SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, April 4, 2012

taubat 7,taubat agong

SESUNGGUHNYA ALLAH MENGASIHI ORANG -ORANG YANG BERTAUBAT DAN ORANG-ORANG YANG BERSIH (LAHIR DAN BATIN)
TAUBAT 7.

TAUBAT PEMBUNUH 100 ORANG.

Dari Abi Said al Khadri , bahawa Nabi SAW bersabda :
Adalah pada zaman dahulu seorang lelaki yang telah membunuh 99 orang .Lalu ia pergi bertanya kepada orang yang bijak pandai di kalangan mereka. Maka ia ditunjukkan kepada seorang alim,ia memberi tahu orang alim itu tentang ia sudah membunuh 99 orang .Adakah peluang untuknya bertaubat ? Pendita (orang alim ) itu menjawab :”Tidak “. Lalu dibunuhnya pendita itu maka genaplah 100 orang dibunuhnya.

Kemudian ia mencari pendita lain , lalu ditunjukkan kepadanya seorang alim ,lalu ia berjumpa orang alim yang baru ini dan menceritakan hal dirinya telah membunuh 100 orang adakah peluang untuk bertaubat ?
Orang alim itu menjawab :”ada dan tiada siapa yang boleh menghalangnya untuk bertaubat, dan pergilah ke negeri itu dan itu .Di sana ada banyak orang beribadat kepada Allah,maka bertaubatlah dan beribadatlah kepada Allah bersama mereka ,dan jangan engkau kembali ke negeri mu kerana negerimu negeri jahat .
Lalu orang itu berjalan,sehingga sampai separuh perjalanan,maka ia meninggal dunia . Lalu bertengkarlah Malaikat Rahmat dengan Malaikat Azab tentang orang tersebut.
Malaikat Rahmat mengatakan bahawa orang itu datang untuk bertaubat dan menghadap kepada Allah dengan hatinya sesal.dan Malaikat Azab pula mengatakan bahawa orang itu tidak berbuat apa-apa kebajikan lagi.Lalu datang kepada mereka malaikat dalam bentuk manusia maka mereka jadikan manusia itu sebagai hakim (orang tengah) di antara dua malaikat itu.
Lalu hakim itu mengatakan ukurlah jarak perjalanan orang itu di antara dua tempat manakah yang lebih dekat di antara negeri jahat dengan negeri baik ( temapt ia untuk bertaubat) .Lalu mereka berdua ukur,dan mereka dapati bahawa ia lebih dekat ke negeri yang ia hendak bertaubat itu.lalu diambil oleh Malaikat Rahmat.
(Hadis mutafaqun alaih.)

Pada riwayat yang lain :Bahawa orang itu berhampiran dengan negeri baik sejarak sejengkal sahaja,maka ia dikira penduduk negeri orang baik .Pada riwayat yang lain pula : Maka Allah Taala mewahyukan kepada bumi supaya dijauhkan negeri jahat dan dekatkan negeri baik,dan Allah berfirman :”Ukurlah di antara keduanya.”
Lalu mereka dapati orang itu lebih dekat dengan negeri baik dalam jarak sejengkal,maka diampunkan dosanya .

Oleh hal demikian sesiapa ada rasa ragu-ragu di antara bertaubat dengan tidak,cubalah fikir adakah dosanya lebih besar dari lelaki yang diceritakan di dalam hadis di atas,kenapa berasa putus asa, kiranya lebih besar cuba fahami ayat : 68 - 70 surah Al Furqan :
وَالَّذِيْنَ لاَ يَدْعُوْنَ مَعَ اللهِ إِلاَهًا ءَاخَرَ وَلاَ يَقْتُلُوْنَ النَّفْسَ الَّتِي حَرَّمَ اللهُ إِلاَّ بِالْحَقِّ وَلاَ
يَزْنُوْنَ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَلِكَ يَلْقَ أَثَامًا . يُضَاعَفْ لَهُ الْعَذَابُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَيَخْلُدْ فِيْهِ مُهَانًا
إِلاَّ مَنْ تَابَ وَءَامَنَ وَعَمِلَ عَمِلاً صَالِحًا فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ وَكَان اللهُ
غَفُوْرًا رَحِيْمًا .

68.Dan juga mereka Yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;
69. Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -
70. Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Marilah kita perhatikan firman Allah :

فَأُوْلَئِكَ يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ
Makna Tabdil ( penukaran ):

Pertama :Bertukar dari sifat jahat/buruk kepada sifat baik/elok contohnya dari syirik bertukar menjadi beriman,dari zina kepada menjadi orang baik,dari bercakap bohong kepada bercakap benar, dari khianat kepada amanah .

Kedua : Bertukarnya amalan jahat kepada mengerjakan amalan baik /elok pada hari Qiamat kelak firman Allah Taala:
يُبَدِّلُ اللهُ سَيِّئَاتِهِمْ حَسَنَاتٍ

Tidaklah bermakna bahawa tiap-tiap satu kejahatan dibalas dengan satu kebajikan,sesungguhnya adakalanya lebih sedikit ataupun sama atau lebih banyak disegi timbangan dan pahalanya,bergantung kepada taubat orang yang bertaubat itu,adakah anugerah yang lebih mulia dari ini ?, perhatikan hadis di bawah ini wahai pembaca budiman :
عن عبدالرحمن بن جبير عن أبى طويل شطب الممدود أنه أتى النبي صلعم ( وفى طرق أخري – " جاء شيخ كبير هرم قد سقط حاجبياه علي عينيه وهو يدعم على عصا حتي قام بين يدي النبي صلعم فقال أرأيت رجلا عمل الذنوب كلها فلم يترك منها شيئا وهو في ذلك لم يترك حاجة ولا داجة( اي لا صغيرة ولا كبيرة ) إلا أتاها (وفي رواية ,الا اقتطعها بيمينه لو قسمت خطيئته بين اهل الارض لأوبقتهم (اهلكتهم) , فهل لذلك من توبة ؟ قال : ( فهل أسلمت) قال : أما انا فأشهد أن لا اله إلا الله وأنك رسول الله . قال : ( تفعل الحيرات وتترك السيئات فيجعلهن الله لذلك خيرات كلهن ) . قال :وغدارني وفجراني , قال :نعم

Maksudnya :Daripada Abdul Rahman bin Jubir daripada Abi Syatab al Mamdud bahawa ia datang berjumpa Rasulullah SAW . Pada riwayat yang lain “Seorang tua yang lebat bulu keningnya dan berjalan dengan tungkat bejumpa dengan Rasulullah Saw dan bertanya “Apakah pendapat tuan wahai Rasulullah seorang yang melakukan dosa yang banyak tidak tinggal sedikit pun dosanya samada kecil ataupun yang besar akan di bawa berjumpa Tuhan, adakah ia masih ada kalau ia bertaubat ?Tanya Rasulullah SAW :Adakah engkau seorang Islam ? Jawab lelaki itu :”Saya naik saksi tiada Tuhan disembah melainkan Allah dan engkau Muhammad adalah Rasulullah , Jawab Rasulullah :”Berbuat segala kebaikan dan tinggalkan segala kejahatan ,maka Allah akan menjadikan segala amalan itu semua kebaikan”.Lelaki itu bertanya”Walaupun melakukan banyak kejahatan sebelumnya.”Jawab Rasulullah SAW : "Ya!”.

Soalan :

Aku sebelum bertaubat adalah sesat, tidak sembahyang ,tetapi ada melakukan kebaikan, adakah amalan itu dikira selepas aku bertaubat, atau pun amalan itu hilang lenyap seperti debu ditiup angin ?”.
Jawapannya, cuba rujuk kepada hadis yang bermaksud dibawah ini :

”Daripada Urwah bin AlZubir bahawasanya Hakim bin Hazam memberi tahu Rasulullah SAW , adakah diberi pahala segala amalan baik yang dilakukan masa Jahiliyah seperti sedekah,meyambungkan silatulrahim, jawab rasulullah masuklah Islam nescaya kamu akan memperolehi pahala segala kebaikan yang dilakukan sebelum kamu menganut Islam, dosa kita akan diampun Allah kalau kita bertaubat, segala kejahatan diganti dengan kebaikan ,apa-apa kebaikan yang dilakukan di masa jahiliyah diberi pahala kepada mereka yang bertaubat .”

No comments:

Post a Comment