SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, April 12, 2012

SANGGUP BERLAPAR KERANA TETAMU

ALANGKAN BAHAGIANYA DAPAT MAKAN MAKANAN BEGINI KETIKA LAPAR ?

PADA SUATU HARI DATANGLAH SEORANG LELAKI KEPADA RASULULLAH SAW LALU MENGADU KEPADA BAGINDA BAHAWA DIA TERLALU LAPAR .KEBETULAN KETIKA ITU BAGINDA JUGA TIDAK MEMPUNYAI SEBARANG MAKANAN UNTUK DIBERIKAN KEPADA LELAKI TERSEBUT.
RASULULLAH SAW LALU BERPALING KEPADA PARA SAHABAT YANG BERADA BERSAMA BAGINDA “SIAPAKAH YANG SANGGUP MENJAMU LELAKI INI BAGI PIHAKKU?”.TANYA RASULULLAH SAW KEPADA PARA SAHABATNYA.
“BIARLAH AKU YANG MENJAMUNYA”.KATA SEORANG SAHABAT DARI KAUM ANSAR .
SETELAH MEMBAWA TETAMU ITU KE RUMAHNYA ,SAHABAT RASULULLAH ITU SEGERA BERTEMU DENGAN ISTERINYA LALU BERKATA ,”AKU MEMBAWA TETAMU RASULULLAH.SEDIAKAN MAKANAN UNTUK MENJAMUNYA.”
“MAKANAN YANG ADA DI RUMAH KITA HANYA CUKUP UNTUK ANAK – ANAK KITA MAKAN PADA MALAM INI” JAWAB ISTERINYA.
“KALAU BEGITU ENGKAU TIDURKANLAH MEREKA (ANAK –ANAK) DAHULU DAN APABILA MAKANAN TELAH DIHIDANGKAN ENGKAU PADAMKAN LAMPU DAN BERPURA – PURA MEMBETULKANNYA SUPAYA TETAMU KITA TIDAK MENYEDARI BAHAWA AKU TIDAK MAKAN BERSAMANYA.” LELAKI ANSAR ITU MEMBERI CADANGAN KEPADA ISTERINYA.
RANCANGAN ITU BERJALAN LANCAR.SETELAH SELESAI MAKAN BARULAH LAMPU DINYALAKAN SEMULA .KEDUA SUAMI ISTERI ITU BERASA SUNGGUH GEMBIRA KERANA BERJAYA MERAIKAN TETAMU TERSEBUT WALAUPUN MEREKA SENDIRI TERPAKSA MENAHAN LAPAR PADA MALAM ITU .
BEGITULAH KESUNGGUHAN ORANG – ORANG SOLEH DAHULU MELAYAN PARA TETAMU MEREKA DAN SEMOGA DAPAT KITA CONTOHINYA KERANA KEDATANGAN TETAMU ITU MEMBAWA RAHMAT KEPADA KITA. DAN SIKAP INI ADA DI PUJI ALLAH DI DALAM SURAH AL HASYR AYAT 9 YANG BERMAKSUD :
dan orang-orang (Ansar) Yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang Yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula Dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa Yang telah diberi kepada orang-orang Yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang Yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka Dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. dan (ingatlah), sesiapa Yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang Yang berjaya.

No comments:

Post a Comment