TOK KENALI
TOK KENALI IALAH MUHAMMAD YUSOF BIN AHMAD,DILAHIRKAN DI KAMPONG KENALI DALAM JAJAHAN KOTA BHARU,DALAM SEBUAH KELUARGA YANG BERPEGANG TEGUH DENGAN AJARAN AGAMA .IBUNYA BERNAMA FATIMAH SEORANG SOLEHAH ,DAN BAPANYA SEORANG PETANI YANG WARAK .BELIAU MENDAPAT DIDIKAN AWAL DARI DATUKNYA SEBELUM MELANJUTKAN PELAJARANNYA DI KOTA BHARU KETIKA USIA 10 TAHUN.DALAM MASA YANG SINGKAT BELIAU TELAH MAMPU MENGAUSAI BEBERAPA KITAB NAHU SARAF, DAN MENAMATKAN BANYAK KITAB DI BIDANG TAUHID,FEKAH .TASAWUF DLL.
BELIAU BERUMAH TANGGA KETIKA USIA 16 TAHUN,NAMUN PERKAHWINAN TIDAK KEKAL LAMA , SELEPAS ITU BELIAU MENGHABIS MASA MENCARI ILMU , SEHINGGALAH USIA BELIAU 40 TAHUN BELIAU MENDIRIKAN RUMAH TANGGA DENGAN SEORANG JANDA BERNAMA RUQAYAH , MENDAPAT 5 ORANG ANAK LELAKI SEMUA MENJADI TUAN GURU .
SELAIN PAKAR DALAM BIDANG TATABAHASA ARAB,NAHU SARAF,BALAGHAH ,ARUDH DAN TASAWUF,BELIAU SANGAT ARIF DENGAN PERJALANAN ALIRAN MAZHAB SYAFIE.ANTARA MURID YANG TERKENAL IALAH SYIKH IDRIS ALMARBAWI (PENYUSUN KAMUS ARAB – MELAYU AL-MARBAWI)SYIKH OTHMAN JAMALUDDIN (PENGASAS PONDOK DAN PENGARANG KITAB) DAN SYIKH ANJUN DARI ASAHAN INDONESIA YANG KEMUDIANNYA MENGAJAR DI MASJIDIL HARAM.
KETIKA UMUR 60 TAHUN BELIAU UZUR DAN MENGHEMBUSKAN NAFAS YANG TERAKHIR PADA BULAN SYABAN 1352 H = 19 NOV 1933 .HILANGLAH SEORANG ULAMAK SAUFI DAN SENTIASA DIKENANG OLEH GENERASI KINI.PENGASAS MAJALAH PENGASUH YANG MULA DITERBIT KAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM KELANTAN PADA 11JULAI 1918 DAN KEKAL SEHINGGA KINI.
No comments:
Post a Comment