SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Tuesday, June 5, 2012

Panduan memilih pasangan sebelum menjejakkan kaki ke jinjang pelamin.


Panduan memilih pasangan sebelum menjejakkan kaki ke jinjang pelamin.
1.pasangan yang dapat mengenali hati budi masing – masing akan lebih mempunyai peluang yang cerah untuk mendirikan rumahtangga yang bahagia dan berkekalan.
2.pentingkan kebahgiaan hati sendiri sebelum mementingkan orang lain sama ada ibubapa atau orang yang mendesak seseorang berkahwin.
3.keputusan yang dibuat biarlah berasaskan kerelaan diri di samping mendengar pendapat sahabat handai,kaum keluarga dan sanak saudara.jangan sekali –kali membiarkan dan menyerah bulat – bulat ke tangan orang lain dalam memilih pasangan hidup kita.
4.jangan terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak wajar terhadap pasangan kerana kemungkinan ia akan menjadi sebab utama bagi berlakunya perceraian.Ramai lelaki mahupun wanita yang memasuki alam perkahwinan menganggap bahawa pasangan mereka akan memenuhi semua keperluan mereka sedangkan itu tidak berlaku serentak kerana rumahtangga yang bahagia memerlukan begitu banyak usaha,kesabaran dan ketabahan.
5.jika terdapat ciri – ciri kerperibadian dan tingkahlaku pasangan yang menimbulkan persoalan – seperti perasaan kuat cemburu,panas baran,tidak bertanggungjawab,tidak jujur dan sebagainya,tanyalah diri sendiri sama ada kita sanggup menghabiskan hidup bersamanya hingga akhir hayat,Apatah lagi jika pasangan yang kita ingin itu pernah menghadapi masalah penagihan dadah,kaki judi dan sebagainya.semua ini perlu diselesaikan lebih awal sebelum perkahwinan itu berlaku kerana orang yang kita kahwini mempunyai pengaruh yang besar ke atas diri kita kelak.maka sudah pasti akan menimbulkan banyak masalah.
6,Fikirlah dengan panjang dan mendalam tentang berbagai faktor termasuk ketaatannya dalam agama,ketrampilan diri,kepintaran,pendidikan,kerohanian dan sebagainya.Adalah teramat penting untuk mencari pasangan hidup yang bersifat seakan –akan diri anda sendiri.untuk pasangan (sehati sejiwa)persamaan sifat adalah umpama wang simpanan dalam bank, manakala perbezaan sifat adalah umpama hutang.jika hendak mendirikan rumahtangga yang bahagia bersama pasangan yang amat berlainan sifatnya daripada kita,ia memerlukan banyak persamaan untuk dijadikan ekuiti tetap dalam akaun kita,jika tidak , hubungan kita akan muflis di peringkat awal lagi.
7.pasangan perlu tahu sejauh mana kemampuan mereka untuk menangani kekurangan masing –masing .mereka hendaklah teguh menanam kepercayaan antara sau sama lain kerana sikap mempecayai membolehkan sesautu pasangan itu bertambah rapat pada waktu –waktu bahagia dan kekalteguh pada waktu –waktu mencabar.apabila menghadapi kesukaran,pasangan itu tidak akan cemas.mereka berpaut kepada kenyataan bahawa rumahtangga mereka dahulunya bahagia dan akan kembali bahagia.
8.jika anda ingin memahami sifat psikologi pasangan anda,dalami perhubungan kekeluargaannya.dengan memerhatikan cara pasangan kita berhubung dengan ibubapanya kemungkinan kita boleh menggambarkan pembawakannya dalam rumahtangga kelak.kemungkinan ia memberikan bayangan yang jelas mengenai kehidupan yang bakal didirikan.
Pesanan :
“Buatlah pilihan terbaik sebelum menjejakkan kaki ke jinjang pelamin.tersilap memilih pasangan akan membawa padah .lakukan istikharah kerana istikharah merupakan cara terbaik memohon petunjuk daripada Allah AWT supaya mendapat pasangan yang beriman, bertaqwa dan membahagiakan sepanjang hayat .”

No comments:

Post a Comment