Umat Islam digalakan menjalinkan perpaduan sesama mereka.
Jangan berbantah .
Firman Allah SWT ayat 46 surah Al –Anfal :
وَأَطِيْعُوْا اللهَ وَرَسُوْلَهُ وَلاَ تَنَازَعُوْا فَتَفْشَلُوْا وَتَذْهَبَ رِيْحُكُمْ وَاصْبِرُوْا إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْنَ .
dan Taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi Segala kesukaran Dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang Yang sabar.
Huraian :
Mentaati Allah dan Rasul wajib kepada umat Islam,ayat ini pada mulanya adalah ditujukan kepada tentera Islam di dalam peperangan Badar supaya mentaati rasul sebagai pemimpin di dalam angkatan peperangan Islam,jangan berbantah – bantah dan bercakaran sesama sendiri,tidak menguntungkan malah merugikan,kerana ia akan menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan.Oleh itu perpaduan amat digalakkan,mengelakkan isu – isu yang membawa kepada perpecahan ,Islam mengutamakan perpaduan dan menjauhkan berbantah-bantah kerana :
Memperkukuhkan perpaduan umat dan Negara
Berbantah –bantah merugikan dan memberi peluang kepada pihak musuh menindas.
Umat islam diseur supaya bersabar apabila menghadapi isu – isu yang boleh menimbulkan perpecahan kaum,perlu bermasyuarat dan berbincang untuk mengatasinya,elakkan berbantah –bantah .
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
2 hours ago
No comments:
Post a Comment