hendaklah selalu solat.
berdoa kepada Allah
SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU?
Subuhnya
Di mana aku berada masih enak dalam kelambu rindu sambil berpoya –poya dengan waktu masa bagaikan menderu langkah tiada arah tuju fikiran terus bercelaru,terlupa aku semakin di hujung waktu , siapa aku di depan Tuhanku?
Zohornya
Aku lebih memikirkan kelaparan kehausan dan rehatku,aku mementingkan tuntutan jawatanku,aku bertolak ansur dengan waktu,aku gembira membilang keuntungan,aku terlupa betapa besar kerugian jika aku menggadaikan sebuah ketaatan, siapa aku di depan Tuhanku ?
Asarnya
Aku lupa masa cepat berubah bagaikan ditolak – tolak,aku masih dengan secawan kopiku ,terlupa panas dihujung kepala , aku masih bercerita tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka ,siapa aku di depan Tuhanku ?
Maghribnya
Aku melihat warna malam,tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya mencari sisa – sisa keseronokan ,tidak terasa ruang masa yang singkat jalan yang bertongkat –tongkat,ruginya bertingkat –tingkat ,siapa aku di depan Tuhanku?
Isyaknya
Kerana masa yang panjnag aku membiarkan penat menghimpit dadaku, aku membiarkan kelesuan menggangguku, aku rela terlena sambil menarik selimut biru, bercumbu – cumbu dengan waktuku, siapa aku di depan Tuhanku?
Kini aku menjadi tertanya –tanya sampai bila aku akan melambatkan sujudku apabila azan berkemundang lagi,aku tidak akan membiarkan masjid menjadi sepi kerana di hujung hidup ada mati bagaimana jenazah akan di bawa sembahyang di sini , jika ruangku dibiarkan kosoang,jika wajahku menjadi asing pada mentari dan bintang –bintang .
No comments:
Post a Comment