TAUBAT 15.
PENUTUP.
Wahai hamba Allah, bersyukurlah kepada Allah yang sentiasa membuka pintu taubat kepada kamu sekalian dengan seluas-luasnya, cuba amati ungkapan berikut :
“Bahawa pintu taubat itu dibuka dengan seluas-luasnya dari timur hingga ke barat” pada riwayat lain sejauh 70 tahun perjalanan, ia tidak akan ditutup sehinggalah matahari terbit dari sebelah barat.
Allah menyeru di dalam sebuah hadis Qudsi :
"يا عبادي إنكم تخطئون بالليل والنهار وأنا أغفر الذنوب
جميعا فاستغفروني أغفر لكم "
“Wahai hambaku sesungguhnya kamu semua melakukan kesalahan siang dan malam dan Aku akan mengampunkan dosa kamu semuanya, maka pohonlah ampun dariKu nescaya Aku akan ampunkan kamu “ . Oleh itu persilakan memohon keampunan kepadaKu sekarang . Allah membukakan seluas-luasnya tangan keampunan pada waktu malam kepada mereka yang melakukan kesalahan waktu siang dan membuka tangan keampunan pada waktu siang kepada mereka yang melakukan kesalahan waktu malam.Allah menyukai mereka yang mengaku kesalahan dan kelemahan .
Ucapan yang paling manis di sisi Allah ialah ucapan orang yang bertaubat , dengan mengucapkan kata-kata ,”
أسلك بقوتك وضعفي , وبغناك عني وفقري إليك هذه ناصيتي الكاذبة الخاطئة بين يديك , عبيدك سواي كثيرا وليس لي سيد سواك لا ملجاء ولا منجي منك إلا إليك , أسالك مسألة المسكين وابتهل إليك ابتهال الخاضع الذليل , وأدعوك دعاء الخائف الضرير , سوأل من خضعت لك رقبته ورغم لك أنفه وفاضت لك عيناه وذل لك قلبه
“Ya Allah! Aku mengadu kepada kekuatanMu tentang kelemahanku,dan dengan kekayaanMu tentang kefakiranku kepadamu oleh hambaMu yang mempunyai ubun-ubun kesalahan lagi dusta kehadhratmu ,HambaMu selain dariku ramai, tetapi aku tidak meminta perlindungan melainkan Engkau, dan tiada aku meminta kejayaan melainkan kepada Engkau,Aku mengadu kepada Engkau tentang kedaifanku ini ,dan aku dengan rendah hati menyerah diri kepada Engkau, dengan doa ini yang mempunyai rasa takut dan cemas dan juga dengan linangan air mata, dan hati yang amat hina .”
Perhatikan kisah berikut mengenai taubat :
“Alkisah tersebutlah cerita seorang soleh sedang bersiar-siar mengambil angin petang, maka ia terlihat sebuah rumah yang terbuka , tiba-tiba keluar seorang budak kecil sedang menangis dengan dihirit oleh ibunya , kemudian budak itu ditinggalkan oleh ibunya di dalam keadaan menangis dan pintu rumah itu ditutup rapat oleh ibunya.
Dengan keadaan sedih budak itu merayau-rayau tidak jauh dari rumah itu , kemudian budak itu rasa menyesal di atas kesalahan ia lakukan terhadap ibunya, ia pun balik ke rumahnya, dan meminta ibunya membuka pintu dan meminta maaf segala kesalahan ia lakukan,ibunya membuka pintu dan dilihat anaknya yang dimarahinya ia pun menutup pintu dan membiarkan budak itu tinggal diluar dengan keadaan kusut masai dan kelaparan. Selepas itu timbullah rasa kesihan belas dari jiwa ibunya , lalu dibukanya pintu dipeluk anaknya dan dimaafkan segala kesalahannya, dilayan anak seperti biasa dengan penuh kasih sayang .”
Sabda Rasulullah saw :
الله أرحم بعباده من هذه بولدها .
Ertinya :”Allah itu lebih mengasihi hamba-hambaNya lebih lagi dari ibu mengasihi anaknya.”
Kesihan belas dan kasih sayang ibubapa adalah datangnya dari sifat rahman dan rahim Allah Yang Maha Luas .
Allah sangat suka kepada seorang hamba yang bertaubat , tidak pernah luput kebajikan Allah kepada hamba yang bertaubat.
الله اشد فرحا بتوبة عبده حين يتوب إليه
Allah sangat gembira dengan bertaubatnya seorang hamba kepadaNya.
Ketahuilah wahai saudara –saudari bahawa dosa yang dilakukan oleh seseorang akan terhapus apabila ia bertaubat . Hati orang yang bertaubat akan bersih , dan akan dikasihi oleh Allah Taala .
Seorang hamba yang memandang akan dosa-dosa yang ia lakukan dengan penuh sesalan , menjadikan ia bertaubat dan melakukan lebih ketaatan selepas itu sehinggakan syaitan berkata :
” Celaka ! ini lelaki aku tidak upaya mengodanya, ketaatannya amat banyak “.
Allah tidak akan melupakan hambaNya yang bertaubat dan sentiasa di dalam perliharaanNya.
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
4 hours ago
No comments:
Post a Comment