Hak politik adalah amanah: Hadi
SHAH ALAM – PAS tidak akan mengizinkan musim haji menafikan hak rakyat untuk menunanaikan kewajipan berpolitik tanpa mengira menang atau kalah sekiranya parti itu diberikan kuasa untuk memerintah.
Presidennya,Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata,hak politik adalah amanah besar dalam ajaran Islam.
Beliau berkata,Rasulullah SAW bersabda,menghilangkan amanah ini menjadi salah satu sebab berlakunya kiamat yang menamatkan alam dunia dengan kehancurannya.
“Pilihan raya adalah amalan politil yang menjadi hak memilih pemimpin dan kerajaan.Politik adalah sebahagian daripada ajaran Islam walaupun pilihan raya itu dikatakan asalnya dari Barat.
“Pilihan raya adalah cara memilih pemimpin dan kerajaan yang menjadi perkara wajib mengikut semua mazhab Islam dengan nas dan ijmak kecuali mazhab sesat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Kenyataan ketua penerangan PAS,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man meminta ahlinya menangguhkan ibadat haji untuk memberi fokas kepada persediaan Pilihan Raya Umum ke -13 (PRU13)telah menimbulkan kontravesi.
Abdul Hadi berkata,susulan daripada kenyataan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjadi sasaran media Umno.
Menurutnya Umno tidak mengambil kira musim haji atau musim puasa dan sebagainya kerana parti itu tidak menjadikan Islam itu dasar panduan perjuangannya.
Dalam kenyataan semalam Abdul Hadi berkata,beberapa surah dalam al-Quran menunjukkan memilih pemimpin dan kerajaan adalah perkara yang dihisab pada hari kiamat nanti.
“Amaran ini lebih banyak daripada ayat mengenai haji dan umrah.Pas tetap mendidik ahli dan penyokongnya bahawa politik tidak boleh dipisahkan daripada agama Islam , seperti kepala dan badan,” katanya.
Abdul Hadi berkata,Imam Al-Ghazali seorang tokoh ulama tasawuf menegaskan agama adalah asas,kuasa pemerintahan (politik) adalah pengawas.Kalau tidak ada asas,ia akan runtuh dan jika tidak ada pengawas ia akan tercicir.
“Banyak hokum Islam dihilangkan kerana politik Islam ditinggalkan.Pas tetap berpegang kepada ajaran Islam yang tidak memisahkan politik daripada agama Islam walaupun politl tidak termasuk dalam rukun Islam dan rukun Iman,” katanya. (Sinar Harian Isnin 18 Jun 2012 ).
No comments:
Post a Comment