SELAMAT DATANG KE BLOG URUSAN ULAMAK PAS KAWASAN TEMERLOH

BLOG YANG MENGHIDANGKAN ARTIKAL AGAMA,ISU - ISU SEMASA DAN KEGIATAN URUSAN ULAMAK

Wednesday, May 30, 2012

HIDUP SIHAT TANPA MAKSIAT

FIRMAN ALLAH SWT AYAT 135 SURAH ALI IMRAN :
وَالَّذِيْنَ إِذَا فَعَلُوْا فَاحِشِةً أَوْ ظَلَمُوْا أَنْفُسَهُمْ ذَكَرُوْا اللهَ فَاسْتَغْفَرُوا لِذُنُوْبِهِمْ وَمَنْ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ إِلاَّ اللهُ وَلَمْ يُصِرُّوْا عَلَي مَا فَعَلُوْا وَهُمْ يَعْلَمُوْنَ .
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
Sihat tanpa maksiat :
Ayat ini menerangkan kepada kita sifat seseorang sentiasa bersih dari dosa dengan cara bertaubat kepada Allah , maka hidup sentiasa bahagia , tanpa gangguan dihatinya , kerana ia hidup sihat tanpa maksiat . Oleh itu hendaklah kita sentiasa menjauhkan maksiat , kerana setiap kali kita melakukan maksiat maka diri kita telah berdosa , apa bila berdosa maka akan tumbuh bintik –bintik hitam pada hati kita , menyebabkan hati kita sakit,apabila hati sakit maka seluruh badan akan mengalami berbagai penyakit fazikal, oleh itu hendaklah kita menjauhi maksiat , dengan itu hidup kita sihat hati dan fazikal sekali , Ingatlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud “ Di dalam badan manusia itu ada seketul daging , apabila baik daging itu maka baiklah (sihatlah) seluruh badan ,apabila sakit daging itu maka sakitlah seluruh badan , ketahuilah daging itu ialah “HATI”.

No comments:

Post a Comment