Balasan orang yang meniggalkan sembahyang dan lain – lain peringatan :
1.Rasulullah saw berwasiat “Kerjakan sembahyang sehingga sampai ajal kamu “
2.sabada Rasulullah saw :
إِذَا تَرَكَ الْعَبْدُ فَرْضًا وَاحِدًا كُتِبَ اسْمُهُ عَلَي بَابِ النَّارِ .
“Apabila sesorang hamba itu meninggal satu fardu sembahyang maka dituliskan namanya dipintu neraka .”
3.Ibnu Abbas mendengar Rasulullah bersabda ,” Orang yang meninggalkan sembahyang maka tercabut darinya Islam,Imannya ,sedekahnya,zakatnya,puasanya dan syahadahnya tidak diterima dan Allah tidak memperdulikannya .”
4.Sabda Rasulullah saw ,”Sesiapa yang meninggalkan solat dalam keadaan ia sihat,Allah tidak akan memandangnya dengan pandangan rahmat dan disaksakannya saksa yang pedih .” melainkan ia bertaubat .
5.Rasulullah saw bersabda “ 10 orang yang akan disaksa pada hari kiamat dengan dimasukkan ke dalam neraka jahannam dengan keadaan gugur daging mukanya , mereka ialah :
(a)Orang tua yang bezina
(b)Raja yang zalim
(c)Orang minum arak dan jenis –jenis yang memabukkan.
(d)Orang derhaka kepada kedua ibubapa.
(e)Orang yang suka mengumpat.
(f)Orang yang bercakap bohong
(g)Orang yang tidak mengeluarkan zakat
(h)Orang melakukan kezaliman
(i)Orang yang meninggalkan sembahyang.
(j)Suka mengadu dumba ( melainkan mereka bertaubat).
6.Orang yang meninggalkan sembahyang akan menerima saksa yang berganda-ganda, pada hari kiamat kelak ia akan diazab dengan keadaan tangannya ditengkuk, dipukul oleh malaikat,dimasukkan ke dalam api neraka jahannam, duduk dalam neraka bersama Qarun dan Hamman di dalam neraka yang paling bawah .
7.Orang yang meninggalkan sembahyang tidak halal zakatnya,tidak dibenarka duduk bersama dengannya.
8.Allah melaknat orang yang meninggalkan sembahyang dengan keadaan mukanya hitam.
9.Perkara – perkara yang menyelamatkan seorang yang dilihat nabi dalam mimpinya.
(i)Seksa kubur diselamatkan oleh zakat
(ii)Hendak disaksa oleh malaikat zabaniyyah , diselamatkan oleh zikir dan tasbihnya
(iii)Hendak disaksa oleh malaikat azab, diselamatkan oleh selawatnya kepada Nabi.
(iv)Seorang yang sangat dahaga diselamatkan oleh puasanya.
(v)Diselubungi gelap hadapan dan belakang diselamatkan oleh haji dan umrahnya
(vi)Ditegah dari bercakap dengan mukmin yang lain, maka datang silaturrahim menyelamatkannya maka ia dibenarkan bercakap dengan orang mukmin .
(vii)Soerang buruk mukanya ,diselamatkan oleh sedekahnya, maka eloklah mukanya
No comments:
Post a Comment