KUANTAN Seramai 957 peneroka dari Felda Keratong 1 hingga 10 ,Rompin memfailkan saman dan tuntut ganti rugi sebanyak Rm525 juta berhubung penipuan serta pecah amanah terhadap Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Felda Palm Industries Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi disini , semalam.
Dalam tuntutan itu ,peneroka menamakan Felda sebagai defendan pertama dan Felda Palm Industries Sdn Bhd sebagai defendan kedua.
Tuntutan itu berhubung pembayaran kadar Perahan Gred (KPG) kelapa sawit didakwa rendah sepanjang 17 tahun,di samping mendakwa felda tidak pulangkan kembali tandan buah busuk dan guna kepada peneroka.
Tuntutan saman itu diwakili tiga peguam bela diketuai R Sivarasa yang hadir bersama T Kumar dan Latheefa Koya di mahkamah kira – kira jam 2petang.
Kira –kira 100 peneroka memenuhi perkarangan mahkamah .Hadir sama Pengerusi Biro Peneroka dari PKR Suhaimi Said.
Semantara itu, R Sivarasa berkata,tuntutan saman itu berikutan defendan tidak menggunak an kadar KPG yang wajar terhadap peneroka.
Menurutny, peneroka juga mempersoalkan tindakkan defendan kerana menghalang plaintif melakukan ujian perahan minyak sawit di makmal bebas .
“Kenapa Felda menghalang tndakan mereka (plaintif ) kalau tidak bersalah ? Kenapa perlu takut untuk dibenarkan membuat ujian ?” katanya .
Sebelum ini seramai 770 peneroka membabitkan lapan rancangan dari Felda Cini dan Felda cini Timur Pekan memfailkan sama serta menuntut gantirugi sebanyak RM442juta di mahkamah Tinggi disini 26 April lalu.
Pada Januari 2010, Mahkamah Persekutuan memerintah Felda membayar sebanyak RM11 juta sebagai gantirugi kepada peneroka di Felda kemahang 3 Kelantan, kerana penipuan kadar perahan minyak sawit ( Sinar Harian 6.6.2010 edisi Pahang ) .
No comments:
Post a Comment