeluarkan perkataan yang sia –sia seperti bersimbang dan lain –lain lagi .Ini merupakan syarat yang kedua untuk mencapai kemenangan.
3.Menunaikan zakat
Adalah merupakan syarat yang ketiga untuk mencapai kemenangan kerana zakat memainkan peranan penting dalam islam ia merupakan salah satu rukun Islam yang lima.Orang yang mengeluarkan zakat adalah membersihkan diri daripada sifat bakhil seperti dalam surah at Taubah ayat 103 :
خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيْهِمْ بِهَا ...
ambilah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk);
4.Menjaga kehormatan
Syarat yang keemapat ialah menjaga kehormatan,kehormatan amat perlu dijaga,hendaklah digunakan pada tempatnya,jangan salah gunakan seperti melakukan perzinaan,sumbang muhram,liwat dan lain –lain perbuatan keji (fahisyah) tidak salah digunakan untuk isteri,kerana isteri adalah sebagai ladang kepada suami,maka bolehlah ia bercucuk tanam mengikut cara –cara pertanian yang betul,firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 223:
نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَكُمْ فَأْتُوْا حَرْثَكُمْ أَنَّي شِئْتُمْ
isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara Yang kamu sukai ;
5.Menjaga Amanah dan janji
Menjaga amanah adalah suatu kewajipan yang perlu ditunaikan,tidak boleh pecah amanah kerana ia merupakan satu kewajipan,firman Allah dalam surah An Nisak ayat 58 :
إِنَّ اللهَ يَأْمُرُكُمْ أَنْ تُؤَدُّوْا الاَمَانَاتِ إِلَي أَهْلِهَا .
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan Segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) Disamping itu sifat yang perlu ada ialah menunaikan janji,kerana orang tidak menunaikan janji adalah salah satu tanda orang munafik .janji adalah seperi hutang,maka wajib membayarnya- menjaga amanah dan janji syarat yang kelima untuk mendapat kemenangan .
6.Menjaga solat .
Sekali lagi solat disebut iaitu ianya hendaklah dijaga,bagaimana menjaganya ? iaitu hendaklah menunaikan solat itu apabila masuk waktunya fiman Allah SWT dalam Surah An Nisak ayat 103 :
إِنَّ الصَّلاَةَ كَانَتْ عَلَي الْمُؤْمِنِيْنَ كِتَابًا مَوْقُوْتًا .
Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan Yang Diwajibkan atas orang-orang Yang beriman, Yang tertentu waktunya. Tunaikan pada awal waktu,mendapat pahala yang besar,tunaikan dengan berjemaah,jangan tinggalkan.Maka inilah dikatakan menjaga solagt.Dengan ini cukuplah enam syarat untuk mencapai kemenangan yang dijanjikan oleh Allah SWT .
BALASAN YANG DITERIMA HASIL DARI KEMENANGAN.
SYURGA FIRDAUS akan diwarisi oleh orang –orang mencapai kemenangan setelah memenuhi enam syarat yang tersebut di atas.setiap orang mukmin mesti ada wawasan akhirat,oleh itu segala amal ibadat mesti;ah diteruskan tanpa berhenti – henti,kerana mereka percaya bahawa diakhirat nanti akan disediakan syurga tempat yang penuh dengan berbagai nikmat yang tidak tergambar oleh pandangan mata, tidak sama apa yang didengar oleh telinga dan juga tidak terlintas oleh hati seseorang. ‘ Alangkah sempitnya hati kalau tidak ada wawasan akhirat”
Dipetik dari kuliah subuh Ustaz Zakaria Da AJK Dewan ulamak Pas Pahang/ajk Pas kawasan Temerloh/Ajk Urusan Ulamak kawasan Temerloh di Masjid Tekek PulauTioman pada 8.4.2012 sempena dengan rombongan dewan ulamak Pas Pahang ke Pulau Tioman – diolah semula oleh ustaz Zakaria Omar Penolong setia Usaha dewan ulamak Pas Pahang dan ketua penerangan Urusan Ulamak Pas Kawasan temerloh .
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
4 hours ago
No comments:
Post a Comment