بِسْمِ اللهِ الرّحْمَنِ الرَّحِيْمِ .
وَالعَصْرِ (1) إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْر ( 2) إِلاَّ الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا وعَمِلُوْا الصَّالِحَاتِ وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ (3)
1. Demi Masa!
2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -
3. kecuali orang-orang Yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesan-pesan Dengan sabar.
Tafsir :
Ayat 1.
Allah bersumpah dengan masa , kerana di dalam masa itu ada mengandungi teladan yang pelik – pelik dan pengajaran yang ajaib –ajaib .Adapun masa atau waktu itu selalu bertukar –tukar , ada masa telah lalu,sekarang dan akan datang .Ada masa kaya atau miskin, ada masa senang atau susah ,begitulah seterusnya masa itu selalu berubah –ubah.
Perubahan tersebut menjadi bukti ,bahawa ala mini ada yang mentadbirkannya iaitu Allah , maka kepadaNya sahajalah semua makhluk mesti menyembah .
Ayat 2.
Tujuan Allah bersumpah,kerana hendak menguatkan firmanNya : Bahawa manusia itu sentiasa dalam kerugian .Sebabnya dikatakan rugi kerana manusia itu setiap masa telah menghabiskan umurnya .Lebih –lebih lagi rugi apabila umurnya dihabiskan untuk berbuat maksiat dan derhaka kepada Allah,bukan untuk mentaatiNya,maka janganlah menyalahkan masa ,tetapi hendaklah menyalahkan diri sendiri yang telah berdosa dan menyebabkan celaka.
Ayat 3.
Kecuali yang tidak rugi,ialah orang yang mempunyai 4 sifat seperti berikut :
1.orang yang beriman (percaya) dengan mengiqrarkan ludahnya dan membenarkan hatinya bahawa semua pengajaran islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w. adalah betul.
2.Beramal soleh (baik),selain beriman,dia mengerjakan apa yang diimankannya dan mengerjakan amal kebajikan yang baik- baik dan mendatangkan manfaat kepada umum, serta membawa orang yang beramal itu kepada mentaati Allah S.w.t.
3.Berpesan –pesan dengan yang hak (benar) iaitu ingat – mengingatkan sesama orang mukmin supaya berpegang dengan pengajaran Al-Quran,keimanan dengan tauhid ,kerana semuanya benar tidak boleh dimungkiri.
4. Berpesan –pesan dengan bersabar (teguh hati) jangan mudah tergoda oleh pujuk syaitan untuk berbuat maksiat,bahkan mestilah tabah dan tahan menghadapi segala macam ujian,penderitaan dan kesusahan ,jika ditakdirkan juga mendapat kesusuhan terimalah dengan hati yang rela dan bersyukur kepada tuhan.
Adapun perbuatan ingat mengingatkan itu tidak akan berkesan atau memberi faedah kecuali orang yang mengingatkan itu ada mengerjakannya.Firman Allah yang bermaksud ayat 3 surah as saf :” amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu Yang kamu tidak melakukannya.”
Maka orang –orang yang disebutkan sifat –sifatnya di atas akan mendapat keuntungan,iaitu hidupnya akan berbahgia di dunia dan akhirat dan akan dimasukkan kedalam syurag Firdus ,firman Allah ayat 11 surah mukminin yang bermaksud : -11. Yang akan mewarisi syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya.Sedang orang yang menghabiskan masa dan umurnya dengan sia –sia dan di dalam maksiat akan rugi,iaitu hidupnya akan celaka dan menyesal di bekang hari .
(Tafir ibrul athir :Ustaz Ahmad Sonhaji Muhammad juzuk 30 m.s 6270 – 6272. Pustaka Salam ).
semua orang ada jam tetapi tidak menggunakanya dengan baik.
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan
-
*SUSUPAN MALAM*
ALHAMDULILAH kerajaan Madani yang dibentuk atas semangat perpaduan dan
keinsafan politik semua kaum yang ditunggaki PH - BN bersama GRS ...
5 minutes ago
No comments:
Post a Comment