SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, April 12, 2012

TAUBAT 11.




DOSAKU MENHIMPIT HIDUPKU


Pernah seorang berkata :”Aku banyak melakukan dosa,aku bertaubat , tetapi aku berasa amat bersalah,ingatanku sentiasa berligar-ligar di kepalaku akan perbuatan maksiat yang aku lakukan dahulu ,ianya sentiasa menghimpit hidupku,membuatkan aku tidak lina tidur dan fikiranku selalu kacau .”

Masalah di atas pada pendapatku (pengarang) : Perasaan yang engkau tanggung itu menunjukkan saudara benar-benar bertaubat dan menyesal ,penyesalan yang anda rasa itu adalah membuatkan engkau berharap kepada keampunan Allah Taala, dan engkau tidak berputus asa ,firman Allah Taala Surah al-Hijr ayat 56 :

قَالَ وَمَنْ يَقْنَطُ مِنْ رَحْمَةِ رَبِّهِ إِلاَّ الضَّالُوْنَ .

Nabi Ibrahim berkata: "Dan tiadalah sesiapa yang berputus asa dari rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat".

Sabda Rasulullah SAW :
قال ابن مسعود رضي الله عنه " أكبر الكبائر الإشراك بالله , والأمن من مكر الله , والقنوط من رحمة الله , واليأس من روح الله ( رواه عبدالرازق ) .
Ertinya:”Sebesar-besar dosa itu ialah menyekutukan Allah,aman dari tipudaya Allah , berputus asa dari rahmat Allah dan berputus asa dari ruh Allah .

Seorang mukmin yang berjalan menuju kepada Allah dengan membawa harapan amalan dan taubatnya diterima Allah dan takut kepada seksa Allah. Kadang-kadang salah satu daripadanya mengatasi yang satu lagi ,oleh itu seorang melakukan maksiat kemudian dia bertaubat , dan apabila ia bertaubat ia berharap kepada keampunan Allah .

No comments:

Post a Comment