SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Monday, June 4, 2012

maki hamun terhadap ulamak


TUAN GURU NIK ABD AZIZ NIK MAT
Ahli –ahli dan penyokong Pas yang dihormati sekalian,kita telah dikejutkan dengan satu video yang mengandungi ucapan maki hamun Oleh prof .dr.nasoha yang mengatakan Tuan Guru Nik Aziz mengajak ke jalan Iblis ,syaitan dan dajjal,kerana mengajak kepada PAS,Nampak sangat bodoh dan jahil agama prof ini,semua orang tahu bahawa dasar pejuangan Pas ialah Al-Quran dan Sunnah,yang mana nabi telah memberi jaminan bahawa mereka berpegang kepada keduanya tidak akan sesat, sabda Rasulullah saw :
عَنْ أَبِيْ هريرة رضي الله عنه , عن النبي صلي الله عليه وسلم إِنَّهُ قَالَ : تَرَكْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا : كِتَابَ اللهِ وِسَّةَ رَسُوْلِ اللهِ ( الامام مالك) .
Dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi SAW,bahawa baginda bersabda “Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak sekali –kali akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya,iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah .” (Imam Malik).
Kalau kita belajar ilmu logik , Pas berdasar kepada Al-Quran dan Sunnah Rasul, Al-Quran dan Sunnah mengajak kepada kepada kebaikan,maka natijahnya “ Pas mengajak kepada kebaikan “
Kita kena faham bahawa apa yang dikatakan oleh orang bodoh katakana sejahtera sahaja ,firman Allah dalam ayat 63 surah al-furqan yang bermaksud :”dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka Yang berjalan di bumi Dengan sopan santun, dan apabila orang-orang Yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab Dengan perkataan Yang Selamat dari perkara Yang tidak diingini;”
Lagipun perkara seperti ini telah dihadapi oleh Rasulullah dalam menyeru umatnya,pernah baginda dituduh gila ,ahli sihir dan lain-lain , sehingga dibela oleh Allah dalam ayat 1-13 Surah AlQalam yang bermaksud :”
1. Nuun. Demi Pena dan apa Yang mereka tulis, -
2. Engkau (Wahai Muhammad) - Dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu - bukanlah seorang gila (sebagaimana Yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan Engkau adalah seorang Yang bijaksana).
3. dan Sesungguhnya Engkau tetap beroleh pahala Yang amat besar, Yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
4. dan Bahawa Sesungguhnya Engkau mempunyai akhlak Yang amat mulia.
5. maka (tidak lama lagi) Engkau akan melihat, dan mereka juga akan melihat, -
6. siapakah orangnya Yang gila di antara kamu semua.
7. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang Yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua Yang lebih mengetahui akan orang-orang Yang mendapat petunjuk.
8. oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam Yang sedang Engkau amalkan, dan) janganlah Engkau menurut kemahuan orang-orang Yang mendustakan (ugama Allah).
9. mereka suka kalaulah Engkau bertolak ansur (menurut kemahuan mereka), supaya mereka juga bertolak ansur berlemah-lembut (pada zahirnya terhadapmu).
10. dan janganlah Engkau (berkisar dari pendirianmu Yang benar, dan jangan) menurut kemahuan orang Yang selalu bersumpah, lagi Yang hina (pendapatnya dan amalannya), -
11. Yang suka mencaci, lagi Yang suka menyebarkan fitnah hasutan (untuk memecah belahkan orang ramai), -
12. Yang sering menghalangi amalan-amalan kebajikan, Yang melanggar hukum-hukum ugama, lagi Yang amat berdosa, -
13. Yang jahat kejam, Yang selain itu tidak tentu pula bapanya.

No comments:

Post a Comment