SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, April 16, 2012

taubat 12

doa taubat .


ADAKAH PERLU MEMBUAT PENGAKUAN ?
Seorang bertanya dengan rasa kesal ,”Aku hendak bertaubat,tetapi perlukah aku menjumpai seseorang untuk membuat pengakuan tentang dosa dan kesalahan yang aku lakukan itu ?”
“Adakah menjadi syarat penerimaan taubatku dengan membuat pengakuan di hadapan hakim di Mahkamah ,dengan segala kesalahan dan meminta dikenakan hudud .?”
Bagi menjawab soalan di atas ikutilah penerangan berikut : Perhubungan seorang hamba dengan Allah tanpa perantaraan, yang dikira aqidah yang tulen dan mencari keridhaan Allah , firman Allah Surah al Baqarah ayat 186 :
وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِيْ عَنِّيْ فَإِنِّي قَرِيْبٌ أُجِيْبُ دَعْوَةَ الذَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيْبُوْا لِيْ وَلْيُؤْمِنُوْا بِيْ لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُوْنَ .
Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.

Apabila kita yakin bahawa taubat itu hak Allah, maka pengakuan itu juga hak Allah ,sebagaimana diluahkan di dalam penghulu istighfar :
( ابوء لك بنعمتك عليَّ وابوء بذنبي )
Ertinya :”Aku mengaku bagi egkau hai Allah segala nikmat yang engkau kurniakan kepadaku , dan aku mengaku segala dosa yang aku lakukan .”
Di dakam Islam tidak seperti agama lain , yang mana dosa boleh diampun oleh orang lain , seperti di dalam agama Kristian boleh diampunkan dosa melalui paderi , Allah berfirman di dalam surah At Taubah ayat 104 :
أَلَمْ يَعْلَمُوْا أَنَّ اللهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَاَنَّ اللهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ .
Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah Yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan Bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?

Tidak perlu seseorang itu mengaku kesalahannya,maka kesalahan yang tidak sampai ke pengetahun hakim atau pihak yang berkuasa , maka kesalahan itu ditutup oleh Allah,dan hendaklah ia menutup keaibannya sendiri ,adapun sahabat –sahabat yang dahulu seperti Maaz, Al Ghamidiyah dan Lelaki yang mencium wanita di dalam taman itu, adalah mereka melakukan perkara yang tidak wajib bagi mereka dan mereka berasa sangat-sangat bersalah dan menyesal, dan mereka hendak membersihkan diri mereka dan takut kepada siksa Allah .
Di samping itu cuba perhatikan tentang pendirian sebahagian orang-orang jahil di kalangan mereka yang bertaubat yang diringkaskan seperti berikut :
Ada orang yang berdosa pergi berjumpa Imam masjid yang jahil, dengan membuat pengakuan dosa yang telah ia lakukan di hadapan imam tersebuat dan meminta supaya kes ini diselesaikan . Maka Imam tersebut memberi tahu supaya pergi ke mahkamah dan membuat pengakuan tentang dosa yang telah lakukan secara terus terang dan meminta supaya dikenakan hukum ke atasnya.Dari cerita ini wahai muslim yang dihormati di dalam Islam mengetahui hukum-hukum agama adalah satu amanah dan mengeluarkan hukum yang betul dari sumber yang betul adalah merupakan amanah, Allah Taala berfirman Surah Al Nahl ayat 43 :
فَسْئَلُوْا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لاَ تَعْلَمُوْنَ .
Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui


Dan Firman Allah Taala surah Al Furqan ayat 59 :.

اَلرَّحْمَنُ فَسْئَلْ بِهِ خَبِيْرًا .
Ialah Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah); maka Bertanyalah akan hal itu kepada yang mengetahuinya.

Maka bukanlah semua pendakwah itu layak membuat petua (hukum) dan tidak semua imam masjid dan bilal itu layak mengeluarkan hukum syariah di dalam menghukum manusia ,begitu juga ahli sastrawan dan penulis –penulis rencana . Oleh hal demikian seorang Islam itu bertanggungjawab di atas petua yang ia keluarkan ,kerana ia merupakan satu masalah agama yang penting, sesungguhnya nabi Muhammad SAW amat bimbang kepada umat-umatnya mengikut imam-iman yang sesat .

Salah seorang Ulamak Salaf mengatakan :”Bahawa ilmu itu adalah sebahagian dari agama, maka hendaklah kamu berwaspada dari mana kamu ambil ilmu itu , oleh itu wahai hamba Allah berwaspadalah daripada tergelincir dari landasan yang betul dan berpegang teguh dengan ahli agama yang mutabar pada masalah-masalah yang kamu musykilkan . Wallah musta’an .

No comments:

Post a Comment