tinggalkan mereka ,turut serta dalam majlis ilmu
tetapkan iman dan minta bantuan dari penasihat agama .
ORANG JAHAT SUKA MENGUGUTKU .
Aku hendak bertaubat , tetapi ramai rakan-rakanku mengugutku , untuk membuka dan menelanjangkan kesalahan yang aku lakukan di masa yang lalu kepada orang ramai melalui media massa, kerana pada mereka banyak rahsia sulitku,aku sangat takut .
Kami menasihatkan kepada anda supaya tetap dan jangan takut, perangilah segala kuncu-kuncu syaitan itu, kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah, ketakutan anda kepada rakan-rakan yang jahat itu menolong kepada Iblis memperngaruhi anda, tetapi ia akan hilang dengan berkat sabar dan tetap pendirian anda.
Janganlah takut dan terpengaruh dengan ugutan syaitan , kelak kamu akan mendapat kerugian di dunia dan akhirat, mintalah pertolongan dari Allah dari hasutan syaitan dengan kata :
حسبي الله ونعم الوكيل .
Rasulullah SAW di masa ia takut kepada kejahatan kaum yang hendak menzaliminya ia berdoa :
اللهم إنا نجعلك في نحورهم ونعوذ بك من شرورهم .
Ertinya :”Wahai Tuhan kami , kami letakkan kamu di batang leher mereka (Musuh kami), dan kami berlindung dengan Mu dari kejahatan mereka .”
Banyak ugutan yang akan diterima oleh mereka yang bertaubat,dari kalangan rakan-rakan yang sama berbuat maksiat pada masa dahulu.Kisah yang berikut akan memberi kesan terhadap kamu wahai orang yang bertaubat, iaitu kisah seorang sahabat yang bernama Mursyid bin Abi Mursyid,salah seorang Islam yang berhijrah ke Madinah secara rahsia kerana tidak tahan dengan penindasan orang-orang kafir Qurisy di Mekah .
Kisahnya seperti berikut :
Mursyid bin Abi Mursyid adalah seorang pertugas membawa beberapa orang tawanan Mekah ke Madinah. Sampai di Madinah Mursyid menceritakan di antara yang ditawan itu seorang perempuan yang jahat yang bernama Inaq kawan baik Mursyid, semasa ia sedang berihat tiba-tiba Inaq datang berjumpanya ,dan bertanya ,” adakah anda murtad , jawab Mursyid “ Tidak’, Inaq berkta “ selamat bertemu kembali dan marilah tidur bersamaku” Jawab Mursyaid “ Zina iut haram “. Sampai ke Madianh Mursyid meminta supaya ia dikahwainkan denga Inaq , Rasulullah melarang dengan membaca ayat 3 Surah An Nur :
اَلزَّانِيْ لاَ يَنْكِخُ إِلاَّ زَانِيَةً أَوْ مُشْرِكَةً وَالزَّانِيَةُ لاَ يَنْكِحُهَا إِلاَّ زَانٍ أَوْ مُشْرِكٌ وَحُرِّمَ ذَلِكَ عَلَي الْمُؤْمِنِيْنَ .
lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula (lazimnya) tidak ingin berkahwin dengannya melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. dan perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.
Perhatikan bagaiman orang yang beriman dilindungi oleh Allah dari melakukan maksiat . dan ingatlah bahawa di mahkamh Allah yang adil itu kita tidk boleh menyembunyikan segala kesalahan yang kita lakukan kerana di sana kita akan berdepan dengan seluruh manusia dari Umat nabi Adam hingga Umat Nabi Muhammad SAW , di hadapan semua makhluk Allah yang terdiri dari Manusia,Jin dan Haiwan.
Marilah kita baca doa Nabi Ibrahim dalam surah Asy Syuraa’ ayat 87 –89
وَلاَ تَخْزَنِي يَوْمَ يُبْعَثُوْنَ . يَوْمَ لاَ يَنْفَعُ مَالٌ وَلاَ بَنُوْنَ . إِلاَّ مَنْ أَتَي اللهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ .
87. "Dan janganlah Engkau hinakan daku pada hari makhluk-makhluk dibangkitkan hidup semula -
88. "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun,
89. "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik);
Untuk mengatasi ugutan –ugutan itu amalkan doa berikut :
اللهم استر عوراتنا وامن روعاتنا . اللهم اجعل ثأرنا علي من ظلمنا , وانصرنا علي من بغي علينا . اللهم لا تشمت بنا الأعداء ولا الحاسدين .
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
3 hours ago
No comments:
Post a Comment