SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Thursday, June 7, 2012

TANGGUNG JAWAB PEMERINTAH TERHADAP RAKYAT

Hadis Keenam

TANGGUNG JAWAB PEMERINTAH TERHADAP RAKYAT

عَنْ مَعْقِلِ بْنِ يَاسَرِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : مَا مِنْ وَالٍ يَلِيْ رَعِيَّتَهُ مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ فَيَمُوْتُ وَهُوَ غَاشٌ لَهُمْ إِلاَّ حَرَّمَ اللهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ
(رواه البخاري ومسلم )

Terjemahan Hadis

Ma’qil bin Yasar r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda :”Mana –mana pemerintah yang memerintah rakyat Islam ,tiba –tiba pemerintah itu mati dengan keadaan menipu rakyat , maka balasannya Allah mengharamkan masuk syurga .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Keterangan mengenai perawai Hadis

Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari Ma’qil bin Yasair r.a
Nilai Hadis

Hadis ini menerangkan tentang tanggungjawab besar seorang pemimpin yang memerintah Umat Islam , hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan baik , tidak boleh melakukan penipuan terhadap mereka .Allah SWT akan menyiksa mereka dengan azab api neraka , dengan diharamkan memasuki syurga.

Keterangan Hadis secara terperinci .

1. Tanggungjawab pemerintah yang memerintah rakyat Islam


Pemerintah yang memerintah rakyat Islam hendaklah menjalan tanggungjawab
seperti berikut :

Pertama :Apabila sesuatu perkara berlaku kepada orangramai dia hendaklah menganggap dirinya sebagai rakyat .dan menjauhakan sesuatu perkara yang dia tidak suka .

Kedua : Jangan menganggap penantian seseorang yang memerlukan untuk mendapatkan pertolongan daripadanya sebagai satu kehinaan kerana Allah SWT telah memerintahkan menyegerakan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Ketiga : Jangan menghabiskan waktunya untuk kepuasan syahawat dan mesti berusaha agar sebahagian besar waktunya adalah untuk mentadbir .

Keempat : Berusaha sedaya upaya agar sesuatu perkara itu diperolehi dengan mudah dan penuh kemesraan.

Kelima : Berusaha sekadar tenaga dan kemampuannya untuk memperolehi kepercayaan dan restu rakyat terhadapnya berteraskan nilai – nilai syarak .

Keenam : Jangan berusaha mendapat restu seseorang sehingga melanggar keredaan Allah SWT dan hendaklah mendahului tuntutan syarak terhadap kepentingan dirinya.

Ketujuh : Sekiranya rakyat dihukum , maka hukumlah dengan adil .

Kelapan : Hendaklah mendampingi para ulamak .

Kesembilan : Meninggalkan sifat mazmumah seperti bermegah –megah , sombong dan garang serta panas baran .

Kesepuluh : Mejauhi kezaliman .

2.Bahaya perbuatan menipu .

2.1.Perbuatan menipu di larang oleh Allah serta bertentangan dengan ajaran Islam.
a.Allah SWT memerintahkan manusia supaya bersifat benar dan jujur , dilarang samasekali melakukan penipuan , Friman Allah SWT yang menyuruh bersifat benar di dalam surah Az –Zumar ayat 33yang bermaksud :
Dan (nyatalah bahawa) yang membawa kebenaran (tauhid dan hukum ugama) serta ia (dan pengikut-pengikutnya) mengakui kebenarannya (dengan mematuhi hukum itu), mereka itulah orang-orang yang bertaqwa.
Dan firmanNya lagi di dalam surah Al Maaidah ayat 119yang bermaksud :
Allah berfirman: "Inilah hari (kiamat) yang (padanya) orang-orang yang benar (pada tutur kata dan amal perbuatan) mendapat manfaat dari kebenaran mereka; mereka beroleh Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Allah reda akan mereka dan mereka pula reda akan dia. itulah kejayaan yang amat besar".
b.Allah juga memerintahkan supaya menunaikan janji , melanggar pejanjian adalah melakukan penipuan , seperti fiman Allah SWT di dalam ayat 10 Surah Al-Fath yang menyatakan baiknya menunaikan janji :
Sesungguhnya orang-orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). oleh itu, sesiapa yang tidak menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.

2.2. Menipu itu salah satu sifat mazmumah yang mana tidak menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan Allah kepadanya .
Menipu adalah sifat yang keji yang dicela oleh agama ,dengan melakukan penipuan maka ia tidak amanah dan bertanggungjawab , sedangan Allah memerintah supaya bersifat amanah seperti di dalam ayat 58 surah An Nisa’yang bermaksud:
Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.
Pengajaran Hadis .
1.Islam agama mementingkan soal pemerintah di samping soal akhirat .
2.Tiap –tiap pemerintah hendaklah menjalankan tugas dengan adil dan jujur .
3.Pemerintah yang zalim tidak masuk syurga .

pemerintah hendaklah menjalankan tugas dengan adil,dan menunaikan suruhan agama,seperti solat.

No comments:

Post a Comment