SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Saturday, June 30, 2012

FORUM HAJI DAN POLITIK .

> US.A.RAHIM A.LATIFF AHLI FINEL FORUM 2.

US.ARIFFIN ABDULLAH AHLI FINEL 1.

PENGERUSI FORUM US.NAJMI A.RAHIM






JEMAAH SEDANG MENDENGAR FORUM

AHLI FINEL US.ARIFFIN DAN US.A.RAHIM

AHLI JEMAAH SEDANG MENDENGAR FORUM
TEMERLOH 28.6.2012 URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH TELAH MENGADAKAN SATU FORUM BERTAJUK “HAJI DAN POLITIK” DI DARUL ANSAR CEMPAKA LANCANG TEMERLOH PAHANG, 2 ORANG AHLI PENAL TELAH MENJAYAKAN FORUM TERSEBUT TERDIRI DARI USTAZ ARIFFIN ABDULLAH KETUA URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH DAN USTAZ ABDUL RAHIM AJK URUSAN ULAMAK TEMERLOH (BEKAS YDP PAS TEMERLOH) DENGAN DIPENGERUSIKAN OLEH USTAZ NAJMI ABDUL RAHIM SETIA USAHA URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH/SU DEWAN ULAMAK PAS PAHANG .FORUM TERSEBUT SELEPAS SOLAT ISYAK,KEDUA – DUA AHLI FANEL MENGEMUKAKAN HUJAH ILMIAH YANG BERSANGKUTAN DENGAN HAJI, MENEGAKKAN PEMERINTAHAN DAN PILIHAN RAYA ,”KALAU BERLAKU PILIHANRAYA MUSIM HAJI MAKA HENDAKLAH MENGUTAMAKAN PILIHANRAYA,AHLI PAS DISERU SUPAYA MENANGGUHKAN IBADAT HAJI KERANA PRU 13 INI AMAT PENTING KERANA HENDAK MENUMBANGKAN BN YANG ZALIM ITU.BERDASARKAN KAEDAH USUL FIKAH “PILIHANRAYA ADALAH WAJIB MODAYYAQ DAN IBADAT HAJI WAJIB MUWASSAA , MAKA APABILA BERTEMBUNG DUA YANG WAJIB MAKA HENDAKLAH MENGUTAMAKAN WAJIB MODYYAQ,KERANA WAKTUNYA SEMPIT ,OLEH HAL DEMIKIAN MAKA HENDAKLAH MENGUTAMAKAN PILIHANAN RAYA DAN MENANGGUHKAN IBADAT HAJI.”
(LAPORAN US.ZAKARIA OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK PAS TEMERLOH ) .

IJTIMAK TARBAWI PAS KAWASAN TEMERLOH






BERDOA MEMOHON SUPAYA PR MENANG DALAM PRU 13.

WISRID SOLAT

PESERTA SEDANG SOLAT

IMAN SOLAT MAGHRIB DAN SOLAT HAJAT

MUSLIMAT SEDANG MENGAMBIL MAKANAN UNTUK IFTAR JAMAIE

PESERTA SEDANG MENDAFTAR

PESERTA IJTIMAK SEDANG MENUNGGU IFTAR JAMAIE
IJTIMAK TARBAWI PAS TEMERLOH
TEMERLOH 28.6.2012 PAS TEMERLOH DENGAN KERJASAMA URUSAN ULAMAK DAN MTD LANCANG TELAH MENGADAKAN IJTIMAK TARBAWI DI DARUL ANSAR CEMPAKA LANCANG TEMERLOH PAHANG DENGAN DIMULAI DENGAN IFTAR JAMAIE, SOLAT MAGHRIB, SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISYAK SECARA BERJEMAAH ,KIRA – KIRA 100 ORANG AHLI YANG DATANG , TURUT SAMA HADIR TIMBALAN YDP SRD HASANUDDIN SALIM, USTAZ ARIFFIN ABDULLAH KETUA URUSAN UALAM , SDR HASAAN OMAR PENGARAH MTD LANCANG, DAN SEBAHAGIAN DARI AJK PAS KAWASAN TEMERLOH ,AJK URUSAAN ULAMAK DAN AJK MUSLIMAT. SOLAT HAJAT MEMOHON KEPADA ALLAH SEMOGA MEMENANGKAN CALON –CALON PR DALAM PRU 13 NANTI DAN TUMBANGKAN BN YANG ZALIM ITU .
(LAPORAN US.ZAKARAIA OMAR KETUA PENERANGAN URUSAN ULAMAK TEMERLOH ) .

Friday, June 29, 2012

umno takut akan himpunan Hijau


Aris Faizul Ismail

Yusladay
ustaz Ramli Awang Abdul Rahman

TEMERLOH – Pemimpin muda PAS Pahang menyifatkan Umno ketakutan melihat Himpunan Hijau anuran PAS sehingga memberi kenyataan kononnya PAS tidak boleh menggantikan Umno sebagai mengubat hati yang risau.
Setiausaha Penerangan PAS Pahang ,Youliddy Deas berkata,PAS memang mampu menggantikan Umno, kenyataan PAS tidak mampu menggantikan Umno bermaksud tidak akan meneruskan legasi Umno yang berjiwa nasionalis rasis, kronisme dan sebagainya.
PAS katanya mampu mengambil alih tempat Umno memerintah Negara ini bersama pakatan rakyat .
Menurutnya,PAS dan Pakatan Rakyat telah membuktikan kebolehan mentadbir urusan rakyat di beberapa buah negeri yang dikuasainya walaupun dengan kuasa yang manima dan sumber kewangan yang terhad.
“Rakyat umum telah mengetahui kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat yang bebas daripada unsur rasuah dan penyelewengan,” katanya ketika dihubungi Harakah .
Bagi pengarah keselamatan Pas Pahang,Ramli Awang Abdul Rahman,kekuatan PAS lebih mantap bersama Pakatan Rakyat,Umno berusaha habis –habisan untuk menghancurkan perpaduan dalam Pakatan Rakyat.
Justeru,kenyataan pemimpin Umno lebih menjurus kea rah menghasut ahl –ahli PAS supaya perpecahan berlaku.Ini bertujuan untuk memudahkan Umno terus berkuasa.
Pemimpin Umno tahu, PAS yang berjuang bersendirian akan memudahkan mereka mengalahkan PAS sebagaimana dalam pilihan raya umum sebelum ini .
“Apabila PAS bersama dengan pakatan rakyat ,Umno menjadi resah dan mereka sedang berusaha untuk memecahkan perpaduan ahli Pas supaya mendesak pemimpin Pas keluar dari Pakatan Rakyat.
“Mereka memainkan isu kononnya PAS sudah lari daripada dasar perjuangan dan sebagainya,” kata Ramli.
Semantara itu Naib Perisedin Persatuan Anak Peneroka Kebangsaan (Anak) Aris Fizul Ismail berkata,rakyat sepatutnya melihat sendiri kemampuan PAS lebih 20 tahun memerintah Kelantan.Ketika mula menang 1990,Ghafar Baba (Allahyarham)kata PAS hanya mampu bertahan 100 hari sahaja kerana tak mampu bayar gaji,tetapi sampai hari ini PAS kekal memerintah Kelantan .(Harakah )

Tazkirah 4 .Pagi Jumaat 29.6.2012.



Balasan mereka yang menderhaka kepada dua ibubapa.
Firman Allah SWT dalam Surah Al-Israk ayat 23 yang bermaksud :
dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya Engkau tidak menyembah melainkan kepadanya semata-mata, dan hendaklah Engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah Engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun)
Dalam ayat ini Allah memerintahkan kepada kita supaya menyembah Allah dan berbuat baik kepada dua ibubapa,dan jangan menderhaka kepada keduanya dengan berkata kepada keduanya dengan sebarang perkataan kasar dan menengking menyergah kepada keduanya, dan hendaklah berkta kepada keduanya dengan perkataan yang mulia (bersopan santu).
Sabda Rasulullah saw ,”Tiada beza di antara orang yang menderhaka kepada dua ibu dengan iblias keduanya masuk neraka bersama –sama ,dan tiada beza orang yang berbuat baik kepada kedua ibu bapa dengan para anbiya , satu tempat dalam syurga “.
Sabda Rasulullah saw ,”Pada malam mikraj beliau melihat beberapa orang dalam keadaan tergantung pada pelepah tamar dalam neraka , baginda bertanya kepada Jibril “ kenapa mereka disaksa demikian ? “ Jabril menjawab ,”Itulah balasan mereka yang menyumpah dua ibubapa mereka ,”
Rasulullah berwasiat kepada umat islam supaya mengerjakan sembahyang dan berbuat baik kepada dua ibubapa,demi Allah orange yang berbuat baik kepada dua ibubapanya Allah akan menambah akan umurnya selama tiga tahun, maka dengan sebab ia berbuat baik kepada dua ibu bapa maka umur yang tiga tahun itu ditambah lagi sebanyak 30 tahun , jika ia menyumpah dua ibubapanya maka umur yang tiga tahun itu menjadi tiga hari .
Sabda Rasulullah saw ,”Barang siapa menderhaka kepada dua ibubapa maka ia menderhaka kepada Allah dan RasulNya,”
Orang yang menerima saksa yang paling hebat dalam neraka jahannam ialah 3 jenis :
(a)Orang yang derhaka kepada dua ibubapa
(b)Orang yang berzina
(c)Orang yang syirik kepada Allah SWT .
Seorang soleh menceritakan “ Satu malam ia melintasi tanah perkuburan lalu ia melihat sebuah kubur berasap yang sangat tebal,maka orang soleh berhenti melihat kepada asap itu,tiba –tiba kubur itu terbelah dua dankeluar daripadanya satu mayat yang hitam legam mukanya,di tangannya sebatang tongkat daripada besi , dihadapnya seekor keledai yang memukul-mukul akan kepalanya,keledai menjerit dengan kuatnya, kemudian keledai itu menarik mayat itu ke dalam kubur dengan rantai besi daripada api neraka,maka masuklah keduanya kedalam kubur itu, dan kubur itu tertutup semula, lalu orang soleh pun meninggal kawasan kubur itu,kemudian dia bertemu dengan seorang perempuan,dan bertanya ia kepada orang perempuan itu, perempuan itu mengatakan itulah balasan orang yang berzina,minum arak dan derhaka kepada dua ibubapa dengan dijadikan seekor keledai, dan disiksa oleh Allah di dalam kuburnya tiap-tiap malam, maka aku berlindung dari Allah dari mendapat siksa ahli neraka dan memohon limpah rahmat dari Allah yang bersifat Rahman dan Rahim .

Thursday, June 28, 2012

KELEBIHAN MALAM NISFU SYA'ABAN



RASULULLAH SAW TELAH MENGALAKKAN KITA AGAR BERAMAL PADA MALAM NISFU SYA’ABAN DENGAN SABDANYA :
إِذَا كَانَ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ فَقُوْمُوْا لَيْلَهَا وَصُوْمُوْا يَوْمَهَا ,فَإِنَّ اللهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَي يَنْزِلُ فِيْهَا لِغُرُوْبِ الشَّمْسِ إِلَي السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُوْلُ : أَلاَ مِنْ مُسْتَغْفِرٍ فَأَغْفِرُ لَهُ , أَلاَ مِنْ مُسْتَرْزِقٍ فَأَرْزَقُهُ , أَلاَ مِنْ مُبْتَلٍي فَأُعَافِيَهُ ,أَلاَ كَذَا أَلاَ كَذَا حَتَّي يَطْلُعَ الْفَجْرُ .
Apabila tiba malam nisfu sya’aban , maka hendaklah kalian bangun pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya , ini kerana Allah subhanahu wataala ( merahmati hamba-hambaNya) pada malam tersebut mulai dari terbenamnya matahari dilangit dunia. Allah subhanahu wataala berfirman:”Adakah dari kalangan hamba – hambaKu yang memohon keampunan , maka akan Aku ampunkannya. Adakah dari kalangan hamba – hambaKu yang memohon rezeki,maka akan Ku turunkan rezeki untuknya. Adakah dari kalangan mereka yang ditimpa bala’,maka Aku akan sejahterakannya.Adakah kalangan mereka bagini dan kalangan mereka begini sehinggalah terbit fajar .”

Wednesday, June 27, 2012

HIMPUNAN BANTAH LYNAS





KUANTAN – Kira –kira 1,000 penyokong anti –Lynas yang menyertai Perhimpunan Menginap 24 jam di Balok/Gebeng bersetuju tidak memasuki kawasan perindustrian komersial Gebeng selepas perbincangan ringkas bersama polis,semalam.
Sejak awal pagi,sebahagian mereka memasuki Gebeng dan berhenti di depan jalan masuk ke kilang Lynas bersama kenderaan persendirian dan bas.walaupun ada sekatan jalan raya.
Bagaimanapun, mereka beredar 15 minit kemudian atas arahan polis dan berkumpul di jalan besar berhadapan Institiut Latihan Perindustrian Gebeng,lebih 4 km dari kilang Lynas.
Setengah jam kemudian,beberapa lagi kenderaan tiba dengan membawa bendera dari Selangor,Pulau Pinang,Perak dan Kelantan sebelum berkumpul serta mendengar ucapan beberapa pemimpin pembangkang.
Ketua penerangan PAS Pusat,Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata ,”perhimpunan itu bertujuan menolak kilang Lynas yang masih mendapat kepercayaan kerajaan.
Menurutnya,isu Lynas kini bukan berkaitan kaum atau politik,tetapi membabitkan keselamatan dan masa depan rakyat.
Katanya walaupun tokoh tertentu memberi jaminan radiasi berada pada paras rendah,mereka tetap mempertikaikan ukuran yang diambil sebelum operasi kilang.
“Isunya sekarang ialah bimbang mengenai sisa kilang itu.Kita menghormati undang – undang ,tetapi mahu isu ini diberhentikan segera “katanya.
Hadir sama,Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu,ADUN Triang,Leong Ngah Ngah , aktivis politik , Hishamuddin Raid ,Pengerusi Lajnah Alam sekitar PAS,Zulkefly Omar dan Sasterawan Negara A.Samad Said yang menyampaikan puisi bertajuk “Gebeng yang luka”.
Semantara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmi Yusof berkta,kumpulan itu tidak mengikut prosedur dan Akta Perhimpunan Awan 2011 yang menetapkan permohonan dibuat 10 hari sebelum perhimpunan. Aswany Omar,Rosilawati Rosedi dan Erna Yusnida JUSOH –Sniar Harian Isnin 25 Jun 2012 .

ILMU DAN AMAL


ILMU,AMAL ,NIAT , SESUAI DENGAN SUNAH DAN WARAK BARULAH ALLAH TERIMA DAN AKAN DINILAI
DALAM PERHITUNGAN ALLAH DAN DITIMBANG SEBAGAI AMALAN BAIK DIAKHIRAT KELAK.TAZKIRAH.

Tuesday, June 26, 2012

Hadis Kesebelas AGAMA ITU NASIHAT


memberi nasihat agama kepada orang awam.
memberi nasihat untuk orang awam


عَنْ أَبِيْ رُقَيَّةَ تَمِيْمِ بْنِ أَوْسٍ الدَّارِيِّ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ " أَنَّ النَّبِيَّ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : اَلدِّيْنُ النَّصِيْحَةُ قُلْنَا لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلَّهِ وَلِكِتَابِهِ وَلِرَسُوْلِهِ وَلِأََئِمَّةِ الْمُسْلِمِيْنَ وَعَامَّتَهٌمْ( رواه مسلم)
Terjemahan Hadis
Dari Abi Rukiah Tamim bin Aus Ad Dari r.a , bahawasanya Nabi SAW bersabda :”Agama itu nasihat .Kami berkata : Bagi siapa ? Ia bersabda : Bagi Allah dan bagi kitabNya dan bagi rasulNya dan bagi imam – imam kaum muslimin dan bagi orang mereka . (H.R.Muslim ) .
Keterangan mengenai Perawi Hadis
Hadis ini diriwayatkan oleh Muslim dari Abi Rukian Tamim bin Aus Ad Dari , ia adalah pada mulanya seorang beragama Nasrani , kemudian memeluk Islam sewaktu di Madinah .
Nilai Hadis
Hadis ini adalah sebuah hadis yang lengkap lagi sempurna sekalipun ringkas , kerana maksudnya untuk menerangkan nasihat agama yang berhubungan dengan kepercayaan dan hubungan antara sesama pemeluknya dalam perkara bertalian dengan kebaikan bersama dalam agama Islam .
Keterangan Hadis secara terperinci
(a) Agama itu nasihat .
Pada hadis tersebutt Rasulullah SAW ada menerangkan perkara yang berkenaan dengan nasihat dalam agama .Agama itu adalah nasihat – Perkataan
ini membuatkan sahabat bertanya “Untuk siapakah nasihat itu ?” Rasulullah di dalam menjawab pertanyaan itu mengatakan “ Untuk Allah , kitabNya , RasulNya , Pemimpin umat Islam dan Orang ramai seluruhnya ,”.
Pengertian nasihat :
Kata –kata yang diberi oleh seseorang kepada orang lain , untuk faedah orang yang diberi nasihat itu .
(b)Nasihat bagi Allah , kitabNya dan rasulNya .
Maksud nasihat bagi Allah ialah beriman kepadaNya menurut pengertian yang sebenarnya serta menghapus samasekali sebarang sifat dan bentuk penyekutuan bagiNya dalam iktikad dan ibadat dan beramal menurut yang diperintahkanNya , meninggalkan apa yang dilarangNya ,mengingati kebesaranNya , serta mensyukuri nikmatnya yang tak terhitung banyaknya , dengan menggunakannya di jalan yang baik dan sejahtera.

Maksud bagi kitabNya ialah beriman kepada kebenarannya dengan beramal mengikut pertunjuk dan pengajarannya .
Maksud nasihat bagi rasulNya ialah membenarkan kerasulannya , mempercayai apa yang dibawanya , mematuhi suruhan dan larangannya , membela agamanya , memusuhi siapa yang menentangnya ,menghidup perjalanan dan sunnahnya pada diri dan dalam masyarakat .
(b) Nasihat bagi pemimpin – pemimpin kaum muslimin dan orang ramai .
Pemimpin – pemimpin muslimin ialah ketua – ketua,raja , ulama – ulama pemerintahan Islam maksud nasihat kepada mereka ialah menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan , patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan , tegur mereka dengan cara yang sopan dan peringati mereka di kala mereka lalai dari kewajipan , dan jangan dihasut orang ramai supaya keluar dari barisan ketaatannya yang membawa kepada kekacauan .
Pendapat ulamak mengenai nasihat kepada pemimpin – pemimpin :
(i) Said Hawwa meletakan urusan nasihat ini sebagai agenda yang sangat penting.Beliau menyebut :Nasihat itu menjadi hak rakyat kepada pemimpin , mereka mesti sabar dengan segala keburukan pemimpin dan sentiasa memberi peringatan ketika mereka lupa .Jangan memuji dan memuja mereka dalam perkara yang tidak sepatutnya dan berdoa kepada mereka supaya sentiasa berada di dalam kebaikan .
(ii) Ibn Taymiyyah turut mengulas tentang nasihat kepada pemimpin ini .Beliau menganggap nasihat sebagai jambatan yang menghubung hati antara rakyat dan pemimpin .dari sini akan terbit pandangan – pandangan yang bernas untuk menyelesaikan masalah .
(iii) Al Ghazali menegaskan tentang kewajipan rakyat untuk memberi nasihat kepada pemimpin mereka .Beliau menganggap pemimpin seperti bapa , adakalanya mungkin melakukan kesalahan dan betul dalam tindakkannya .Beliau membahagikan nasihat itu kepada empat bahagian iaitu memberi penerangan ,nasihat , mengeji dan melarang secara kasar .Sesungguhpun begitu katanya “Rakyat hanya diminta memberi penerangan dan nasihat sahaja dan tidak bertinak mengeji dan mengecam , kerana ia akan mencetus fitnah yang lebih besar , jika ia tidak membawa fitnah dan mudarat kepada umum .Maka adalah diharuskan mengeji dan mengecam pemimpin itu .
(iv) Ibn Rejab al-Hanbali berkata “Adapun nasihat untuk pemimpin kaum muslimin maka ia adalah kasihkan kebaikan kepada mereka , bimbingan mereka dan keadilan mereka , menyukai sokongan rakyat untuk mereka, membenci perpecahan dalam kalangan umat kerana mereka ,mematuhi ajaran agama , suka memuliakan mereka kerana mentaati Allah , membantu mereka di dalam kebenaran , taat kepada mereka dalam perkara yang hak,memperingatkan mereka dengan kebenaran , menyedarkan mereka dengan lemah lembut dan mengelakkan daripada menentang mereka dan mendoakan kejayaan untuk mereka “.
(v) Syaikh al-‘Allamah Abdul Rahman bin Said r.a “Adapun nasihat untuk pemimpin kaum muslimin ialah dengan memberi nasihat kepada mereka mengikut taraf dan jawatan yang mereka pegang ,”
Dari pendapat dan pandangan yang dikemukakan oleh ulama- ulama mengenai nasihat kepada pemimpin kaum muslimin, maka boleh kita mengatakan bahawa seseoang pemimpin itu adalah wajib mempercayai kepimpinannya ,mengakui kekuasaannya , dan mentaatinya dalam perkara makruf dan tidak menentangnya ,menyuruh rakyat mentaatinya,beriltizam melaksanakan sesuatu yang tidak bertentangan dengan perintah Allah dan RasulNya , berusaha sedaya upaya memberi nasihat , menerangkan sesuatu yang tidak jelas kepadanya
mengenai sesuatu yang perlu diketahuinya demi kesejahteraannya dan rakyat . Sentiasa berdoa dengan kebaikan untuknya dan rakyat .Menjauhi memakinya , mengaibkanya dan meghebahkan kejahatannya kerana itu adalah kejahatan dan kefasikan .Dan hendaklah menegurnya apabila melihat kemungkarannya,untuk mengingatkannya sama ada saecara terang atau sembunyi denag lemah lembut dan ungkapan yang sesuai dengan keadaan dan bertujuan baik .
Nasihat untuk orang ramai .
Yang dimaksudkan nasihat untuk orang ramai ialah memimpin mereka ke jalan benar , mengawasi mereka dari jalan yang salah , mengajar mereka ,berlajar dari mereka yang alim , bertolong bantu dengan mereka di dalam perkara kebaikan dan takwa , saling hormat menghormati .cinta mencintai , bersama – sama memelihara kemuslihatan hidup dengan menjauhi sifat –sifat yang boleh membangkitkan fitnah dan permusuhan dan memahami bahawa tiap-tiap seoarang itu adalah anggota masyarakat.Nasihat hendaklah cara dan aslub yang baik sebagaimana yang disarankan oleh Allah SWT di dalam frimanNya yang bermaksud :Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) Dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran Yang baik, dan berbahaslah Dengan mereka (yang Engkau serukan itu) Dengan cara Yang lebih baik.(Al-Nahl :125) ..
Pengajaran Hadis .
1.Agama itu nasihat ialah di dalamnya mengandugi banyak nasihat yang boleh menjadikan orang baik dan sejahtera.
2.Seseorang itu boleh memberi nasihat sekadar yang mampu, dengan syarat ia mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima , suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam .
3.Kesedaran itu lahir dari kata –kata nasihat, kerana orang beragama itu sentiasa berharap kepada nasihat sebagai peringatan kepadanya , sebab agama itu adalah nasihat .
4.Di dalam masyarakat itu ada beberapa golongan yang masing –masing ada tanggungjawab masing –masing , mereka perlu kepada peringatan , teguran , kata-kata perangsang unuk kebaikan dan kesejahteraan masyarakat seluruhnya .
5.Nasihat boleh dilakukan dengan cara bersemuka denganya atau ketika mereka yang dinasihati itu tidak ada bersama .
6.Kalaulah seseorang meminta suapaya ia dinasihati maka perlulah ia memberi nasihat dengan cara yang baik dan sopan , seboleh-bolehnya tidak menyetuh perasaannya .

Monday, June 25, 2012

BENGKEL PENGURUSAN ORAGANISASI



MEJA PENDAFTARAN OELH PUS2/PSU3 . EN ISHAK ZAKARIA DAN US.AZMI

ENCIK SUHAIMI ABDUL LATIF JURU ACARA PROGRAM .




PESERTA BENGKEL

USTAZ ABIRERAH MENYAMPAIKAN TAKLIMAT BENGKEL (SETIAUSAHA PAS TEMERLOH ).

USTAZ SUKRI MENYAMPAIKAN TAZKIRAH.

YDP HJ MD JUSOH MERASMIKAN BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI.


SAF KEPIMPINAN PAS KAWASAN TEMERLOH




KETUA -KETUA BENGKEL MENYAMPAIKAN RUMUSAN BENGKEL.







WAKIL -WAKIL CAWANGAN MENERIMA SIJIL AHLI PAS DARI YDP PAS TEMERLOH
> ENCIK ISHAK ZAKARIA MENERANGKAN TENTANG ANUGERAH CAWANGAN YANG CEMERLANG.

USTAZ NAJMI DARI URUSAN ULAMAK MENYAMPAIKAN TAZKIRAH.

TEMERLOH 24 JUN 2012 HARI AHAD SATU BENGKEL PENGURUSAN ORGANISASI TELAH DIADAKAN BERTEMPAT DI DARUL AMIN SUNGAI GAU DENGAN DIHADIRI OLEH AJK KETUA PENERANGAN,BENDAHARI,SETIAUSAHA , KETUA CAWANGAN DAN JMC , KIRA –KIRA 170 ORANG PESERTA HADIR.KELIMA – LIMA AJK YANG TERBABIT MENGADAKAN BENGKEL YANG BERASINGAN , DAN MEMBUAT RUMUSAN HASIL DARIPADA BENGKEL ITU.
YDP MENYERU KEPADA PESERTA BENGKEL SAUPAYA MEMBERI IDEA YANG BERNAS DEMI UNTUK MENCAPAI MATALAMAT DAN OBJEK PAS KAWASAN TEMERLOH UNTUK MEMULIHKAN KEKUATAN PARTI PADA SESI 2012/2013.
SETIAUSAHA PAS KAWASAN YANG BARU USTAZ ABIRAIRAH TELAH MEMBEKALKAN MATLAMAT, OBJEKTIB DAN TAKWIN MESYUARAT AJK KAWASAN SETERUSNYA MENYATAKAN BAHAWAN PAS KAWASAN AKAN BERMESYUARAT AGONG PADA 28.4.2013 MESYUARAT AGONG TAHUNAN PAS KAWASAN KE -26.
UNTUK MENGGALAKAN SUPAYA CAWANGAN DIURUSTADBIR DENGAN BAIK , MAKA PAS KAWASAN AKAN MEMBERI ANUGERAH KEPADA CAWANGAN YANG YANG DAPAT MENGURUS CAWANGAN DENGAN CEMERLANG.